Bab 32 •bookworm•

15.2K 377 5
                                    

Asyiefa memulakan kerjanya dengan mencuci pinggan , cawan dan sudu selepas makan malam . Dia amat suka dengan kerja nih yang berkaitan dengan membasuh sebab dia suka main air . Pinggan di dapur di susun dengan rapi di dalam kabinet yang menempatkan banyak pinggan kaca . Selesai sahaja menyimpan semua , dia mengelap air yang melimpah di keliling sinki menggunakan kain .

Batang mop di capai dan dibersihkan sedikit lantai marmar dapur ni . Asyiefa mengeluh penat dan mengelap peluhnya di dahi yang mengalir

"Hm bagus pun mop lantai .. ingatkan pemalas nak mampos" eh eh cakap orang dia lagi tak sedar . Rania mengambil segelas cawan dan mengambil air kotak coklat dan dituangkan ke dalam cawannya

Rania meneguk sambil memerhati gerak geri Asyiefa yang langsung menganggap dirinya tak wujud kat situ . Nampaknya dia tak makan dengan kata kata Rania , buat bodoh je . Dia sengaja menumpahkan air coklat betul betul depan Asyiefa yang baru sahaja diletakkan batang mop ke tempat asal semula .

"Ops sorry...tak sengaja pula tertumpahkan" ujar Rania dengan muka yang memang betul betul sengaja nak menumpahkan tu . Dia beredar dan sengaja melanggar bahu Asyiefa sedangkan laluan tu cukup luas untuk dia blah

Asyiefa mengambil kain yang berhampiran dengannya dan mula membongkokkan dirinya untuk mengelap air tersebut , bila Asyiefa bangun dia terlanggar cawan yang dipegang oleh Rania dan serta merta cawan tersebut terjatuh . Bukan terjatuh macam like that.. but

Rania menyimbahkan air coklat ke baju Asyiefa dan sengaja dilepaskan betul betul saat Asyiefa terlanggar dia . Dia yang cari fasal . Habis pecah segepas cawan tersebut betul betul depan Asyiefa .. bibik yang baru pulang daripada buang sampah terkejut dengan aksi tadi

"Ya Allah Syiefa... kenapa sampai macam nih , macam mana boleh pecah?" Soal bibik dengan pantas tangannya mengutip serpihan kaca tersebut . Rania melihat dengan tiada rasa salah

"Bibik , biar dia yang bersihkan .. sebab dia yang buat pecah gelas tu" ujar Rania sambil membuat gaya mengahalau dekat bibik supaya bibik tak menolongnya . Barulah Rania beredar dengan selamba

Bibik mula merendahkan dirinya dan merampas serpihan kaca tersebut dari tangan Asyiefa . Bila bibik merampas serpihan kaca di tangan Asyiefa , bibik sedikit terkejut sebab tapak tangan kiri Asyiefa berdarah dan pipi kirinya ada kesan calar sikit je .

"Ya rabbi Syiefa , sudah sudah . Tidak perlu tolong lagi..."

"Ala tak apa .. biar Syiefa buat" Asyiefa masih lagi dengan sikap dirinya yang tak nak menyusahkan orang lain . Dia masih gagah untuk lakukan kerja semua itu

"Asyiefa!" Nama itulah yang pertama sekali terpacul di bibir Zafriel . Mukanya sedikit menahan marah nya yang membuak .

Asyiefa terkejut dengan takutnya dia berdiri dan menolehkan tubuhnya perlahan lahan memandang Zafriel . Meja kerja untuk memasak yang terletak di tengah tengah dapur betul memisahkan tempat dimana Asyiefa berdiri dan Zafriel berdiri . Disebabkan meja tu tinggi atas pinggang Asyiefa , dia cepat cepat menyorokkan tangan kirinya di bawah . Zafriel menuju ke arah Asyiefa sambil mata tak lari daripada menikam anak mata Asyiefa .

"Give me your hand!..." ujar Zafriel dengan memaksa Asyiefa menghulurkan tangannya . Astiefa menggelengkan kepalanya menunjukkan reaksi seperti tiada apa apa berlaku . Bila Zafriel cuba menarik lengan kecilnya dengan pantas dia menyorokkan ke belakang tubuhnya .

"Kenapa degil sangat ni? Bak sini tangan kau!" Zafriel menarik tangan kecil Asyiefa . Dia terkejut melihat tangan Asyiefa yang berlumuran darah dan juga kesan calar sedikit di pipiny . Zafriel mendengus geram dengan lantas dia menarik laju Asyiefa keluar daripada kawasan dapur tersebut .

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now