『 22 | Explaination ❀ 』

60 5 82
                                    

"Bertemu kembali kita." ujar Hyeryung dengan senyuman manisnya.

Mereka semakin keliru dengan kehadiran Hyeryung di hadapan mereka sekarang.

"Presiden mana?" Seongwoo bertanya.

"Luar. Jauh. Jangan risau." jawab Hyeryung sambil menyelak rambut yang menghalang pandangannya.

Jaeah mengangkat tangannya, ingin bertanya.

"Ya?"

"Boleh saya tahu, apa yang—"

"Jangan risau sayang, awak semua selamat. Hari ini.. Kami akan terangkan segala-galanya tentang kamu semua." Hyeryung memintas kata-kata Jaeah. Owlirs senyap, tidak membantah.

"Pertama kali, saya ingin meminta maaf sebab kamu semua terpaksa menjadi antara salah satu bahan eksperimen presiden. Saya masih budak hingusan ketika itu jadi saya biarkan sahaja. Kini, saya ingin menebus kesalahan saya dan semua orang di sini. Saya ingin tamatkan semua ini. Kita perlu bina kembali dunia yang telah dirosakkan ini."

Owlirs diam sahaja, memberi ruang untuk Hyeryung menerangkan. Skrin di belakangnya menyala, menunjukkan video orang-orang yang sedang bekerja di makmal, orang yang sedang bermesyuarat dan banyak aktiviti lain yang terpapar.

"Kamu mesti pelik. Kenapa kamu boleh tidak ingat zaman kanak-kanak kamu? Siapa ibu bapa kamu? Dan siapa diri kamu yang sebenar? Saya akan terangkan satu persatu jadi dengar baik-baik." Owlirs masing-masing meneguk liur, gementar untuk mendengar penerangan Hyeryung.

"Tubuh badan kamu sekarang, organ dalaman kamu sekarang, wajah kamu sekarang..." Hyeryung teragak-agak untuk memberitahu. Tetapi dia kuatkan diri dan menyatakannya.

"Bukanlah milik kamu."

"Hah??" Owlirs tercengang apabila Hyeryung berkata begitu. Jadi badan mereka siapa punya?

"Pusat Eclipse dulu bertujuan untuk mengkaji kehidupan manusia. Jadi mereka menculik atau memancing beberapa manusia untuk menjadi bahan eksperimen. Antara eksperimen yang banyak kali dijalankan adalah penukaran badan manusia. Ramai orang yang mati akibat dari roh mereka yang tersangkut ketika pemindahan dijalankan. Tetapi sampai sahaja giliran kamu, pemindahan yang dilakukan berjaya. Presiden yang ingin memastikan eksperimennya berjaya atau tidak, mencubanya pada ketujuh-tujuh kamu. Badan kamu sekarang mungkin dari kawan-kawan kamu atau orang lain. Kami tidak tahu kerana pemilihan adalah secara rawak."

"Ketamakan presiden bertambah apabila mereka telah mencipta suatu cecair yang dapat merubah emosi manusia. Dia mencubanya pada beberapa orang. Malang sekali, bukan setakat emosi mereka berubah malah tahap kekuatan, sifat dan fizikal mereka turut berubah. Mereka menjadi pemakan daging manusia dengan kekuatan yang luar biasa. Fizikal mereka turut berubah seperti urat-urat kehitaman merebak dalam badan mereka. Keadaan tidak terkawal dan para pekerja digigit dan dilahap oleh bahan-bahan eksperimen. Dari situ kami tahu gigitan mereka akan mengubah manusia lain juga. Perlahan-lahan ia merebak ke seluruh dunia selama bertahun. Tak tahu macam mana kamu boleh terlepas tetapi bertuahlah kamu selamat bersama beberapa lagi orang. Kemudian, Eclipse menyelamatkan orang-orang yang masih hidup atau hampir menjadi makhluk yang dinamakan sebagai asesino. Kalau kamu semua perasan, pekerja-pekerja Eclipse garang tak bertempat kan?"

Owlirs mengangguk laju. Lama mereka ingin tahu pasal itu.

"Mereka sebenarnya antara yang telah menjadi asesino seketika tetapi berkat kepandaian Chanyeol dalam membuat vaksin, vaksin itu sedikit sebanyak menenangkan mereka. Mereka disarankan untuk memakan ubat setiap hari tetapi kesan ubat itu tidak dapat mengubah terus para pekerja yang sudah terjangkit. Kerana itu mereka panas baran. Sebab sifat agresif masih ada dalam diri mereka."

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now