『 20 | Arrived ❀ 』

53 6 127
                                    

Setelah lebih sepuluh jam di atas ferri. Sepuluh jam, segelintir dari mereka terkena mabuk laut. Sepuluh jam, dapat merasa berlayar dengan ferri. Akhirnya mereka sampai di persisiran Teluk Siam.

"Woah! Aku fikir sehari dua baru sampai. Laju betul captain Kim kita." puji Taehyung yang teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Thailand.

"Kita kena berjalan ke Bangkok ke?" soal Jaeah.

"Sabar, aku akan bawa ferri ni terus ke Teluk Bangkok." kata Namjoon sambil ligat memusing-musing gear ferri.

"Lama lagi ke?" Hyeki bertanya pula.

"Untuk sampai ke Chon Buri iaitu tempat untuk landing ferri ni akan mengambil masa lebih kurang 45 minit lagi. Tetapi disebabkan dunia ni kita punya sekarang ni, aku akan terus ke Samut Prakan. Dari situ ke Bangkok kira-kira 1 jam lebih." terang Namjoon si otak geliga, membuatkan yang lain ternganga.

"Kepala si Namjoon ni ada tersimpan aplikasi Waze ke?" bisik Haelyn kepada Hoseok.

"Maybe." jawab Hoseok yang juga terpana dengan penerangan Namjoon tadi. Namjoon pula memakai cermin mata hitam sambil hisap vape.

"Kita akan jalan kaki ke nanti?" soalan Hyeki dibalas sepi seketika sebelum Jungkook membuka mulut menjawab.

"Kita akan cari apa-apa kenderaan untuk ke sana."

"Mustahil ada kenderaan yang masih boleh digunakan lagi. Mesti sudah meletup atau kehabisan bateri dan petrol." bahas Eunmi, tidak berapa setuju walaupun dia juga teringin menaiki kenderaan sahaja.

"Belum tengok belum tahu." Eunmi pasrah sahaja mendengar kata-kata Jaeah.

"Tunggu Namjoon, memandangkan otak aku pun hampir geliga macam kau, ada sungai melintasi Mae Nam Chao Phraya yang aku rasa lebih dekat berbanding kau berhenti di Samut Prakan." celah Yoongi tiba-tiba. Namjoon berpaling memandang Yoongi seketika.

"Betul juga. Wah, otak tidur kau boleh tahan eh Yoongi."

"Heh. Orang swag, gini ah." kata Yoongi lalu flip vape yang dihisap Namjoon tadi. Takdelah gurau.

Setelah hampir satu jam, mereka sampai ke ibu kota Thailand iaitu Bangkok melalui laluan sungai Mae Nam Chao Phraya.

"Jangan tinggalkan barang, sia-sia je nanti." Seokjin mengingatkan. Mereka menggalas beg dan barang-barang survival mereka.

"Ready?" tanya Jimin yang bersedia di butang membuka pintu ferri. Semua mengangguk mengiyakan. Jimin pun menekan butang berwarna hijau lalu pintu tempat pemandu terbuka.

WARGH!

"Shit! Kau salah landing cib—"

"Shut up Yoongi! Lawan cepat!" Namjoon malas mahu melayan carutan Yoongi, terus mengambil kayu besbolnya dan terus memukul para Asesino.

"Tak guna! Banyak sangat!" Jungkook mengeluh semasa bertarung dengan Asesino yang ramai itu.

"Tak ada cara lain, saya kira sampai tiga dan kita lari." saran Eunmi dan disahut persetujuan tanpa bantahan dari semua.

"Satu.."

Mereka bersungguh-sungguh menghalang asesino yang ingin menggigit mereka.

"Dua.."

Satu-satu asesino dipukul sekuat hati.

"Tiga!!"

Serentak itu keempat belas mereka berlari sepantas mungkin dari longgokan asesino itu. Asesino-asesino gigih mengejar mereka.

"Lari jangan berhenti!" sempat Seokjin memesan semasa mereka sudah sesak nafas kerana berlari.

"Aku.. Dah tak.. Huh.. Tahan.." Haelyn yang sudah tercungap-cungap semakin perlahan lariannya. Haelyn hampir ingin berhenti tetapi cepat-cepat tangannya ditarik oleh Hoseok.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now