Bab 4 • Human •

17K 457 0
                                    

"thank you sayang.. hantar i balik" Lisa membuka pintu kereta Mercedez hitam milik Zafriel . Lisa melambai ke arah Zafriel tapi Zafriel just em okay

———

"hoi kenapa semalam tak datang ?"

"aku demam sikit je , pastu aku ikut mak aku pergi office dia.." Syiefa menyelak sehelai demi sehelai buku teks di depannya sambil menongkat dagunya .

Balqis yang baru masuk ke dalam kelas segera mengambil tempat duduk di hadapan Syiefa , matanya terbeliak macam nak sampaikan satu cerita

"weh weh! tadi aku nampak ilhan dekat level kelas form 5!..aku usha die tadi pastu die terpandang aku so aku cepat cepat pandang tempat lain hehe.."

Syiefa yang mendengarnya terus memandang Balqis didepannya , pensel yang dipegang diletak semula ke atas meja . Sarah yang duduk di sebelah Syiefa memegang bahu Syiefa

"amboi syiefa terus terbuntang mata ha bila dengar nama ilhan " Sarah mengangkat kening ke arah Syiefa

"ish mana ade .. dah Balqis cerita aku dengar jela.." Syiefa cuba menyembunyikan perasaan sendiri

"elele syiefa.. jangan nak cover sangatlah . aku kenal sangat kau nih Cik drama queen yang terlebih berangan." Sarah saja menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan saja nak usik Syiefa

"dah jom pergi makmal nanti cikgu marah pulak kita masuk lambat dahla harini cikgu nak buat amali awal" Syiefa mengemas mejanya dan mengambil buku kimia di locker terus berjalan keluar daripada kelas

Syiefa mula berjalan di koridor kelas dan turun menuruni tangga . Syiefa mula berjalan menuju ke papan kenyataan yang menampal list guru relief , jari kecil Syiefa lincah menunjuk dan mencari nama kelasnya takut ade cikgu tak masuk kelas tiba tiba ade tangan lagi satu yang menunjuk . terkejut Syiefa tangan tersebut berada pada sebelahnya sahaja dan syiefa mula menoleh dan melihat ilhan di belakangnya tekun membaca papan tersebut .

Syiefa terkaku . yelah crush kot..

Syiefa cepat cepat beredar , dadanya disentuh . dup dap dup dap . memang gemuruh sakan Syiefa sekarang nih , dekat kelas Syiefa mula termenung sehinggakan Cikgu yang memanggil namanya langsung tiada sahutan

"awak berangan lagi ke Asyiefa?" tegur pn Ros sambil menepuk bahu Syiefa nasib baik pelajar lelaki tak amik kesah sangat hal nih kalau tak.. malu syiefa dibuatnya .

"Asyiefa .. disebabkan awak macam nih , cikgu nak buat kelas tambahan petang nih sekali dengan pelajar form 5 . semua diminta hadir"

Syiefa menunduk mukanya hanya memandang kulit buku teks di depannya , syiefa mula meraup mukanya rasa kesal . disebabkan si ilhan yang menjelma dalam kepala tu la dia jadi macam nih

———

"hey anak mama nih kenapa monyok je nih? ada masalah ke?"

Syiefa mula mengeluh . selimut di katilnya mula ditarik menutupi tubuhnya dan mula menutup mata , suara Mama dibiarkan tak terjawab .

Mama mula berdiri dan mengatur langkah perlahan ke pintu bilik

"okaylah Mama taknak hantar Syiefa tinggal rumas Boss mama , sebab Syiefa taknak jawab kan hm"

Syiefa yang terdengar tadi terus bangun dari pembaringan . dahinya mula berkerut memandang Mama di muka pintu .

"ape dia Mama?"

"takde papee" Mama mula menoleh keliar daripada bilik Syiefa , senyumannya mula meleret saja kenakan Syiefa

"alaaa Mama.. sorry lah , bagitahu lah pasal tu Mama.."

"hahaha okay Mama bagitahu..ini ha next week kan sekolah cuti seminggu right? Mama ade outstation dekat singapore.. so mama hantar Syiefa dekat rumah Boss punye Mommy faham?.."

"but why mama? biarlah Syiefa ikut Mama.."

"No , sebabnya nanti mama kat sana mama bukan duduk 24 hours dekat hotel so mama akan keluar je always .. and nanti takkan Syiefa tinggal seorang dekat hotel tu nanti bosan pulak and siapa yang nak tengok Syiefa nanti?"

"alaaaaa kalau macam tu Syiefa tinggal rumah sorang jelah . boleh tengok tv , main game semualah.."

"bahaya sayang..kalau ade ape ape berlaku macam orang pecah masuk ke ? jiran semua takde waktu cemni sebab pergi holiday..siapa yang nak tengokkan syiefa? "

"hmmmm.." Syiefa mula mencebik macam merajuk

"ala kan nanti mama hantar syiefa tinggal dekat rumah Boss mama , ala jangan risaulah Boss mama punya mommy baaaaaaaik sangat . boleh teman Mommy tu masak masak ke , bual ke sebab Mommy tu takde anak perempuan.."

Syiefa memandang mamanya semula sambil tangannya lincah bermain hujung tangan teddy bear besarnya dalam dakapan

"its okay.. nanti mama selalu contact syiefa okay?"

"okayyy...."

"dah tidur , esok sekolah nanti bangun lambat pulak" Mama menyelimutkan syiefa lantas mengucup dahi satu satu anak kesayangannya .

"selamat malam honey.." Mama menutup lampu bilik lantas menutup pintu bilik

———

"weh korang tahu tak petang ni ade hari bahasa jepun dekat sekolah kita? so petang nih ade program .."

"ouh okay" jawab Syiefa pendek

Syiefa mula mengemaskan buku di atas meja sebelum turun ke kantin untuk rehat , tapi hari ni Syiefa tak bawak bekal so kene beli makanan dekat kantin .

"weh syiefa kau nak beli ape?"

"entahla sarah , makanan semua bosan lah.. aku just beli roti je kot dekat koperasi"

"hm okay , nanti jaga tempat dekat tempat biasa tau"

"okay jangan lama sangat tau"

"iyeeeee wak.."

Syiefa mula berjalan menuju ke koperasi membeli roti . Roti yang dibeli dipegang sambil tangan sebelahnya sibuk memasukkan dompet ke dalam poket sekolahnya . Syiefa mula belok ke laluan kanan tiba tiba bahunya dilanggar oleh seseorang .

"auch!..." Syiefa mengaduh sakit sambil tangannya memegang bahu kanannya yang sakit

"eh sorry sorry.. aku tak nampak" kata seorang lelaki

Syiefa mengangkat mukanya melihat gerangan lelaki yang meminta maaf tu , terbeliak matanya melihat ilhan didepannya .

"eh takpe takpe" Syiefa membalas pendek dan mula memandang bawah

"sorry weh..sakit ke?"

Syiefa menggelengkan kepalanya terus meninggalkan ilhan tadi

"weh Syiefa kau okey tak? tadi aku nampak kau terlanggar sape tadi?" tanya balqis sambil memegang bahuku

"orang.."

"iyelah aku tahulah orang , takkanlah alien aduiiii... kau langgar sape tadi? nasib baik orang tu tak marah"

"aku langgar ilhan tadi.." riak muka Syiefa seperti muka bersahaja

"whattt!?? seriously dengan crush kau sendiri?! tak rasa macam..macam kebabomm ke?"

"ish kau nih.. takkan lah aku nak tunjuk riak tu depan dia pulak , sah la die tahu nanti.."

"haah en .. ahahahaha"

Ilhan yang tadi mula mengerutkan dahi setelah melihat satu dompet di lantai , tangganya mula mengambil dan membelek . lihat seperti dompet perempuan . ilhan mengambil keputusan untuk membuka dompet tersebut , hatinya mula lega bila jumpe nama pemilik sebenar dari kad pusat sumber

"Asyiefa Sofeana...hrm?" ilhan menyebut nama pemiliknya

dompet ditangannya mula menyimpan di poket seluar sekolahnya sebelum memberi pulang pada pemiliknya .

scene banyak dengan ilhan nampak ? ilhan lagi handsome ke or zafriel? hahah

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now