Bab 57 • shrek •

10K 338 12
                                    

Asyiefa makin lama makin tak larat nak berjalan sebab dah masuk trimester ketiga . Kandungannya pun Doktor cakap dah boleh check jantina . Doktor cakap macam ada twins masa check up . Macam macam ragam Asyiefa , emosi pun tak teratur asyik asyik nak nangis je kerja . Bila Zafriel mengusik sikit dah menangis

Cengeng

Malam malam mesti nak kencinglah . Bila ada kelas Sarah dan Balqis lah yang tolong pimpin Asyiefa berjalan . Kadang kadang Asyiefa gigihkan diri dia berjalan tanpa bantuan sebab tak nak susahkan orang . Mama pula selalu tanya khabar melalui telefon setiap malam nak pastikan Asyiefa okay .

Sepanjang Asyiefa tengah mengandung mesti ada sehari Zafriel akan mendukungnya di rumah . Nak nak lagi kalau nak masuk bilik tidur , dah tak larat en nak naik tangga .

Asyiefa dah tak keluar rumah sangat hujung weekend nih . Kalau keluar pun nak buat check up je tak pun nak pergi rumah Mommy . Maklumlah dah duduk berdua pula ..

Hujung minggunya penuh dengan rutin yang sama . Makan , tengok tv , tidur dan ulang balik semula .

Asyiefa membuka tv menggunakan remote control . Kakinya disimpuhkan dan naik ke atas sofa . Mangkuk yang penuh berisi popcorn diletakkan di atas perutnya , dah buat macam meja pun ada .

Cerita drama korea dah jadi pilihan dia . Tiga episod belah pagi lepastu masak tengahari , solat then sambung lagi episod seterusnya . Bila dia nak kemas rumah , Zafriel marah tak bagi langsung dia buat . Kalau nak masak lun jangan masak benda yang berat dan susah . Yang ringan ringan pun jadi macam telur masak kicap , bubur ke . Itupun dia dah bosan

Zafriel pula balik pukul 8 malam setiap hari . Kecuali hari sabtu dia kerja sampai pukul 5 petang .. itupun tengoklah kalau kerja dia banyak ke tak .

"Auch..." Asyiefa mengaduh sakit bila dia terasa baby dalam perutnya menendang . Dah kemain sekarang nak tendang tendang , sakit orang

Ada hari tu bila Asyiefa rasa perutnya bergerak sebab baby tendang . Lepastu Asyiefa menyuruh Zafriel rasa dekat perut dia . Tapi bila tangan kasar Zafriel melekap dekat perut dia terus diam...

Zafriel pun ala takde pun..

Asyiefa tergelak lepastu cakap baby tak suka Abang kot . Zafriel pun emm

Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Asyiefa , dia menoleh memandang pintu tersebut . Sambil berfikir adakah Zafriel dah balik? Padahal baru tengahari biasanya dia balik malam .

Asyiefa mula bangun dengan perlahan dan menuju ke pintu . Kunci pintu dibuka dan dia mengintai sedikit , tak ada orang . Dia mengunci pintu secepat mungkin

Asyiefa mengerutkan dahinya dan duduk semula di sofa sambil melayan drama korea sampailah dia terlena.

Beberapa jam kemudian dia terjaga kerana dia terasa seperti ada orang mengusap kepalanya . Dia membuka mata perlahan lahan dan memerhati wajah di depannya sekarang .

"Sayang kenapa tidur sini? Tak sakit badan ke?" Soal Zafriel

"Sekarang pukul berapa? Awalnya Abang balik..." ujar Asyiefa dalam keadaan mamai . Dia menggosok gosok matanya

"Pukul berapa? Dah maghrib dah sayang .. yang Sayang pakai baju ni kenapa? Tak kena gigit nyamuk ke?" Ujar Zafriel sambil menbetulkan baju skirt labuh yang tersarung ditubuh Asyiefa . Sebab terangkat sedikit bajunya

"Saya panas ..saja saya pakai baju nih"

"Ouh , jomlah naik atas . Abang nak mandi solat semua , Sayang dah mandi belum?" Soal Zafriel

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now