『 15 | Useless Barrier ✿ 』

55 6 135
                                    

[ ATLEAST 15 COMMENTS PER PERSON ]

*****

Haelyn hampir terjatuh akibat darah di atas lantai yang licin itu ditahan oleh Hoseok dengan tangkas.

"Hati-hati, carvan ini masih dalam proses pembersihan. Memang licin dengan darah di mana-mana." pesannya lalu mengenyit mata kepada Haelyn.

"T–terima kasih." Haelyn menjadi agak tergagap tidak dikenal pasti puncanya. Kadang-kadang terasa debaran di hatinya apabila bercakap dengan Hoseok. 'Tak mungkin...' hatinya berdetik.

"Eh rakan-rakan! Dalam carvan ini ada dua senapang dan lima pistol bhai. Carvan siapa ni? Alat-alat macam ni pun ada di sini." Seokjin mengangkat pistol dan senapang itu. Owlirs dan Bangtan ternganga melihat senjata itu.

"Ini boek!"

"Eh, ada lagi lah!" kesemua mata menuju ke arah Seunghee pula. Mereka ingin melihat objek apa pula yang dijumpai oleh Seunghee. Pistol atau senapang?

"Pistol!" baru mereka ingin merasa kagum, Seunghee menyambung, "Pistol air." lalu masing-masing menepuk dahi.

"Eh, tapi pistol air pun boleh guna juga lah." kata Wenae tiba-tiba.

"Apa kita boleh buat dengannya?" soal Minjung pula.

"Kan kita perlu menembak Asesino dengan air garam kan? Kita isilah air garam itu dalam pistol ini!" cadang Wenae membuatkan bahunya ditepuk oleh Owlirs.

"Pandailah awak!"

"Ada dua pistol air. Kena bagi pada seseorang yang tak cuai. Kalau air garam tu terkeluar, membazir." ujar Jungkook sambil mengambil kedua-dua pistol air itu.

"Guys, tengok ni. Aku jumpa tadi." Jimin menunjukkan sebuah artikel yang dijumpai dalam carvan tersebut. Semua ahli membaca artikel yang ditulis secara ringkas itu.

Black World by The President

17 APRIL 2017DUNIA semakin menghampiri ke penghujungnya. Pengkajian secara sulit Syarikat Eclipse telah didedahkan di seluruh media massa.

Setiausaha syarikat, Kim Mingyu mengatakan, "Tujuan kami yang sebenar adalah untuk memajukan lagi Sains di negara kita. Kami telah menghasilkan beberapa bahan kimia yang akan membentuk makhluk yang unik. Makhluk itu mempunyai kekuatan yang luar biasa tetapi bentuknya hampir sama seperti manusia. Diharap semua jangan bimbang kerana kami telah membuat pengawalan ketat terhadapnya. Tentang penyakit yang tersebar itu pula adalah secara tidak sengaja semasa kami menjalankan eksperimen yang dilepaskan ke dalam udara luar. Kami akan membaikpulih sistem kami dan akan merawat mereka-mereka yang terkena penyakit tersebut."

Walaupun demikian, netizen dan pihak kerajaan masih tidak bersetuju akan aktiviti haram syarikat ini yang telah berlanjutan selama 5 tahun itu. Mereka sangat mencurigai syarikat yang sulit itu. Mereka tidak pernah berjumpa dengan pengerusi syarikat tersebut. Tetapi syarikat Eclipse cuba meyakinkan mereka dengan apa jua cara menyebabkan kerajaan akhirnya memberi kebenaran kepada aktiviti bahaya tersebut.

Disebabkan keyakinan Setiausaha Kim yang mengatakan hasil aktiviti mereka akan membawa kepada kemajuan negara, pihak-pihak kerajaan dan para netizen meletakkan kepercayaan terhadap mereka.

"Kerajaan bodoh." Yoongi meneguk air mineral yang diambil di dalam peti sejuk itu. Membaca artikel itu membuatkan dirinya tidak mahu mengaku dia adalah warganegara di situ lagi.

"Tunggu, maksudnya mereka sudah mengetahui ini sejak tahun lepas lagi?" Eunmi membuat andaian.

"Kenapa aku tak tahu menahu langsung tentang artikel ini?" Hoseok menyoal. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil cuba mengingati balik jika dia pernah membaca artikel tersebut.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now