Bab 10 • Dreaming •

14.4K 404 7
                                    

"yes honey..." meleret je suara Ilhan .

aku memeluk bantal kepala sambil guling ke kiri ke kanan macam kucing hyper . gila mana tak kembangnya bunga ros bila dengar dia panggil aku 'Honey' ? like wowww dreaming ke nih?

rasa macam dekat syarikat tadi semua benda yang aku buat semua hilang secara tiba tiba , yang aku ingat apa yang ilhan cakap dengan aku je . terngiang ngiang di kepala ku .

waktu sampai rumah tu , aku berjalan beriring dengan Ilhan menuju ke pintu masuk rumah , Mommy dah balik dulu sebab penat .. time tu fuh rasa terangan angan pula ..

"hish ilhan nih boleh buat aku cair betul lah.." aku tersengih kecil sambil bermain hujung rambut panjangku ..

"ada ke dia panggil aku Honey? aaaaghh!" aku menekup bantal di muka pastu jerit sekuat hati . pastu tumbuk tumbuk bantal seakan akan bantal tu dada ilhan . gatal !

okay sekarang nih aku penat dan aku nak tidur . bantal yang berselerak aku letak di tempat asal then aku tepuk tepuk sikit sebelum aku merebahkan tubuh di katil . aku tersenyum kecil bila pandang syiling , aku terbayang muka tampan Ilhan ..

"ish tidurlah syiefa..dah lewat malam dah nih.." aku mengomel sendiri

bila nak tutup mata tu , tiba tiba rasa haus pula . segera aku bangun , dan mengintai kepala dari dalam bilik . gelap , mesti semua dah tidur .. baik aku turun cepat cepat pergi dapur . tak lupa juga towel aku just selempang kan je kat kepala.. keluar anak rambut sikit.. rambut panjang berjuntai keluar daripada towel yang aku pakai

sampai di dapur , aku menuang air ke dalam cawan . habis sahaja air yang aku minum , aku menyimpan semula bekas minuman ke dalam peti ais .. cawan tadi aku bawa ke sinki untuk basuh..

"kau buat apa"

"ah! Mama!" terkejut aku bila seseorang menegur ku . tangan yang memegang cawan tadi tidak sengaja menyimbah gerangan tadi . habis basah .

"Asyiefa!" suara Zafriel makin meninggi , anak matanya menikam anak mataku . ha terkaku kau

"saya minta maaf pakcik..sa-saya tak sengaja , saya ingatkan hantu.."

"apa kau buat gelap gelap nih . tak reti nak buka lampu ke? aku rasa kau yang macam hantu"

"saya haus lah..malaslah nak buka lampu , nanti kacau orang tidur pulaa"

"mana ada orang tidur dekat dapur , semua tidur dekat bilik . kecuali..kau yang dekat dapur nih , macam perompak aku tengok"

heh berlagak betul Pakcik nih .

"kau reti buat coffee ?" Zafriel memanggil aku kembali

aku menoleh memandangnya

"Tak"

"buatkan coffee untuk aku"

"saya tak retilah" aku menggaru pipi kanan , buatkan kopi? uish jarang bagi aku nak minum kopi .. Mama pun tak pernah buat breakfast pastu ada kopi .

"simple thing kot..kalau macam tu tolong buatkan aku nescafe"

"ish dah lah , saya nak masuk tidur dulu . kalau layan karenah pakcik kat sini sampai esok pagi kot tak habis .. tittle yang kita borakkan is Coffee je-pun"

aku beredar dari dapur dan terus menuju ke bilik tidur semula . comforter tebal ditarik menutupi seluruh tubuhku . lampu tidur di meja kecil sebelah ditutup

---

"Mamaa!" suara aku makin meninggi bila terdengar suara Mama di talian . gila taknya , rinduuuu

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now