Bab 37 •majlis tahlil•

12.6K 374 4
                                    

"Asyiefa!"

Asyiefa yang berada di dapur tergesa gesa menaiki tangga menuju ke dalam bilik bila namanya dilaung . Betul kuat suara Pakcik nih panggil dia , nasib baik tak runtuh rumah

Tombol pintu bilik dipulas , dan Asyiefa ternampak Zafriel memakai baju melayu biasa berwarna coklat gelap . Kelihatan Zafriel macam susah nak pasangkan butang baju melayu terus Asyiefa menghampiri dan mengambil tugas membutangkan baju melayu Zafriel . Asyiefa kena mendongak betul bila nak pasangkan butang tersebut

Zafriel mengambil kesempatan merenung dalam wajah putih mulus gebu Asyiefa , sangat cantik! Bulu mata panjang yang melentik , rambut panjang yang berwarna hitam coklat asli , mata bulat , bentuk bibir yang sempurna dan asyik mintak kena gigit je rasanya!. Memang patutlah Zafriel betul betul jatuh hati dengan Asyiefa sejak dia masih budak mentah haha

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Soalan Asyiefa menyedarkan Zafriel daripada termenung wajah isterinya

"Ada something dekat mata Sayang.." Zafriel ura ura membelek sebelah mata Asyiefa , Asyiefa membiarkan je apa benda yang Zafriel nak buat

"Apa dia?...tolong buangkan"ujar Asyiefa

"Eh mana boleh buang"

"kenapa?"

"Sebab mata ni la yang pandang Abang setiap masa dan boleh jatuh turun ke hati" Zafriel be like cia ciaaaaaaaaa

"Eish main mainlah awak nih"

"Hahahhaha , comel muka sayang bila terkejut macam tu .. macam ayam goreng" ujar Zafriel

"Ayam goreng? Awak kata muka saya comel macam ayam goreng? Jahat.."

"True lah! Sebab , bila Abang tengok rasa macam nak makan je sayang nih"

"Eh makanan catering dah sampai , kalau awak nak makan .. awak turun bawah and jangan sesekali terfikir nak makan saya" Asyiefa menggoyang jari telunjuknya tanda amaran

Zafriel tersenyum je melihat gelagat Asyiefa . Dalam hati dia betul betul dia dah tanam hati Asyiefa betul dalam dirinya . Teramat sayang betul dekat Asyiefa , apa dia kesah kalau orang lain nak kata isteri masih lagi remaja and dia betul tua . Tua sikit lah .

Zafriel langsung tak kesah kalau rakan syarikat yang lain sering mengetengahkan hal status isterinya yang masih lagi dalam golongan pelajar dan yang baru sahaja nak masuk universiti . Dan Zafriel? yang bergolongan orang bangsawan , berpangkat tinggi , kaya dengan keterampilan dirinya dan sebagainya .

Walaupun Zafriel sendiri tahu , selalunya golongan yang berpangkat tinggi dan yang berperingkat ini semestinya mereka akan memilih pasangan yang sama taraf supaya dapat menjaga nama maruah . Tapi bagi Zafriel itu tidak tepat..

"Asyiefa..." suara Zafriel meleret memyebut nama Asyiefa

"Ya saya?..."

"From now on , aku betul betul nak tukar nama panggilan kita berdua... please , panggil aku Abang dan aku akan panggil Sayang..aku rasa macam sakit bila kau panggil aku 'awak saya' " kedua tangan Asyiefa digenggam kemas sebelum dibawa ke bibir Zafriel dan dicium lembut kedua dua tangan kecil Asyiefa yang cantik tersarung cincing berliannya

Senyuman Asyiefa menjadi jatuh

"Tapi awak pun guna perkata-" Terus Zafriel memotong laju

"Yes i know , im so sorry Sayang . Im really really sorry with you Sayang . Abang tak bermaksud nak buat Sayang macam member member Abang ataupun nak berkasar dengan Sayang . Abang rasa bodoh juga bila panggil sayang 'kau aku' " ujar zafriel . Asyiefa tergelak kecil bila melihat reaksi Zafriel

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now