『 3 | Lost ✿ 』

111 13 219
                                    

Semua pelajar berkumpul di ruang berkumpul. Dewan yang dicipta dengan dinding elektrik itu dapat memuatkan lebih dua ribu orang.

"Diminta semua pelajar mempercepatkan langkah. Para pekerja cepat bertindak. Asesino telah menawan suku daripada pusat Eclipse. Tolong jangan berlengah atau banyak nyawa menjadi taruhan."

Kedengaran suara bergema di corong pembesar suara di sekitar pusat Eclipse. Para pelajar semuanya menjadi tidak keruan dan berlari sedaya mampu menuju ke ruang berkumpul.

"Wen! Wen!" Wenae terdengar namanya diseru oleh seorang perempuan. Dia mencari-cari suara tersebut lalu ternampak kelibat Eunmi yang berlari mendapatkannya.

"Kau okay tak?" soal Eunmi dengan cemas. Maklumlah, Eunmi telah menganggap Wenae seperti adiknya sendiri. Dia selalu pastikan keadaan Wenae baik-baik sahaja.

"Okay. Eonni pula?" Wenae menyoal kembali. Eunmi hanya mengangguk dengan nafasnya yang tidak teratur kerana berlari tadi.

"Apa jadi sekarang ni eonni?" tanya Wenae yang tertanya-tanya kerana dia dan kelasnya tidak dapat melihat apa-apa punca yang menyebabkan mereka disuruh ke sini.

"Wen tau, eonni nampak sesuatu yang sangat teruk rupanya! Serius, kalau Wen tengok pun boleh muntah hijau." jawab Eunmi yang mula reda. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang pintu ruang berkumpul itu. Sesak dengan pelajar dan pekerja berlari masuk. Ada sesi tolak-menolak lagi.

Semua murid diarahkan duduk. Keadaan sangat tidak kemas. Bengkang-bengkok. Dah sebab emergency, tiada masa untuk menyusunkan barisan seperti yang selalu dilakukan di sekolah biasa.

Seorang lelaki pergi ke depan, mendapatkan sebuah mikrofon kecil. Dia mendekatkan mikrofon ke bibirnya dan ingin mengatakan sesuatu.

"Baiklah, diminta semua pelajar untuk bertenang. Saya, cikgu Boo Seungkwan, cikgu paling diva dari DSV. Keadaan akan kembali kepada asal sebentar lagi. Kita sudah kehilangan hampir suku pusat Eclipse. Iaitu kantin para pekerja dan makmal kecil." Seungkwan cuba menjelaskan situasi.

"Apa yang sedang berlaku!"

Teriak salah seorang pelajar, bertanya kepada Seungkwan. Seungkwan terdiam sekejap dan menjadi kaget kerana tidak tahu menerangkannya dalam bentuk yang macam mana.

"Sebenarnya..."

Belum sempat Seungkwan ingin menjawab, seorang lelaki mara ke depan dengan laju sekali. Dia merampas mikrofon dari tangan Seungkwan.

"Saya Sarjan Kim Minseo. Saya hanya mampu mengatakan, bahawa dua tempat yang disebutkan oleh encik Boo adalah sangat berbahaya. Pintu untuk disana telah dikunci dengan pelbagai benda. Jangan sesiapa pergi ke sana dan keselamatan anda akan dijamin." ucap lelaki itu. Kedengaran keluhan dari pelajar tetapi dia hanya menghiraukan. Dia memberi semula mikrofon kepada Seungkwan.

"Ceh, aku fikir bahu je nak terangkan dengan gaya paling diva tadi." kata Seungkwan perlahan. Dia menjelir lidah kepada Minseo yang berjalan, ingin keluar dari ruang berkumpul.

"Cikgu, apa yang berlaku sebenarnya?" soal seorang pelajar perempuan di hadapannya.

"Sebenarnya macam ni— err takda apa-apa lah. Dengar kata Sarjan Kim tadi? Ikut sahaja katanya."

Seungkwan tidak jadi ingin meneruskan penjelasan sebenar apabila terpandang Minseo yang sedang menjelingnya pada skala paling tajam. Seungkwan tersengih paksa kepada Minseo. Minseo pun terus keluar.

"Hish! Engko ingat engko sarjan, aku takut ke? Ey ni diva Boo lah! Kalau aku sapu-sapu kau pakai pompom—"

Sekali lagi kata-kata Seungkwan dihentikan dan dipintas oleh seorang guru perempuan yang bernama Son Naeun. "Dah lah tu Seungkwan. Kau tahu jelah perangai Minseo tu macam mana. Yang kau kutuk-kutuk ni, jangan fikir takda yang nak report dekat dia." kata-kata Naeun membuatkan Seungkwan mencebik.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now