Bab 6 • Tuan •

16.6K 490 6
                                    

"jaga diri elok elok tau sayang..Mama tak pergi lama pun . nanti jangan buat perangai dekat rumah Boss mama tu" Pn Suriyana memegang kedua belah pipi anaknya lantas mengucup dahi bersih anaknya sebelum bergerak menaiki pesawat.

"Mama..jangan lama tau . nanti Syiefa rindu Mama.." omel Syiefa

"iye Mama janji . tapi Syiefa kena doakan Mama selamat sampai ke sana eh? nanti mama beli souvenir untuk sayang , ok?"

"okay..sayang Mama" Syiefa memeluk erat Pn Suriyana .

Pn Suriyana meleraikan pelukan terus menuju ke Tengku Nicholas Zafriel seraya Boss yang menghantar diorang ke airport .

"Tuan saya minta tolong jaga anak saya baik baik , saya percayakan Tuan" kata Pn Suriyana pada Zafriel

Zafriel hanya menganggukkan kepalanya . matanya mula menghantar pergerakan Pn Suriyana naik eskelator sebelum menaiki pesawat .

Syiefa yang dilihatnya hanya melambai lambai ke arah Pn Suriyana . memang manja betul budak nih .

Zafriel menghampiri Syiefa , kepalanya ditundukkan sedikit sehingga ke paras kepala Syiefa .

"jom balik.." bisik perlahan Zafriel ke telinga Syiefa walaupun mengenakan Shawl . tapi hembusan suara Zafriel seperti menampar pipinya .

"balik? pergi mana pakcik?" kepala Syiefa kebelakang sedikit sebab mukanya memang beberapa inci je dengan muka Zafriel

'ade ke dia panggil aku pakcik budak nih . ey geram pulak aku' desis hati Zafriel

"balik rumah aku lah .." terkejut Syiefa sebab pakcik Zafriel tu mula membahasakan 'aku' . tapi Mama ada cakap sentiasa hormat orang tua , so kena panggil pakcik jugaklah .

Di dalam kereta Alphard . hanya ada Syiefa , pakcik driver dengan pakcik Hot di sebelahnya nih . telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg galas kecil milik Syiefa .

aplikasi game dibuka . memang bosan lah en . duduk dalam kereta mewah yang berpenghuni orang dewasa nih . rasa janggal lah juga sebab dia seorang je remaja .

nak ajak berbual juga . bukan Syiefa faham apa yang dibualkan dengan pakcik driver depan nih . pasal meeting , project , outstation apetah . satu pun tak faham . baik diamkan diri .

Sampai sahaja di tempat yang dituju . Syiefa ternganga sekejap . besar gila . ini appartment ke ape . sumpah luas (banglo guys) kereta kat luar tu pun dah ade tujuh buah kereta termasuk dengan kereta yang dinaiki .

tempat letak parkir kereta pun ade air cond? belum tengok lagi kat dalam rumah . entah entah dalam bilik air pun ada air cond . memang Boss Mama nih orang berada .

Syiefa mula turun daripada kereta Alphard . bagpack kecil yang digalasnya dibawa membuntuti Zafriel . tangannya lincah membawa anak patung gajah warna kelabu .

benda tu Syiefa selalu bawa sebab dia macam bantal dekat leher . tapi nampak childish dia .
kelihatan seorang Wanita keluar daripada rumah menyambut kepulangan kami? ye kot .

berusia 50 an macam tu kot . cantik . manis pakai tudung fareeda . dengan jubah hijau yang bermanik banyak . macam Datin .

"ha dah sampai pun Zaf . mana Asyiefa?" ujar Puan Sri Zakiah seraya Mommy Zafril..

Zaf hanya menoleh memandang Syiefa yang tercegat di belakangnya . lantas Mommy tu memeluk erat Syiefa . diciumnya kedua pipi gebu Syiefa. geram katanya .

"amboi . dah macam sambut menantu baru .." ujar Tan Sri Nazril iaitu Papa Zafriel yang baru muncul di muka pintu

"ish awak nih , apa salahnya . saya mana pernah ada anak perempuan .." ujar Mommy sambil menjeling Tan sri Nazril

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now