『 4 | Rescue Mission ❀ 』

95 12 162
                                    

"Aku tak tahulah, Chan. Dia terlampau nak cari mereka bertujuh. Aku tahu niatnya, tapi dia harus fikirkan tentang diri dia dan orang terapat dia juga." kata Baekhyun sambil menaip sesuatu di laptop miliknya.

"Kau nak maksudkan 'orang terapat' tu kau?" soal Chanyeol sambil menyedut jus anggurnya dan kemudian berpaling pada Baekhyun. Baekhyun hanya mengeluh.

"Okay, Baekhyun. Aku bukan apa, tapi kau kawan aku. Kawan susah senang aku. Jadi aku lebih prefer kau untuk fikirkan diri sendiri dulu. Aku bukan nak cakap yang tiada siapa fikirkan tentang kau tapi Hyeryung kau harus ketepikan sedikit. Sebab tak guna kau korbankan diri kau untuk orang lain. Bro, aku bukan gay tau aku just risau tentang kau. Sebab kau kawan baik aku." Chanyeol menyedut lagi jus anggurnya sebelum menyambung.

"Aku tengok kau suka skip makan dan tengoklah, wajah kau agak cengkung sekarang. Kau tengoklah kau dah ada eyebag sebab kurang tidur. Jambang kau ni bila nak cukur? Diri kau tak terurus saling tak ubah seperti seorang pengemis." Chanyeol diam sebentar, melihat Baekhyun berhenti dari menaip.

"Chan, aku hargai kau risau tentang aku. Cuma aku nak pastikan Hyeryu—"

"Berhenti fikir tentang dia. Tak salah nak menolong, Baek. Tapi kau kena pandang diri kau jugak. Kalau betul kau sayang dia, kau kena jaga diri kau. Mana tahu kalau satu hari nanti dia mula sayang pada kau? Dan saat tu kau pergi tinggalkan dia? Kedua-duanya tidak dapat apa-apa faedah."

"Tapi Chan—"

"Baek, cinta bukan untuk berkorban. Please, aku tak suka quote bodoh tu." Chanyeol membuat muka seperti annoying. Baekhyun hanya mendiamkan diri. Dia cuba menghadam kata-kata Chanyeol.

"Lagi satu, bagaimana dengan Hyunmi?" soalan Chanyeol membuatkan Baekhyun agak tersentak. Dia memandang Chanyeol dan mengangkat kening, tanda bertanya.

"Kau tau, kau seperti beri dia harapan yang tinggi. Dia siapa pada kau sebenarnya?" balas Chanyeol. Baekhyun dengan yakin menjawab, "Kawan."

"Look. Kau cakap Hyeryung kena fikirkan diri dia dan 'ORANG TERAPAT' dia tapi ada kau fikir tentang Hyunmi? Kau sedar tak dia dah banyak tolong kau?" Baekhyun mengetap bibirnya.

"Chan—"

"Kau sedar tak dia sanggup temankan kau, tolong kau menganalisis data-data pelajar semua tu? Kau dan dia sama-sama skip waktu makan." Chanyeol terus memotong apa-apa sahaja yang Baekhyun ingin katakan.

"Chanyeol, aku—"

"Aku kesian tengok dia, dia menaruh harapan yang tinggi pada kau. Kau pula bakal beri dia fakehope."

"Aku—"

"Aku sendiri pun pernah ke kau terfikir? Sejak kau jadi orang suruhan Hyeryung, kau sering bertanya tentang dia. Apa-apa mesti dia. Hyeryung, Hyeryung, Hyeryung. Sampai aku pun kau abaikan."

"Chanyeol, dengar—"

"Kau tahu aku ni sensitif, Baekhyun. Kita dah berkawan sejak kecil lagi. Takkan kau tak kenal aku? Atau kau dah lupa sebab dalam kepala otak kau cuma ada Hyeryung?" Chanyeol mendengus kasar.

"Dengar—"

"Kadang-kadang aku terfikir, berbaloi ke kalau aku terus pendam dan hanya berlakon seperti aku baik-baik sahaja di depan kau? Kau tau, aku cuma ada kau yang sering prihatin dengan diri aku. Baekhyun yang aku kenal suka layan semua lawak aku, akan sentiasa ada di samping aku. Aku tahu aku tiada hak untuk halang kau rapatkan diri kau dengan orang lain. Tapi sekurang-kurangnya, kau janganlah kurangkan sifat prihatin kau pada aku." Baekhyun hanya diam. Dia tahu, sekiranya dia menyampuk, Chanyeol hanya akan memintas percakapannya.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now