Bab 51 •melebih•

10.5K 348 8
                                    

Matanya terbuka sedikit bila dia terdengar suara seseorang sedang bercakap . Asyiefa terus bangun dan menoleh ke kiri dan kanan , dia mula pelik kerana dia sekarang berada di hospital . Asyiefa segera ingin turun daripada katil tapi tiba tiba membuatkan dia terhalang untuk bangun sebab ada jarum dan tali ditangannya , dan menyebabkan Asyiefa sedikit sakit

"Aduh....." Asyiefa memegang sebelah tangannya sambil mengusap perlahan lahan

Pintu bilik terus terbuka dan muncul seorang Doktor perempuan dan diikuti Sarah .

Asyiefa mula memproses ingatannya semula dan dia mula teringat yang Doktor ina pernah merawat dia dulu semasa Asyiefa dapat tahu dia hamil .

Doktor ina menyelak belakang baju Asyiefa sambil mendengar degupan jantung . Lancar...

"Asyiefa , awak perlukan banyak rehat dan jangan terlalu tertekan sangat okay? Awak pengsan sebab awak kurang berehat ..lagi lagi dengan cuaca yang panas ini dan banyakkan makan makanan yang berkhasiat okay?" ujar Doktor ina

Asyiefa mengangguk sambil menggaru kepalanya

"Doktor , bila saya boleh balik rumah?" Soal Asyiefa

"Asyiefa kena duduk dekat sini dulu , mungkin dalam dua tiga hari sampailah keadaan Asyiefa semakin baik . Dan kita akan buat checkup terus untuk Asyiefa okay?"

"Baik Doktor.."

Doktor ina terus meminta diri untuk keluar , pintu bilik tertutup rapat . Sarah yang daripada tadi tercengang terus mendapatkan Asyiefa dan menggenggam kedua dua tangan Asyiefa

"Syiefa , aku minta maaf sebab buat kau tertekan tadiii... mesti kau marah sangat dengan aku kan masa tu?aku tahu , semua salah aku . Aku minta maaf , aku lah penyebab kau masuk hospital...."luah Sarah sampai nak ternangis dibuatnya

"No lah , lagipun aku okay je nih ha . Elok je boleh duduk sambil tengok hang nih . Dah takyah nak nangis nangis aku record kang baru tahu" ujar Asyiefa sambil tergelak

"Kau nak minum apa apa tak?aku buatkan .. cakap je apa kau nak , aku buat . Nak burger GCB McD ? KFC terbaru? Pizza? Boost? Starbucks chocolate?"

"Weh aku nak.....air masak cukup"

"Cehh , cakap macam nak ice cream family mart tu ho"

"Ha nak wehh , belikan!"

"Eh takdek takdek , bukan bukan pula kau nak eh" ujar Sarah

"Eh Balqis tahu tak aku kat sini? Dari pagi tadi aku tak nampak dia...sebut pasal Balqis nih ...kau bagitahu mama ke fasal aku kat sini?"

"Balqis dia demam . Haah , waktu kau dalam ambulance tu aku terus call Mak kau suruh dia datang sini.."

"Aku? Masuk ambulance? Uwowww....first time" ujar Asyiefa dengan rasa gembira

"Hotak kau . Kau masuk ambulance tu lah lagi risau dibuatnya aku kau tahu?"

"Heheh , caring juga kau dekat kau..plus Balqis . Itu yang aku sayang korang tu" ujar Asyiefa .

Gelas yang berisi air masak dihulurkan ke arah Asyiefa , lantas Asyiefa menyambut . Sarah duduk di sebelah Asyiefa kat atas katil tu sambil sambung berbual bual .

Tiba tiba pintu bilik terbuka , dan terpancul lah Mama . Mama segera mendapatkan Asyiefa dan memeluk Asyiefa dengan erat . Sarah yang ada sekali atas katil lantas turun daripada katil

"Ya allah Sayang , kenapa boleh jadi sampai macam nih sayang.."Mama menguak rambut panjangku yang menutup sedikit mata ku

"Syiefa minta maaf Ma..."

Love you Mr Hot GuyOnde histórias criam vida. Descubra agora