0.3

17.9K 822 17
                                    

    "Hello Maa "

    "Waalaikumussalam Danial"

    Dato Ahmad Danial tersentap. Kan dah kena sebiji. Padan muka!!

   "Assalamualaikum mama"

   "Hah macam tu , ni tak main terjah je. Waalaikumussalam , ada apa Danial call mama ni?"

    Dato Ahmad Danial menghenyakkan punggungnya ke atas katil. Bibirnya di kemam . Takut sebenarnya nak cakap dengan mama .

   "Emmm . Danial nak pinjam Mak tom buat sementara waktu ni boleh tak ma?"

   "Buat apa nak pinjam Mak tom? Kamu nak buat apa?"

   "Emm .. Macam ni maa. Sejak ke belakangan ni , Danial asyik busy je . Rumah Danial pun tak terurus . Dah macam tempat pembiakan tikus dah . Tu Danial nak pinjam Mak tom untuk tolong kemaskan rumah Danial. Danial janji tak lama pun Danial pinjam Mak tom "

   "Yela . Tapi duit gaji Mak tom Danial yang bayar sendiri . Mama tak nak tanggung "

   "Eh .. Dengan anak pun nak berkira mama ni"

   "Anak tak anak . Mama kesah apa"

   "Yela Yela. Malam ni suruh Mak tom datang rumah Danial eh"

   "Okay"

   "Thanks maaaaa .. i love you so much muuahh !!" Dato Ahmad Danial mencium IPhonenya bagaikan mencium pipi Puan Sri Aida  .

   Dapat balasan dari Puan Sri Aida , Dato Ahmad Danial pun menamatkan panggilan . Danny yang sedang lena di atas tilam itu dilihat .

   "Danny , daddy dah dapat orang gaji untuk jaga Danny. Lepas ni senang sikitlah hidup daddy " ujar Dato Ahmad Danial kepada Danny yang sedang lena itu .

   Pipi Danny di cium bertalu talu . Sampai Danny menampar nampar pipi Dato Ahmad Danial. Mungkin dia terganggu sebab daddy dia kacau .

   Dato Ahmad Danial bangun dan pergi ke meja kerjanya . Dia harus siapkan kerjanya sebelum Danny bangun . Nanti kalau Danny dah bangun susahlah nak nak buat kerja . Sebab si Danny tu asyik nak menganggu dia sahaja . Anak siapa lah .

***

    Bunyi loceng menganggu Dato Ahmad Danial yang sedang bermain dengan Danny. Dato Ahmad Danial memandang Danny.

    "Danny siapa yang datang?" Tanya Dato Ahmad Danial kepada Danny. Danny yang tidak tahu apa apa hanya tersengih. Menunjukkan gusinya .

   "Jom pergi tengok"

   Dato Ahmad Danial mendukung Danny dan turun ke ruang bawah . Pintu utama di tuju . Dato Ahmad Danial membuka pintu .

    "Ouh Mak tom . Masuk lah , ingatkan siapa tadi"

    Dato Ahmad Danial membuka pintu lebih luas dan menjemput Mak tom masuk . Mak tom mengangguk dan masuk .

    Mak tom memerhati sekeliling rumah Dato Ahmad Danial. Bersih je , tapi kenapa Puan Sri suruh dia bekerja dengan Dato Ahmad Danial untuk mengemas rumah Dato Ahmad Danial? . Mak tom memerhati Dato Ahmad Danial. Danny yang berada di dukungan Dato Ahmad Danial menarik perhatiannya .

    "Danial , ni anak siapa?" Tanya Mak tom terus .

    Dato Ahmad Danial terdiam seketika .

    "Anak .. anak Danial " ujar Dato Ahmad Danial terketar ketar .

    Berkerut dahi Mak tom . Terkejut !! Sejak bila Dato Ahmad Danial kahwin ? Dan sejak bila dia mempunyai anak?

    "Danial suruh Mak tom datang sini sebab nak mintak tolong Mak tom jagakan Danny"

    "Jadi Danial suruh kerja sini nak suruh jaga .. Apa nama dia?"

    "Danny"

    "Hah .. suruh jaga Danny. Bukan suruh kemas rumah Danial? "

    Dato Ahmad Danial menggeleng perlahan .

    "Patut lah Mak tom tengok rumah Danial bersih je . Tapi sebelum tu ni betul ke anak Danial? "

    "Ye kut . Sebab Danial jumpa dia dekat depan pintu rumah Danial. Danny ditinggalkan dengan suruh dan beg pakaiannya . Dalam surat tu cakap yang Danny anak Danial. Tapi bila Danial cuba ingatkan balik yang Danial pernah ke sentuh mana mana perempuan tapi Danial tak boleh ingat sebab kepala Danial terlalu sakit bila cuba ingatkan"

    Mak tom yang mendengar penjelasan Danial hanya mengangguk perlahan .

     "Tak apa lah Danial, Meh sini Danny tu . Mak tom nak cuba pegang dia"

    Dato Ahmad Danial memberi Danny kepada Mak tom . Mak tom membawa Danny ke arah sofa . Mak tom sergah Danny . Nampak Danny macam suka sebab terdengar ketawa Danny. Mulutnya lebar terbuka menunjukkan gusinya .

    Dato Ahmad Danial yang mendengar ketawa Danny , tersenyum. Kemudian dia menghampiri Mak tom dan Danny .

    "Mak tom , macam mana nak bagi Danny makan?" Tanya Dato Ahmad Danial bila teringatkan itu . Sebab selama tiga hari Danny duduk dengannya, Danny belum makan apa apa . Dia hanya memberi Danny susu sahaja .

    "Lah , Danial belum lagi bagi Danny makan ke?"

    Dato Ahmad Danial menggeleng .

   "Sebab Danial tak tahu nak bagi dia makan apa"

    "Jom Mak tom tunjukkan. Macam mana nak masakkan makanan untuk Danny. Pegang Danny kejap"

    Mak tom memberi kembali Danny kepada Dato Ahmad Danial. Mak tom bangun dan menuju ke arah dapur besar Dato Ahmad Danial. Dato Ahmad Danial membuntuti Mak tom .

    "Kalau Danial nak masakkan makanan untuk Danny. Danial cuma masak bubur sahaja untuk dia . Sebab Danny tak ada lagi gigi untuk mengunyah . Lepas tu Danial rebus kan sikit brokoli , dah rebus tu Danial potong kecik kecik dan masukkan pada bubur tadi"

    Ujar Mak tom sambil tangannya berjalan melakukan kerja . Dato Ahmad Danial memerhati macam mana Mak tom masak . Tak sampai 10 minit makanan Danny pun siap .

    Lah senang rupanya nak masakkan makanan Danny. Selama ni mati kutu dia memikirkan.

    "Okay sekarang jom kita bagi Danny makan"

    "Let's go Danny"

    Dato Ahmad Danial membawa Danny ke meja makan. Mak tom menyuruh Dato Ahmad Danial mendukung Danny manakal Mak tom akan menyuapkan Danny.

    Mak tom menyuap Danny. Danny yang pada mulanya hanya mengunyah sedikit terus bertepuk tepuk tangannya. Mungkin dia suka dengan bubur tu .

    "Mak tom, Danny suka lah " ujar Dato Ahmad Danial gembira .

    Sudah banyak suap Danny makan . Sampai comot comot mulutnya . Nampak sedap sangat bubur yang di buat oleh Mak tom . Terjelir jelir lidah dia cuba mengunyah bubur itu .

    Alah comelnya anak daddy !!

    Dah habis satu mangkuk Danny makan . Yela mungkin di lapar , tu sampai habis .

    "Okay habis dah . Danial lap kan mulut danny tu . Mak tom nak kemas sikit kat dapur tu"

    Dato Ahmad Danial mengangguk. Danny di pusingkan untuk menghadapnya . Mulut Danny di lap dengan tapak tangan . Sampai ke pipi dia makan hah.

    Danny menepuk nepuk muka Dato Ahmad Danial dengan gengaman kecil tangannya dan ketawa . Suka sangat pukul daddy dia .



***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now