『 19 | Discharge ✿ 』

47 7 165
                                    

[ COMMENT ATLEAST 15 PER PERSON ]

"KIM NAMJOON!!"

Suara jeritan Jaeah menyelubungi segenap ruang ferri. Bergegar ferri itu sekali dengan air laut yang mereka lalui.

"KAU KENAPA JERIT-JERIT?!"

"KAU CURI AKU PUNYA SNEK KAN SIAL?!"

"SIAPA AJAR KAU MENCARUT NI BANGANG?! BILA MASA PULAK AKU CURI SNEK KAU?"

"KAU TU TAK MENCARUT KE SETAN?! DEKAT TANGAN KAU TU IKAN KE BO-"

"ENOUGH!" Eunmi menghentikan aksi-aksi mencarut mereka. Mahu meletup telinganya mendengar carutan mereka berdua.

"Aku syak dorang anak murid Yoongi hyung." ujar Jimin perlahan, tidak mahu Yoongi dengar. Tapi malangnya.

"Aku dengar, son of beach." Yoongi berkata di belakang Jimin. Terdapat asap-asap berwarna hijau dan soundtrack seram.

"Aku anak Park do bukan pantai." balas Jimin dengan muka selambanya. Yoongi hanya menepuk dahi.

"Alah Jaeah, kasi greenlight lah. Aku lapar gila kot. Takda aku, tak jalanlah ferri ni." kata Namjoon, memujuk Jaeah yang marah apabila satu-satunya snek kegemarannya dikebas jembalang.

"Ye pun mintalah kebenaran. Nasib kau pemandu kelasi tak berbayar je kalau tak memang dah lama aku buat bola besbol dekat kepala kau." kata Jaeah pasrah terpaksa berkongsi snek dengan Namjoon. Namjoon pula melambung seketul snek ke udara dan memakannya.

"Cis, fikir hebatlah tu. Acah." kutuk Jaeah perlahan tetapi memandangkan Namjoon disebelahnya sahaja, anda rasa dia dengar?

"Mentang kau tak reti buat." ujar Namjoon selamba sambil membuat lagi aksinya tadi.

"Cakap lagi aku jadikan siku aku buruk dan ambil snek tu balik." ugut Jaeah. Namjoon tersengih sahaja dan teruskan makan sambil memerhati radar ferri yang disediakan. Takut-takut ada jerung zombi ke mana tahu kan.

Seunghee yang sememangnya jenis bontot berbisul, berjalan mengelilingi ferri di kawasan terdekat dengan tempat pemandu.

Dia membelek-belek barang-barang di dalam ferri itu. Mungkin kepunyaan penumpang-penumpang ferri yang tidak sempat bertolak.

"Uhuk! Berhabuknya." keluh Seunghee sambil menutup hidungnya bagi mengelak kemasukan habuk yang membuatkan hidungnya gatal.

Sedang syok berjalan meneroka ferri, matanya terpandang sesuatu yang menarik. Dua buah kipas bateri berbentuk lebah berwarna merah jambu dan unggu diambil dari atas sebuah meja kecil yang disediakan. Kipas-kipas bateri itu dibalut separuh dengan kertas berwarna putih.

Dia membuka perlahan-lahan kertas tersebut dan mendapati terdapat tulisan di dalamnya. Dia memastikan keadaan sekeliling clear dan membaca nota ringkas pada kertas itu.

Kipas bateri khas untuk Eunnie dan anakku, Yoon Seunghee~ Happy birthday!

Mata Seunghee membulat membaca nota ringkas itu. Yoon Seunghee sepertinya memang nama dia di dalam sijil beranak. Mungkinkah Seunghee ini manusia lain? Ya, mungkin lah itu.

Ya, fikir positif.

Tak, dia tak boleh. Dia betul-betul mahu tahu tentang kipas itu yang berada dalam ferri berserta nota ringkas ini.

"Siapa Eunnie yang dimaksudkan? Aku pernah dengar Wen panggil dia begitu." Seunghee berfikir sejenak. Setelah penat berperah otak, dia mengalah dan membawa kedua kipas bateri itu ke dalam tempat memandu. Comel sahaja. Alang-alang nama dia Seunghee, itu boleh jadi miliknya juga kan. Kan. Kan.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now