Bab 60 • baby! •

11.7K 344 3
                                    

Mama berjalan ke hulu ke hilir di depan bilik tersebut . Dia tak dapat nak duduk diam bila teringatkan Asyiefa yang nak bersalin nih . Dia sudah memberitahu perkara ini kepada Zafriel dan keluarganya .

Sudah masuk pukul dua pagi , tiba tiba ada seorang Doktor keliarndaripada blik . Dia menanggalkan masknya sambil menuju ke arah Mama..

"Macam mana dengan anak saya,Doktor?" Ujar Mama

"Anak puan selamat melahirkan baby boy and baby girl jam 1.30 pagi tadi, tapi anak Puan dalam keadaan tak sedar sekarang. Lebih terang is pengsan sekejap..mungkin terlalu banyak tenaga dia gunakan semasa bersalin" ujar Doktor. Mama mengucap syukur masa tu tapi bila mendengar sahaja nama anaknya..

"Boleh saya tengok anak saya?..."ujar Mama , dia mengenggam keduandua tangannya

Perlahan lahan Doktor mengangguk

Zafriel berjalan dengan laju semasa berada di dalam hospital selepas memarkirkan keretanya. Dia bertanya dengan nurse tersebut bilik Asyiefa berada sekarang .

Sampai sahaja di dalam bilik tersebut, kelihatan Mama yang sedang mendukung bayi kecil yang sedang menangis. Zafriel menghampiri ke arah Mama, bayi di dalam dukungan Mama bertukar tangan.

Comel!

Muka nampak macam sebiji dengan dia, muka kacukan . Pipi tembam, kening tersusun cantik, bentuk bibir yang sama seperti dia. Tak ubah

"Mama, kenapa dengan Syiefa?" Soal Zafriel. Dia menarik kerusi perlahan merapati katil. Asyiefa masih lagi memejam mata dan tak sedar lagi. Zafriel memegang tangan kanan Asyiefa erat, dia meletakkan di pipinya sebelum diciumnya beberapa kali.
"Jangan tinggalkan Abang please..."

"Baby tu tak berhenti menangis sebab Doktor cakap diorang perlukan susu badan Syiefa.."ujar Mama sambil memdodoikan bayi lagi sorang didakapannya

Zafriel memandang Asyiefa yang terbaring di atas katil, dia mengusap pipi Asyiefa lembut. Bibir Asyiefa nampak pucat dan ada luka di hujung bibirnya. Mungkin tergigit semasa bersalin.

Jari Asyiefa bergerak sedikit, Zafriel yang perasan mula memanggil Doktor.

Doktor dengan segera masuk ke dalam bilik tersebut, dia mula check bedan Asyiefa, suhu semua , degupan jantung. Semua stabil cuma dia baru sedarkan diri je.

Mata Asyiefa perlahan lahan terbuka, dia menutup matanya kembali bila cahaya lampu tu menyakitkan matanya. Dia cuba untuk bangun tapi Zafriel menghalang, sebab sekarang nih Doktor suruh dia bersandar je takpun baring..

"Syiefa awak ada rasa sakit lagi tak? Ada rasa darah tu keluar lagi?" Soalan yang muncul di bibir Doktor

Asyiefa menggeleng, dia tak tahu nak cakap apa. Hanya dapat mengangguk dan menggeleng je. Rasa macam dia terlalu penat sangat sekarang sampai nak keliarkan suara pun pakai tenaga juga.

Doktor faham, dia terus berlalu keluar selepas bercakap sedikit dekat Zafruel dan Mamanya . Asyiefa sayup sayup je dengar suara Doktor tu bercakap, rasa macam tak larat sangat.

Mama mendukung bayi kecil tersebut dan diletakkan di atas dada Asyiefa untuk memudahkan Asyiefa menyusukannya. Katil tersebut diubah posisi bagi naikkan sedikit bahagian kepala. Bayi lagi satu dalam dukungan Zafriel diambil oleh Mommy dan diletakkan juga di atas dada Asyiefa.

Asyiefa menangis dan mencium kepala kedua bayinya perlahan, dia melonggarkan butang bajunya untuk memudahkan baby baby tu nanti. Dia bersandar dengan badannya yang terkulai macam tu..

Akhirnya kedua dua bayi tersebut diam, dan kembali lena semula.

Mama meminta diri untuk keluar kejap nak beli makanan sebab sejak malam tadi dia tak makan dan dianterpaksa terjaga untuk jaga cucunya dua orang tu.

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now