Bab 18 •Lisa•

10.1K 332 0
                                    

"Asy.." panggilan Abang Haz membuatkan langkah asyiefa terhenti

"Abang Haz kenapa nak dicepatkan majlis pertunangan ni?" Soal asyiefa sambil mendepakan tangannya

"Iyela, bulan depan Abang ada hal..lebih baik Abang cepatkan majlis tu"

"Lagipun..." asyiefa tak dapat menyambung perkataannya seakan seakan tersangkut

"Lagipun apa Asy? Benda baik bukan? Kenapa Abang tengok Asy gelisah sangat ni"

Asyiefa mula cuba membuka mulut nya , tiba tiba tak jadi nak cakap terus asyiefa meninggalkan hazam seorang di luar rumah .

"Abang Haz balik lah dulu..assalamualaikum"ujar asyiefa sebelum menutup daun pintu rumah serapatnya . Tubuhnya disandarkan ke pintu dan matanya dipejam rapat . Sekali sekala dihembus nafas keluhan di bibirnya

---

"Nadeera, cancelkan meeting dekat china next month tu..saya ada hal lain masa tu" ujar Zafriel sambil memautkan kedua dua jarinya antara satu sama lain

"Baik Tuan" angguk nadeera sebelum mengemaskan fail fail dan berangkat keluar daripada bilik
"Tuan ada apa apa lagi ke nak bagitahu?"

"Nothing"

Zafriel mula membangunkan dirinya dari tempat duduk dan keluar daripada biliknya . Dia mula melangkah menuju ke lift sempat lagi pekerja pekerja yang bertembung dengan dia memberi salam hormat

Sampai sahaja di lobby mata Zafriel perasan dengan susuk tubuh yang dikenali sangat . Puan Sri Zakiah yang elok sopan duduk di sofa mewah situ sedang bermain handphonennya . Tersengih kecil Zafriel melihat mommy nya suka sangat melayan benda benda yang viral sekarang nih ..apa kita kata? Tular

Facebook dengan mommy tak boleh berpisah rasanya , haih

"Hai mommy" terjah Zafriel dari belakang sambil menyentuh kedua dua bahu mommy

"Hey dah tak reti nak bagi salam ke?" Ujar mommy sinis sambil memandang Zafriel dari hujung anak mata

"Assalamualaikum, jom mommy kita gerak" ujar Zafriel sambil menunjukkan lengan kirinya supaya memberi peluang mommy memegang lengan sasanya , tapi sangkaannya lain bila mommy memukul tangannya dan terus berjalan meninggalkan Zafriel

"Tak payah nak buat macam tu kat mommy , Zaf . Papa ada lagi" ujar mommy sambil menuju ke arah kereta anaknya

Zafriel dengan cepat mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya dan membuka kunci kereta audi tersebut . Mommy terus masuk dan mengambil tempat duduk di sebelah pemandu

Belum sempat Zafriel ingin masuk ke dalam kereta ada tangan yang menarik lengan Zafriel dan membuatkan langkah Zafriel terhenti , Zafriel menoleh melihat gerangan yang berani menariknya

"You nak pergi mana nih?" Soal Lisa tanpa ada rasa bersalah dengan selamba memegang tangan Zafriel

"I nak keluar makan"

"Nak ikut! Pleaseee you" lisa membuat muka merayu depan Zafriel

"No"

"Why? You dah tak sayang i ke?"rayu lisa dengan perangai gediknya . Cepat cepat Zafriel melepaskan genggama dan masuk ke dalam kereta .
"Youuu!"

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now