Extra 2.9

9.6K 491 13
                                    

"Sayang lapar?" tanya Dato Ahmad Danial pada Merissa yang baru sahaja sedar itu . Di birai tepi katil Merissa, dia duduk .

Merissa hanya diam . Pandangannya di buangkan ke luar tingkap hospital itu . Dari situ dia dapat lihat, kanak kanak yang sedang bermain di taman permainan .

"Sayang" panggil Dato Ahmad Danial lagi bila isterinya itu seakan akan berada di dunianya sendiri .

Merissa tunduk melihat perutnya yang membesar ke hadapan itu . Tangannya naik mengusap perlahan . Sesekali dia tersenyum .

Syukur, anak anak mummy masih ada .

"Sayang .." Dato Ahmad Danial menarik tangan Merissa yang sedang mengusap perut itu .

Merissa mengangkat wajahnya melihat Danial yang berada di sebelahnya . Senyuman nipis di ukir .

"Ye?"

"Sayang okay ke?"

"Rissa okay . Kenapa?"

"Tak ada apa . Kenapa abang panggil, sayang tak dengar?"

"Mungkin Rissa ada masalah pendengaran"

"Sayang srs lah"

"Rissa srs lah ni"

"Ish! Suka main main" rungut Dato Ahmad Danial .

Merissa tertawa perlahan . Dia tak boleh nak ketawa terlalu kuat . Sebab nanti di bahagian bawahnya akan sakit .

"Mana ada main main" Merissa mencuit hidung mancung Danial .

Dato Ahmad Danial tersenyum bahagia . Dia suka bila Merissa memanjakannya .

"Sayang lapar tak?"

Merissa mengeleng perlahan . Dan di kembali melihat ke luar tingkap . Dia suka tengok kanak kanak di taman permainan itu yang tersenyum lebar bila dapat bermain di situ .

Tiba tiba dia teringatkan anak anaknya yang berada di rumah .

"Anak anak mana?"

"Dekat rumah . Nanti petang sikit abang bawa jumpa sayang"

"Siapa yang jaga dia orang? "

"Mama jagakan"

Merissa mengangguk .

"Bila Rissa boleh keluar dari hospital ni?"

"Nanti abang tanya dengan doktor ye"

Merissa mengangguk lagi .

"Rissa tiba tiba teringin nak makan Pizza yang ada banyak cheese tu lah" Merissa memandang wajah Danial .

"Sayang nak ke?"

Merissa mengangguk .

"Abang pergi beli eh . Sayang tunggu sini jangan pergi mana mana"

"Okay" kata Merissa gembira . Sebenarnya dia tak sabar nak makan Pizza yang ada cheese tu . Entah kenapa tiba tiba tekak ni teringin nak makan .

"Suka eh dia . Abang pergi dulu" Danial mengosok perlahan kepala Merissa yang berbalut tudung itu .

Hilang sahaja bayang Danial, Merissa terus merebahkan dirinya ke atas katil . Dia penat untuk duduk terlalu lama .

Merissa memejamkan matanya . Dia cuba memenangkan fikirannya . Tanpa sedar, Merissa sudah lena di buai mimpi .

***

"Hai sayang" bisik Hakimi pada telinga Sharifah yang sedang memasak di dapur dan tangannya melingkari di pinggang Sharifah .

Tindakan Hakimi itu membuatkan Sharifah terkejut . Terangkat kedua dua bahunya . Nasib senduk yang dia pegang tak terpelanting .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now