Bab 40 •Dance Beat•

10K 330 7
                                    

"Kita nak lunch mana nih?" Soal Sarah

"Jom KFC! Aku dah lama tak makan ayam..." Riang betul Balqis bila mengajak makan kat sana

"Okay cun , kau Syiefa?"

"Aku kena bagitahu Zafriel dulu , sebab aku dah janji nak balik dengan dia" Asyiefa rasa bersalah pula sebab tak tahu nak buat pilihan ikut Sarah or balik . Lagipun dia dah lama tak spend time dengan Sarah dan Balqis

"Alah kau ni , meh sini phone kau.." Sarah menghulurkan tangannya minta phone Asyiefa , Asyiefa mengeluarkan phonennya dari beg dan dihulurkan pada Sarah

Entah apa yang dibuat oleh Sarah , dia macam menaip sesuatu . Lepastu diberi semula kepada Asyiefa . Asyiefa mengerutkan dahinya dan melihat notification di atas , kosong .

Phone disimpan ke dalam beg semula . Kereta grab pun dah sampai dan Asyiefa tak boleh buat apa apa selain daripada ikut Sarah dan Balqis . Tiba tiba , bunyi mesej masuk

-its alright , nanti tengok tengokkan Syiefa and take care you guys

Asyiefa pandang Sarah hujung anak mata . Oh ini kerja dia message husband aku

"What? Aku minta permission dari husband kau okey!"

"Hish yelah.." .

---

Asyiefa tersengih sengih di depan skrin telefonnya . Entah apa yang ditengok tah . Selang beberapa saat mesti dia ketawa tersembur sembur , habis mister potato nya terkeluar .

Asyiefa menoleh ke kiri dan kanan , takut takut Zafriel nampak keadaan dia sekarang yang tengah gelak sorang sorang , dah macam orang gila .

"Apa yang kelakar sangat tu?" Tiba tiba ada suara garau . Asyiefa terbulat mata sebelum menoleh ke belakang

Kelihatan Zafriel menyilangkan tangannya ke dada , sambil menjongketkan kening ke arah Asyiefa

"Ha? Um takde pape" Asyiefa cepat cepat menutup telefonnya .

"Chat dengan siapa tu?"

"Ouh dengan Sarah and Balqis.."

"Apa yang kelakar sangat chat tu , meh sini aku nak tengok" Zafriel melabuhkan punggungnya di atas sofa zebelah Asyiefa , tangannya cuba memcapai telefon Asyiefa

"Aip tak boleh , ini privacy gigirls je" laju je Asyiefa merampas semula telefonnya .

"Haih , pergi naik atas cepat bersiap . Kita pergi keluar"

"Eh nak pergi mana?" Soal Asyiefa

"Dinner dekat luar"

"Okay , tunggu i tau ! I nak bersiap" riang sahaja Asyiefa bila Zafriel mengajaknya keluar

Dengan semangatnya Asyiefa berlari naik ke atas dan bersiap . Zafriel menggeleng geleng kan kepalanya dengan telatah Asyiefa

Setelah selesai bersiap , Asyiefa dan Zafriel terus masuk ke dalam kereta . Sehinggalah mereka sampai ke destinasi

"Sayang nak makan apa?" Soal Zafriel

"Entahlah , tapi rasa macam tengah mengidam makanan western .. dengan coconut shake . Er ada ke?"

Zafriel tergelak kecil

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now