『 11 | Mission One ✿ 』

67 9 152
                                    

Darah Hyeki berderau. Dia memerhati keseluruhan wajah Seoyun.

'Seoyun-ah!'

Dia teringat kembali nama yang bermain-main di fikirannya sebelum ini. Tetapi dia cuba berfikiran positif yang itu semua adalah kebetulan. Suara yang terngiang di telinganya hari itu tidak menyatakan nama keluarga 'Seoyun' itu. Dan dalam dunia ini bukan hanya ada satu sahaja manusia yang bernama Seoyun.

"Ah, Seoyun ya? Mari saya bantu awak masuk ke bilik." pelawa Hoseok sambil cuba memapah tubuh Seoyun. Seoyun cuba berdiri dengan bantuan Hoseok. Hoseok memapahnya sehingga ke bilik.

Haelyn pula memandang kedua manusia itu menyampah. 'Dinding dan palang besi ada untuk berpaut, kenapa nak orang juga yang tolong.' kata Haelyn dalam hati. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap koridor.

Eunmi yang perasan riak wajah Haelyn sebentar tadi berjalan ke belakang Haelyn lalu membisik, bertanya sesuatu di telinga Haelyn.

"Cemburu ke?"

Haelyn terkejut apabila terasa hembusan nafas dan suara bisikan Eunmi di telinganya. Automatik bahunya terhinjut dan wajahnya berpaling ke belakang memandang Eunmi.

"Cemburu? Kenapa pula perlu cemburu?" soal Haelyn sambil mencebik bibir. Dirinya sendiri tiba-tiba tertanya-tanya, adakah betul dia cemburu atau tidak.

Eunmi hanya smirk pada Haelyn, membuatkan kening Haelyn bertaut, agak geram dengan mimik wajah Eunmi yang sedang memerlinya.

"Eh guys, jom lepak dalam bilik Seoyun. Air-cond kelas 1 sia!" ajak Hoseok lalu membuat muka kuda baru lepas buang angin apabila Seoyun mengecilkan matanya.

Mereka semua pun masuk apabila Seoyun bersetuju. Haelyn pula masuk dengan keterpaksaan. Entahlah tiba-tiba dia terasa menyampah dengan Seoyun. Lagi-lagi Hoseok duduk di sebelahnya.

Dia menggigit bibir dan menggenggam skirtnya lalu berkata dalam hati, 'Acah-acah baik. Dasar kuda, Jung Hoseok.' dia terpaksa menadah telinga mereka menerangkan kembali bagaimana untuk keluar dari pusat ini.

Eunmi sedari tadi melihat gerak-geri Haelyn berasa geli hati dan cuba menahan tawanya.

"Hey Hoseok sunbae-nim. Apa kata sunbae layan si Haelyn tu. Saya tengok dia tengah kesepian sekarang." kata Eunmi membuatkan asap keluar dari telinga Haelyn. Haelyn menjeling Eunmi tajam. Makin digigit bibirnya itu.

Hoseok yang syok berbual dengan Seoyun memalingkan wajah pada Eunmi kemudian ke Haelyn. Semua orang di situ kini menumpukan perhatian kepada Haelyn.

Muka Haelyn menjadi merah. Dia mencuba untuk senyum walaupun sebenarnya dia ingin meletup. Dia memberi pandangan sekejap-lagi-kau-akan-jumpa-malaikat-maut pada Eunmi. Eunmi sekadar tersenyum puas lalu ketawa kecil.

Hoseok tergelak lalu bangun dan duduk di sebelah kiri Haelyn. Keseluruhan badan Haelyn kini kemerahan dan kepanasan.

"Lyn bosan eh?" soal Hoseok dengan senyuman lebarnya.

"A–ah? Err... S–saya e–em..." Haelyn jadi tergagap-gagap dan mukanya semakin kemerahan. Tak tahan dengan situasi itu, dia terus bangun.

"Saya nak ke bilik air!" lalu Haelyn menyerbu bilik air di bilik Seoyun. Semua orang di situ terkebil-kebil melihat telatah Haelyn.

"Abaikan dia. Mungkin dari tadi dia tahan." ujar Jaeah memecahkan kesunyian yang dikuasai oleh cengkerik sebentar tadi.

"Alang-alang kita dah berkenal sekarang ni Han Seoyun, nak join kami keluar dari sini?" tawar Seokjin apabila semua penerangan tamat.

Seoyun mengusap-usap dagunya, berfikir. Apabila dia telah membuat keputusan, dia tersenyum pada Bangtan dan Owlirs.

"Saya nak!"

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now