『 12 | Mission Failed? ❀ 』

49 8 90
                                    

"Satu..."

"Dua..."

"Tiga..."

"Woi!" Hyeki mengetuk kepala Taehyung menggunakan pen yang berada di atas kabinet itu. Taehyung pula menggosok kepalanya yang terasa bengap selepas diketuk pen besar tersebut.

Bagaimana dengan scene yang mendebarkan di episod lepas? Jaeah sangat cemas apabila tidak yakin dapat mengcover Taehyung atau tak. Tetapi cepat-cepat Namjoon menarik lengan pekerja itu lalu membuat-buat membersihkan apronnya.

"Ada ulat tadi. Sekarang dah takda. Haha... Hah.." Namjoon ketawa kekok. Pekerja sudah memandangnya curiga. Dalam otak Namjoon sekarang, Namjoon mini sedang membuka laci-laci kabinet dalam otaknya dan membawa keluar kertas-kertas di dalamnya.

"Bukan... Bukan..."

"Haih alasan mana yang sesuai ni?"

Tiba-tiba dia terjumpa sehelai kertas yang sesuai dan ingin dicubanya.

"Ha, by the way.. Bukan ini sahaja tujuan kami ke sini. Baik korang pergi ke bilik makanan di tingkat lima. Mereka panggil. Muka mereka macam singa warna merah je. Makanan korang ada masalah mungkin?" kata Namjoon membuatkan pekerja-pekerja di situ kelam kabut meninggalkan kantin dan menuju ke bilik makanan tingkat lima. Masing-masing mempamerkan riak wajah cemas dan risau.

"Cantik hyung. Selebihnya biar kami uruskan, hyung pergilah dulu." ujar Taehyung lalu Namjoon dan Jaeah bersetuju.

"Ambik banyak-banyak." pesan Jaeah lalu tertawa kecil. Mereka pun meninggalkan kantin itu.

"Sakitlah! Kenapa?" soal Taehyung sambil menjeling kecil kepada Hyeki.

"Apa kerja awak mengira butir-butir garam tu? Cepatlah!" balas Hyeki lalu meneruskan kerjanya, memasukkan garam-garam yang mereka jumpai di bilik yang menempatkan makanan bagi pesakit di hospital bahagian pendarahan.

Makanan pesakit ini sememangnya disertakan dengan garam.

"Cukuplah ni. 4 botol garam peh." ujar Taehyung lalu mengelap peluh yang mengalir di dahinya. Dia memasukkan keempat-empat botol tersebut ke dalam beg sandangnya.

"Mari, cepat." ajak Hyeki lalu mereka segera keluar dari bilik itu. Bilik itu sudahlah bilik larangan. Tiada sesiapa dibenarkan ke situ. Entah apalah yang diletakkan mereka ke dalam makanan pesakit.

Mereka berjalan melalui jalan menuju ke lif. Kemudian Hyeki ternampak seorang jururawat berjalan menuju ke arah mereka.

Taehyung memberi isyarat untuk berpatah balik. Hyeki hanya mengikut arah Taehyung.

Taehyung ternampak sebatang besi di simpang koridor itu. Dia cepat-cepat mengambil batang besi tersebut dan memberi kepada Hyeki lalu menyorok di sebalik dinding. Hyeki pula menyorok di dinding berhadapan Taehyung.

Hyeki menumpukan perhatian kepada mata Taehyung dan akan memberi isyarat padanya sekiranya jururawat itu sampai.

Jururawat kini melepasi Taehyung dan perasan akan kehadirannya. Dia memusingkan badannya ke belakang lalu Taehyung membuat peace.

"Kau buat apa di sini? Kau tau tak ini kawasan larangan?" soal jururawat itu membuat muka berang.

"Saya buat apa? Buat anak kot, kenapa? Nak join?" jawab Taehyung dengan selamba. Jururawat itu bengang.

Jururawat itu menarik rambut pendek Taehyung sekuat hatinya lalu ingin menengking tetapi kepalanya dipukul oleh Hyeki menggunakan batang besi tersebut.

Jururawat itu tumbang sekelip mata. Hyeki menarik dan menghembus nafasnya. Ini kali pertama buatnya, memukul orang sehingga pengsan.

Taehyung membetul-betulkan rambutnya yang ditarik jururawat itu. "Suka-suka bontot ayam dia je nak tarik rambut fab aku ni." kata Taehyung, memberikan pandangan menyampah pada jururawat yang terlentang atas lantai itu.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now