『 21 | Almost Over ✿ 』

56 5 100
                                    

Baekhyun segera bangun, menolak kerusinya sehingga jatuh dan berlari keluar dari pejabatnya. Mingyu hanya tercengang apabila melihat kertas-kertas yang terbang apabila mengena arus taufan dari Baekhyun.

"Baek! Nak pergi mana?" seru Hyunmi yang duduk di meja kaunter. Baekhyun yang kelam kabut tadi bergegas ke kaunter.

"Hyeryung pergi ke Bangkok, betul ke?" Baekhyun menyoal dalam keadaan termengah-mengah. Mendengar nama Hyeryung, mata Hyunmi yang teruja melihat Baekhyun mula mengendur.

"Ya.."

"Kau tahu?" Hyunmi angguk.

"Bila?"

"Semalam.."

"Apahal tak bagitahu aku?" Baekhyun menegaskan suaranya. Hyunmi yang matanya fokus pada komputer berpaling pada Baekhyun.

"Kenapa mesti saya beritahu awak?"

"Sebab aku berhak tahu! Ibu Hyeryung amanahkan aku untuk jaga dia! Kalau jadi apa-apa ketika dia bersama presiden ke sana macam mana?" tempiak Baekhyun. Badannya menggeletar menahan marah. Dia berdiri dari tempat duduknya dan merenung Baekhyun tajam.

"Awak tak habis-habis dengan Hyeryung. Asyik-asyik nama perempuan tu yang awak sebut di hadapan saya. Saya cintakan awak Baekhyun! Hyeryung jelas tak menyukai awak langsung. Kenapa awak tak ambil sahaja apa yang di depan awak ini?" hidung Hyunmi mula memerah. Matanya berair.

"Sebab aku tak cintakan kau." jawab Baekhyun selamba, menambahkan rasa bengang perempuan di hadapannya.

"Awak tahu tak Hyeryung tu anak kepada presiden tak guna yang menjadi punca semua ini berlaku? Awak masih sukakan dia? Hei, jangan jadi bodoh boleh tak? Hyeryung tu pun bukannya suci la-"

Pang!

Hyunmi terkedu apabila pipinya ditampar oleh Baekhyun. Kepalanya terteleng ke tepi. Dia tidak menghadap kembali ke arah Baekhyun kerana terkejut.

"Kau jangan burukkan Hyeryung aku! Kau tak layak nilaikan dia. Kau tak tahu apa-apa tentang dia!" teriak Baekhyun dengan lantang sekali. Ketika Baekhyun ingin melangkah pergi, lehernya terasa di cucuk oleh jarum dengan kuat. Mata Baekhyun terbuntang apabila merasa kesakitan berganda di lehernya ketika itu. Dia terdengar suatu bisikan sebelum matanya tertutup.

"Semuanya berakhir Byun Baekhyun. Kau milik aku."

°•°•°

"Tiada yang lain sangat di sini." ujar Wenae apabila mereka memasuki perkarangan Eclipse Center Bangkok.

Sementara Joy, Jihoon dan Seongwoo melapor sesuatu kepada pengarah Eclipse Center Bangkok, Owlirs, Bangtan dan yang lain mengamati keseluruh tempat di kawasan itu sambil mendaftar nama mereka di kaunter pendaftaran. Terdapat tulisan-tulisan Thai yang tidak mereka fahami. Tetapi nasib baik ada perkataan Inggeris kecil di bawahnya. Selesai mendaftar, mereka memandang ke arah empat orang yang sedang bercakap sesuatu. Adakalanya pengarah itu menjeling mereka sekilas.

Perbicaraan ketiga orang itu memakan masa hampir lima belas minit. Mereka perasan pandangan terkejut yang dilemparkan oleh pengarah tersebut kepada ketujuh gadis iaitu Owlirs. Perbualan mereka menjadi lebih serius dan berakhir apabila Jihoon, Joy dan Seongwoo menunduk hormat pada pengarah tersebut.

"Marilah kami bawa ke bilik korang." Jihoon mengajak dan diikuti oleh Owlirs, Bangtan, Seoyun, Solji dan Solra ke dua buah pintu yang bersebelahan.

"Nasib korang baik sebab ruang besar ini kosong. Sebelah sini untuk lelaki dan sebelah sini untuk perempuan." terang Seongwoo. Mereka mengangguk.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now