Bab 5 • Lost my purse? •

15.9K 459 0
                                    

Syiefa memunggah beg sekolah nya . habis semua barang dalam beg sekolah dia keluarkan . sehinggakan die tonggangkan beg nya sendiri di atas meja .

Balqis didepannya mula memandang pelik ke arah Syiefa didepannya .

"oi kau dah kenapa Syiefa , habis satu meja kau sepahkan barang kau . apasal nih?" tanya Balqis

"Dompet aku..dompet aku hilang"

"ha?! hilang?..kau biar betul Syiefa?" sampuk Sarah disebelahnya

"iye ..hilang weh.."

"last kau bawak dompet tu bila?" tanya Sarah

"aku..aku bawak turun kantin waktu rehat tadi .. pastu bila aku naik kelas aku baru perasan dompet aku takda dekat aku

nak kata aku tak bawak , habis aku beli roti nih guna duit siapa.."

"kau biar betul Syiefa . kau bawa berapa ringgit harini?" Balqis mula makin banyak menanyakan soalan

"Aku bawa lima belas ringgit je ..duit tu aku tak kesah . tapi dalam tu ade IC aku .."

"Haa?! lalai betul la kau nih , Syiefa" mata Balqis membulat

"iye aku tahu aku lalai.." Syiefa menunduk mukanya tanda bersalah

Sarah mula mengetuk tangan Balqis menggunakan pennya .

"ish kau nih Balqis , Syiefa tengah sedih tu dompet dia hilang.. kau boleh cakap macam tu pula" balas Sarah

"tak apalah Sarah . aku tahu aku memang lalai..hm" Syiefa mengemas semula barang barang dia masuk ke dalam beg sebelum bergegas pulang .

Sarah memandang Balqis silih berganti .

"kalau macam tu , apa kata aku belanja kau ais krim . kau kan suka ais krim.." Sarah memeluk bahu Syiefa sambil berjalan menuruni tangga

"haah nanti kitorang belanja yang special punya . pasal dompet tu nanti aku tolong kau cari eh.." pujuk Balqis

Sampai sahaja di medan . Syiefa hanya membuntuti Sarah dan Balqis didepannya . tak sampai beberapa langkah ade seseorang menarik beg sekolah Syiefa dari belakang .

Syiefa mula terkebelakang sedikit , nasib baik tak terjatuh terduduk . dia mula menoleh ke arah manusia yang menariknya . iyelah takkan binatang pulak

"nah . i think this is yours.." dompet ditangannya dihulurkan

Syiefa mengangkat kepalanya melihat gerangan yang menghulurlan dompet ke arah nya . mata Syiefa mula membulat .

"te-terima kasih ilhan.." tergagap gagap nak balas

"sama sama . lagipun aku jumpa dompet nih waktu kita terlanggar"

"ouh pasal tadi ..saya memang minta maaf sangat sangat" Syiefa membongkok sedikit badannya , dah macam orang jepun .

"hahah..its okay lah"

"eh saya pergi dulu , kawan saya dah tunggu saya dah . thanks ilhan"

"No problem.."

Syiefa segera mengatur langkah menuju ke Sarah dan Balqis . kelihatan Sarah dah mula mencekak pinggang nya .

"ha pergi mana tadi?"

"hehe tadi aku jumpa orang.."

"siapa?" tanya Balqis

"ilhan..dia jumpa dompet aku "

"wow crush jumpa dompet Syiefa..rasa berbunga tak hati?" Balqis saja menyakat

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now