『 23 | Park Hyeki ✿ 』

76 3 61
                                    

» Hyeki's POV

"Awak dah sedia Park Hyeki?" soal Joy, meminta kepastian. Kepala aku yang siap dipasang dengan topi berwayar dibeleknya seketika agar ketat.

Aku mengangguk perlahan. Gementar untuk apa yang bakal aku lihat sebentar lagi.

"Saya aktifkan sekarang."

"Mode pemindahan memori. Activated." sejurus selepas Joy menekan butang merah di mesin tersebut, aku terasa seperti kepalaku mahu seperti ditolak kuat untuk masuk ke dalam badan. Tekanan tinggi ketika itu membuatkan aku begitu pening. Ianya perit tetapi aku cuba bertahan dan kuatkan diri.

"Omma, mana appa? Kenapa diorang letak appa dalam kotak tu? Hiks, kenapa appa tinggalkan kita?" soal si kecil Hyeki sambil menangis teresak-esak disamping ibunya yang sedari tadi menggosok hidungnya yang merah dengan sapu tangan.

"Heyi, appa sayangkan kita. Cuma Tuhan lebih sayangkan appa. Heyi kena redha ya, sayang?" Hyubin, mak kepada Hyeki cuba memujuk anak kecilnya itu. Sayu hatinya melihat Hyeki yang menangisi pemergian ayahnya itu.

Ayah Hyeki meninggal akibat kemalangan jalan raya. Hyubin juga agak terkilan dengan pemergian suami kesayangannya itu selepas baru sahaja mereka menyambut hari lahirnya pada hari sebelumnya.

Namun, Hyeki dan Hyubin sama-sama cuba untuk redha. Walaupun rasa sedih menghantui hati masing-masing selama beberapa minggu. Pemergian ayah Hyeki membuatkan personaliti Hyeki berubah menjadi antisosial.

-----

"Hai Heyi, nama saya Han Seoyun! Mari berkawan heee~" aku lihat dua orang kanak-kanak kecil berada di bawah sebuah pokok.

"Mari main kiub Heyi!" ajak Seoyun dan aku ikutkan sahaja dengan perasaan gembira apabila mendapat kawan baru. Memang aku tidak berapa suka bercakap lalu berdiam diri sahaja.

Aku cuba untuk memusingkan kiub rubik yang berwarna warni itu agar sama warna kesemuanya. Tetapi berkali-kali pusing, tidak dapat menyamakan warnanya juga.

Tetapi aku tidak mengalah. Aku cuba juga mencamtumkan warna merah dan merah yang lain.

"Heyi, warna ini perlu sama dengan warna ini." Seoyun membantu aku memusingkan kiub itu ke arah yang sepatutnya. Kemudian dia membiarkan aku memusingnya sendiri semula. Dan aku menjadi blank.

"Mari sini," Seoyun mengambil kiub itu dari tangan aku lalu memusing-musingkan kiub itu. Dalam masa hanya lebih tiga puluh minit, dia dapat menyelesaikan kiub itu.

"Hahaha! Saya lebih pandai camtumkan ini!" ujar Seoyun dengan teruja manakala aku mencebik bibir sahaja. Aku memang tiada kemahiran dalam permainan sebegini.

"Nah, saya beri kiub ini pada awak." Seoyun menghulurkan kiub itu pada aku. Aku mengambilnya dengan ragu-ragu.

"T–terima kasih.."

-----

Ingatan aku menjadi gelap seketika dan menjadi terang semula seperti menyambungkan memori lain.

-----

"Heyi, nah ini gelang yang saya buat sempena persahabatan kita!" kata Seoyun lalu terus memakaikan gelang itu pada tanganku tanpa menunggu aku berkata apa-apa. Aku lihat sahaja.

"Hm, cantik kan?"

"Y–ya.. Terima kasih."

"Hei, boleh tak cuba bercakap? Awak asyik senyap je."

"Maaf.. Saya memang begini."

Seoyun mengeluh perlahan lalu mengambil sesuatu dari beg kecil yang di sandang pada bahunya. Ianya adalah pin rambut berbentuk pelangi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now