Bab 11 • wife? •

18.9K 407 4
                                    

aku mengemaskan lilitan shawl di kepala sebelum turun ke bawah . beg baju yang dah siap kemas aku bawa turun ke bawah . sampai sahaja di hujung tangga terakhir langkah aku terhenti bila aku terserempak dengan ilhan yang ingin naik tangga .

ilhan mula menggaru kepalanya yang tidak gatal , aku mengangkat kening..

"awak..."

"awak..." serentak ayat aku bila nak cakap dengan ilhan

"um awak dululah .." kata ku

"saya nak ucap terima kasih sebab selama nih awak selalu luangkan masa awak dengan saya dekat rumah nih .. even borak macam apa , tapi saya suka bila borak dengan awak.." aw terharunyaaa

"saya pun , thanks juga pada awak sebab awak baik dengan saya selama saya dekat rumah nih.." daripada abang dia , sombong ! berlagak ! erh

"meh saya tolong bawa beg awak.." beg di tanganku laju menukar tangan , lantas ilhan membawa beg ke arah kereta Zafriel . tak sempat aku menahan tingkah laku ilhan tadi.. terus aku membuntuti ilhan dari belakang

sampai sahaja di kereta Mercedez milik Zafriel . mataku terhenti ke arah susuk tubuh yang paling aku menyampah sekali . Pakcik tu .. yes ! dia tengah on call dengan siapa? aku tak nak ambil tahu..

tengah tengah syok pandang muka berlagak dia , Zafriel betul betul memandang tepat ke arah ku .. mula ah tu! nak tikam mata orang , lepastu boleh pula dia jeling . kurang asam! aku baling juga kasut flat aku nih biar tepat kena muka dia . baru tahu

"Asyiefa.." suara Mommy menyentak terus . nasib baik time tu aku takda lagi niat jahat nak balimg kasut flat kat anak dia sorang tu

"ye Mommy?.."

"nanti dah sampai airport , kirim salam dengan Mama tau.. ingat , Mommy always sayang Asyiefa macam anak Mommy sendiri.."

"okay Mommy , Syiefa pergi dulu.."

aku menyalam tangan Mommy sebelum aku menyarungkan kasut ku . cepat terus langkah ku menuju ke kereta . pintu kereta di depan aku membuka sebelum masuk ke dalam perut kereta .

———

eish Pakcik nih memang betul anti radio ke apa? takkanlah nak duduk dalam kereta nih satu jam krik krik kot kalau dengan pakcik nih . kedua tangan aku silangkan . haih booosannnnnn

"kau tu dah kenapa buat muka?" sukahati aku lah nak buat muka ke apa

"mana ada saya buat muka"

"habistu daripada tadi kau ajuk apa aku cakap" gulp! haha padan muka kau. ingatkan dia tak perasan

"maybe Pakcik kot , yang terperasan"

kereta yang dipandu Zafriel mula berhenti secara mengejut . aku terdorong ke depan . nasib baik tak terhantuk dekat dashboard . gila ke apa! boleh hari hari aku masuk hospital kalau naik kereta dengan pakcik ni

"apa masalah pakcik nih!.."

Zafriel mula keluar daripada kereta . aku menoleh memandang belakang , apa dia nak buat? . aku melihat Zafriel mengeluarkan sesuatu terus dia masuk semula ke dalam kereta .

"Pakcik berhenti mengejut semata mata nak ambil kasut ni?"

"habistu , takkan aku nak pergi bakar kasut pula"

"kan bila dah sampai sana nanti , awak boleh ambil kasut awak.. kenapa sekarang . dah lah bahaya bila awak buat macam tu"

"ini kereta aku ke kau?!"

Love you Mr Hot GuyDove le storie prendono vita. Scoprilo ora