『 9 | Deja Vu ✿ 』

79 11 102
                                    

Hyeki sedang baring di atas katilnya, hanya merenung siling. Serius, otaknya kosong selepas bertempur dengan makhluk yang dahsyat itu.

"Owlirs.." ucapnya perlahan. Dalam kepalanya sibuk memikirkan tentang kumpulan baharunya. Jujurnya, dia masih belum biasa berkawan. Tetapi apabila mengenali orang-orang seperti enam orang gadis itu, dia berasa agak selesa untuk bercakap.

Dia termenung buat beberapa minit. Kemudian matanya tertancap pada mainan kiub di atas meja belajarnya. Tiba-tiba dia dapat merasakan sakit di kepalanya.

"Mari main kiub, Heyi!"

"Hei! Warna itu perlu sama dengan yang ini.."

Kepala Hyeki terasa semakin berdenyut-denyut. Dia merengkot di atas katil sambil menekan-nekan kepalanya.

"Hahaha! Saya lebih pandai cantumkan ini!"

"Kiub—"

"Gelang—"

"Ha! Awak kalah!"

Kepala Hyeki terasa semakin berdenyut-denyut, macam hampir meletup.

"Seoyun-ah!"

Hyeki seperti tersedar semula selepas mengalami denyutan sebegitu. Dia tercungap-cungap. Kepalanya terasa berpinar. Selepas beberapa minit terasa reda, dia mula berasa pelik.

Suara-suara yang terngiang-ngiang di telinganya bagaikan sebuah memori. Ianya seperti sepintas lalu sahaja. Bagaikan sebuah trailer filem. Adakah itu memori?

Dan lebih penting, siapa Seoyun?

○●◇◆◇●○

Jaeah kini sedang dibawa oleh seorang askar ke tingkat lima. Tingkat pemeriksaan kesihatan bagi warga penduduk Pusat Eclipse.

Jaeah tahu yang dia dibawa ke situ kerana dirinya dan Namjoon pernah terperangkap dalam tempat yang penuh dengan makhluk hodoh itu.

Dirinya sendiri tahu, dia tidak pernah digigit atau disentuh oleh makhluk tersebut jadi sekiranya didapati dia dijangkiti virus menatang alah tu, dia akan jadi terkejut seterkejut kejutnya.

Kedua-dua belah lengan Jaeah dipegang oleh dua orang askar. Mereka menarik Jaeah masuk ke sebuah bilik.

Mata Jaeah pantas meneliti kawasan tersebut. Ramai juga orang di situ. Tenang sahaja masing-masing.

Salah seorang askar sedang bercakap dengan doktor yang ada di situ. Sesekali mereka berdua akan terangguk. Kemudian doktor itu memandang aku. Aku jadi gementar saat dia mendekatiku. Dua orang askar itu pula sudah pergi meninggalkan tempat ini.

Dia kini berdiri di hadapanku berserta senyuman di bibirnya. "Hai, saya Lee Mieul. Doktor yang akan memeriksa kamu mulai sekarang. Dulu kamu dengan doktor yang mana, ya?" ujarnya lembut.

"Kang Hyuri." jawab Jaeah.

Dia mengangguk lalu mencapai sekeping papan keras yang terdapat beberapa helaian kertas dikepitkan padanya. Dia menulis sesuatu di dalamnya lalu memandang kembali pada Jaeah.

"Marilah, duduk di sana." ajak Doktor Lee sambil mendepakan tangan kirinya ke arah dua buah kerusi yang bersebelahan sebuah mesin.

Jaeah hanya menurut tanpa banyak cakap. Walaupun dirinya terasa sedikit gentar. Bukan dia tidak biasa membuat pemeriksaan begitu. Dia hanya terfikir apa akan jadi padanya sekiranya dia mendapat virus Asesino?

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now