『 6 | Safe or Not? ❀ 』

113 12 301
                                    

Jungkook membuka pintu itu perlahan-lahan lalu ternampak makhluk ngeri itu.

Mereka berdua belas masuk ke dalam lalu segera menutup pintu dan seekor makhluk cuba menyerang mereka. Cepat-cepat Seokjin memukulnya menggunakan sebatang kayu.

"Hyung, sejak bila?" soal Hoseok pelik.

"Sejak bila apa?"

"Sejak bila hyung sanggup berpeluh?" Hoseok menyambung soalannya kembali. Seokjin flip rambutnya dengan muka bangga dan menjawab soalan Hoseok.

"Hyung kenalah gentleman nak selamatkan Namjoon tu. Ia macam kulit buku yang lindungi isi mukasuratnya gitu." balas Seokjin lalu ketawa seperti diva.

"Ini, kalau si Boo tu tahu.." Eunmi bercakap perlahan. Gilalah kalau tak tahu perangai Boo Seungkwan itu bagaimana. Paling pantang keturunannya jika ke'diva'annya ditandingi.

"Oh jadi kitorang ni cuma tulisan-tulisan dalam buku tulah?" pertanyaan Jungkook dibalas dengan tawa diva Seokjin lagi.

"Ya."

Mereka baru sahaja berpakat hendak menghentam Seokjin menggunakan alatan-alatan yang mereka pegang terbantut apabila tiba-tiba 8 ekor makhluk itu datang mendekati mereka. Mereka menjadi agresif apabila ternampak mereka berdua belas.

"Jom!"

Mereka dan makhluk itu sama-sama berlari mara ke arah masing-masing, bersedia untuk berperang.

"Ngarrhhh!" Hoseok dengan mata bersemangatnya berlari lebih laju ke arah makhluk itu. Matanya berapi-api kerana terlampau bersemangat.

Dia berlari dan hampir bertembung dengan makhluk itu. Makhluk itu pun mara dengan api semangat yang membara.

Makhluk itu bersedia mahu menyerang Hoseok apabila Hoseok sudah sampai di hadapannya. Tetapi makhluk itu terkaku apabila Hoseok berlari melepasinya.

Makhluk itu berpusing ke belakang, melihat di mana Hoseok. Bangtan dan 6 orang gadis itu turut terhenti melihat perlakuan Hoseok. Makhluk-makhluk lain juga terhenti dan melihat perilaku Hoseok. Ada makhluk yang menggaru-garu pipinya dengan telatah Hoseok.

Hoseok terus berlari ke hadapan tanpa berhenti dengan suara garaunya yang kedengaran bersemangat. Kononnya.

"Tak guna punya kuda. Tunggulah nanti aku sebat bontot dia." ujar Yoongi dengan nada geram.

Makhluk-makhluk itu memandang kembali ke arah Bangtan dan 6 gadis.

"Nak mula balik tak?" soal Taehyung kepada makhluk-makhluk itu. Makhluk-makhluk itu berfikir sekejap lalu mengangguk dengan nafas beratnya.

Bangtan dan 6 orang gadis itu kembali ke pintu manakala makhluk-makhluk itu menuju ke belakang 7 tapak.

"Yaaahhhh!" mereka berlari semula ke arah masing-masing dengan bersemangat dan membelasah makhluk-makhluk itu.

Senang sahaja untuk menguruskan makhluk-makhluk itu apabila serang beramai begitu. Lalu 8 makhluk itu tumbang.

Mereka meneruskan perjalanan berjalan lebih dalam. Sambil-sambil itu mereka mencari-cari kelibat Hoseok.

Hoseok, siap sedialah untuk berlebam akibat rakan-rakan yang disayangi anda.

"Guys! Guys!" Hoseok tiba-tiba meluru ke arah mereka dengan sangat pantas. Dia berlari saling tidak ubah seperti makhluk tersebut.

Jimin yang sangkakan Hoseok adalah makhluk tersebut, terus memeluk Jungkook. Jungkook juga automatik memeluk Jimin alang-alang dia pun rasa nak terpeluk seseorang.

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now