『 13 | Temporary Needs ✿ 』

53 11 92
                                    

Owlirs dan Bangtan menjadi cemas. Di sekitar mereka, ramai pengawal dan askar berlari bersama pistol dan senapang mereka.

Owlirs dan Bangtan berusaha menyorokkan diri sendiri agar tidak tertangkap dengan pengawal tersebut.

"Walau apa pun, kita harus kembali ke tempat kita berjumpa tadi. Selepas itu, kita boleh decide bersama-sama mahu lakukan apa." cadang Seokjin dan diterima tanpa sebarang bantahan.

Mereka benar-benar mahu keluar dari situ dan menghadap dunia yang lebih baik dari situ.

"Tunggu, bagaimana dengan Seoyun?" soal Minjung membuatkan mereka menghentikan pergerakan seketika.

[ Imbas Kembali ]

"Seoyun pula... Boleh awak pegang tanggungjawab yang besar ni sementara kami mendapatkan barang-barang yang diperlukan?" Taehyung memandang Seoyun dengan harapan Seoyun bersetuju.

"Saya tidak kesah. Apa dia?"

"Awak, Haelyn dan Hoseok perlu masuk ke dalam tempat penjana kuasa elektrik dan matikan semua elektrik di bahagian kamera CCTV." terang Jungkook pula sambil membaca 'to-do-list' yang dibuat oleh Taehyung dari semalam.

'Aish.. Kenapa mesti dengan dia.' detik Haelyn dalam hati sambil membuat muka menyampah.

"Oh, baiklah. Saya tahu di mana tempat penjana elektrik di sini." Seoyun berfikir selama kurang 5 saat dan kemudiannya bersetuju. Dirinya sanggup membuat apa sahaja untuk keluar. Masih dirasanya nyeri apabila dipukul oleh jururawat sebentar tadi.

[ Tamat mengimbas ]

"Saya harap dia tahu lif mana tempat kita patut berjumpa." balas Seokjin dan terus dia menarik lengan Minjung, menuju ke lokasi yang sepatutnya. Seunghee dan Jungkook turut mengikuti.

Jungkook menarik lengan Seokjin ke dinding dari simpang koridor tersebut.

"Ada askar di situ." bisik Jungkook di telinga Seokjin. Seokjin mengangguk dan mengeluh kecil. Dia mengelap peluh yang mengalir di dahinya.

"Kita tiada pilihan." Jungkook mengeluarkan sebilah parang yang dijumpainya semasa mencari alatan tadi. "Selain hidup atau mati."

Jungkook memerhati gerak geri tiga orang askar tersebut yang mempunyai senapang tersebut.

"Haih..." Seunghee mengeluh apabila faham maksud pergerakan Jungkook sedari tadi. Dia mengeluarkan sebatang kayu pemukul pengawal keselamatan dari begnya dan bersedia.

Minjung pula membawa keluar sebuah perisai polis yang dijumpai berdekatan kawasan yang ditutup manakala Seokjin mengeluarkan sebilah pisau kecil.

Mereka semua bersedia dan menunggu isyarat Jungkook untuk mula menyerang.

"Habis serangan, rampas senapang mereka. Ia lebih berguna dari parang karat ini." pesan Jungkook sambil mengambil selangkah ke hadapan. "Dalam kiraan tiga."

"Satu."

Minjung menyelak rambut yang menghalang pandangannya ke belakang.

"Dua."

Seunghee menggenggam kayu pemukul itu erat dan ibu jarinya menggosok sedikit pada pemegang kayu tersebut.

"Tiga!"

Baru mereka ingin keluar, ketiga-tiga askar itu rebah dengan tiba-tiba. Mereka terkejut dengan apa yang berlaku. Seunghee, Minjung, Jungkook dan Seokjin memandang seseorang yang berdiri di hujung lorong dan mendekati mereka.

"Fiuh... Korang rupanya." Minjung menghela nafas lega melihat Haelyn, Hoseok dan Seoyun tersengih pada mereka berempat.

Rupa-rupanya Seoyun, Haelyn dan Hoseok telah menembak askar tersebut cecair khas untuk membuat seseorang pengsan dalam masa dua hingga lima hari.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now