Bab 43 • mabuk •

11.8K 376 13
                                    

Telefon bimbit diletak semula ke atas meja kecil . Asyiefa menoleh ke belakang bila terdengar ada orang masuk ke dalam bilik .

Zafriel menghampiri Asyiefa yang sedang duduk di atas sofa merah . Dia ada terdengar sedikit perbualan Asyiefa di telefon dengan siapa? Tak tahu .

"Sayang cakap dengan siapa tadi?" Soal Zafriel

"Dengan mama , saja .. rindu . Mama kirim salam dekat Abang" ujar Asyiefa . Zafriel senyum dan mengangguk
"Abang tak pergi ke rumah Mommy ? Tak jadi eh?"

"Eh jadi...ini nak pergi lah nih . Pergi bersiap cepat , nanti lambat sampai rumah Mommy . Tak sempat nak tengok Papa tiup lilin hahaha.."

---

Sampai sahaja di rumah Mommy dan Papa , Asyiefa bergegas masuk ke dalam rumah dan benda pertama yang dia cari adalah sofa takpun kerusi . Semenjak ni dia macam rasa penat je , sampai rasa nak baring je . Zafriel pun terkejar kejar membuntuti Asyiefa .

Kawan kawan Papa dengan Mommy dah ramai yang ada . Semuanya umur separuh abad kalau dilihatkan , ada juga segelintir anak anak muda . Itupun anak anak Dato Datin yang sanggup meneman parents diorang .

Asyiefa melilaukan matanya dan ternampak tempat nak ambil makanan . Cream puff besar besar kat situ menarik perhatian Asyiefa , ada yang warna merah la coklat la .

Asyiefa menggoncangkan tangan Zafriel disebelahnya . Zafriel menunduk dan memandang isterinya yang tengah duduk , Zafriel berdiri je sebab tengah sembang dengan tetamu lain .

"Nak tu"

"Sayang nak apa?" Soal Zafriel , dia merendahkan badannya dan mendekatkan telinganya ke arah Asyiefa

"Nak cream puff tu .. nampak sedap" Asyiefa buat jilat bibir macam nak makan depan Zafriel

Zafriel senyum . Dia bercakap sesuatu dengan tetamu di depannya sebelum beredar .

Satu pinggan kecil di bawa oleh Zafriel , ada tiga cream puff kat pinggan tu . Perisa red velvet , coklat and bravarian . Asyiefa nampak je Zafriel bawa dia excited gila siap berikan tepukan kecil dekat Zaf sebab berjaya bawakan cream puff tu pada dia .

"Makan sampai habis tau" bisik Zafriel

Astiefa mengangguk dengan matanya tak lari memandang cream puff di tangannya . Habis terus dimakannya siap dijilat jilat jarinya .

Pinggan tersebut di bawa ke dapur dan dicuci . Selesai sahaja mencuci Asyiefa langsung tak perasan Mommy tiba tiba muncul di dapur , lantas Asyiefa menyalam tangan Mommy .

"Syiefa baru sampai ke ni? La mommy tak nampak pun .. jom kita pergi luar , Papa nak bagi ucapan tu sebelum potong kek" Mommy menarik lengan Asyiefa sehingga ke luar yang berdekatan dengan kolam

Mommy menyuruh Asyiefa duduk di meja yang dikhaskan untuk family Tan Sri sahaja . Dia cuba memanjangkan lehernya mencari Zafriel tapi tak jumpa .

Papa mula memberi ucapan di depan ditemani Mommy..

"Assalamualaikum , harini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan saya Dato Datin yang sudi hadir ke majlis kecil kecilan ini ......."

Asyiefa menoleh ke kiri dan ke kanan , ramai tetamu yang hadir . Tapi matanya langsung tak nampak ilhan , lama betul tak jumpa dia . Biasanya dia selalu ada , tapi ini tak . Mungkin ada hal .

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now