『 14 | Adventure Begins ❀ 』

72 6 120
                                    

"Ya, check keadaan eksperimen code 6219. Lakukan pemeriksaan seperti biasa." arah seorang lelaki sambil memeriksa fail yang diberi oleh pembantunya.

"Tapi eksperimen code 6219 nampak tidak bermaya selepas menerima renjatan tempoh hari. Dia perlu bere—"

"Park Narae, saya ambil awak berkerja walaupun awak masih 19 tahun sekarang kerana saya nampak potensi awak. Tunjukkan saya potensi awak yang buat saya tertarik pada awak. Ikut arahan saya tanpa bantahan." gertak lelaki itu. Urat-uratnya timbul sedikit akibat kegeraman arahannya cuba dibantah.

"B–baiklah. Saya minta maaf. Saya akan lakukannya." Narae menunduk hormat lalu meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu mencampak perlahan fail yang mengandungi data eksperimennya ke atas meja. Dia mengeluh kecil. Dia membuka kaca mata dan mengurut batang hidungnya. Kepalanya sakit memikirkan hal yang baru diterimanya sebentar tadi.

Eksperimen yang dijalankan selama ini adalah secara senyap-senyap. Tidak pernah dikesan oleh kerajaan Korea Selatan. Aktiviti haram itu dilakukan dengan teliti.

Biasanya kita akan menggunakan tikus atau katak sebagai bahan eksperimen, tetapi lain pula eksperimen yang dijalankan lelaki ini.

Eksperimennya menggunakan manusia.

"Kenapa kau percaya dengan budak belasan tahun tu?" soal gadis dengan rambut keperangan sambil mendekati lelaki itu.

"Jarak umur kau dengan dia bukan jauh mana. Beza satu tahun sahaja." balas lelaki itu lalu ketawa sinis. Gadis itu tidak memberikan apa-apa reaksi.

"Apa yang kau harapkan dari apa yang kau buat selama ini?" soal gadis itu sambil duduk di atas pemegang sofa.

"Kejayaan besar." jawabnya ringkas. Dia menuangkan teh ke dalam cawan kecil. Dia mengambil cawan tersebut menggunakan dua jari dengan jari kelingking diluruskan dan menghirup teh itu.

"Aku takkan bersusah untuk hasil yang kecil." lelaki itu tersenyum. Gadis itu hanya mendiamkan diri, memberi ruang untuknya berbicara.

"Kau tahu, seseorang yang sangat dekat dengan kau juga pernah bercita-cita seperti aku. Tetapi dia tidak sempat melakukan apa yang dia ingin lakukan." lelaki itu berdiri dan menghadap ke luar tingkap yang besar itu.

"Jadi sekarang, aku sedang tunaikan hajatnya. Ini yang dia mahukan." gadis itu terus mendiamkan dirinya.

"Kenapa senyap?"

"Sebab fikirkan kebodohan kau." jawab gadis itu selamba. Reaksi lelaki itu berubah dari bangga kepada terkejut.

"Apa?"

"Kau buat semua ini hanya untuk penuhi hajat seseorang? Kau hidup untuk ini sahaja ke?" tanya gadis itu sambil menyilangkan kakinya di atas sofa dengan selesa.

"Kau takkan faham."

"Fahamkan aku."

"Kau boleh fahamkan diri kau."

"Tak, aku tak faham."

Gadis itu tidak mahu mengalah. Lelaki itu pula senyap dan memandang tepat pada mata si gadis. Dia tidak dapat membaca apa-apa dari mata gadis tersebut.

"Baiklah, Kim Hyeryung. Aku akan pastikan kau fahamkan semuanya."

∞∞

» Eunmi’s POV

Kami melalui sebuah terowong kecil menuju ke arah keluar kalau diikutkan si Seoyun.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now