Extra 2.1

12K 466 36
                                    

You know what? I dah lama menahan tahap kesabaran i dengan pakcik oren yang dah berusia ni .

    Melina duduk jauh sedikit dari daddynya yang sedang sibuk buat kerja di meja kerja . Daddynya langsung tak perasan dengan kehadirannya . Dia datang bilik kerja daddynya sebab mahu memohon maaf .

    "Dy" panggil Melina perlahan . Matanya masih setia memerhati daddynya yang asyik menaip di komputer Apple .

    Dato Ahmad Danial mengangkat wajahnya . Melina yang berdiri tidak jauh darinya itu dia pandang . Dato Ahmad Danial mengangkat kening? Memberi maksud 'what?'

    "Mel nak mintak maaf sebab petang tadi" ujar Melina perlahan .

    "Daddy tak nak dengar" jawab Dato Ahmad Danial selamba . Dia kembali menyambung semula kerjanya .

    Berkelip kelip mata Melina memandang daddynya . Sebak hatinya bila daddynya langsung tak mahu dengar apa yang di mahu katakan . Airmata mula bertakung di tubir mata.

    Terhinjut hinjut bahunya menahan tangisan . Dia terus keluar dari bilik kerja daddy nya . Biliknya di tuju, pintu bilik terus di kunci .

    Melina menyembamkan wajahnya ke atas katilnya . Tangisan nya semakin kuat dan teresak .

    "Mummy, daddy dah tak sayang Mel . Mummy bila nak balik? Mel nak mummy" jerit Melina . Tapi suaranya tidak kuat di sebabkan dia sembamkan wajahbya di katilnya itu .

***

    "Mel tak turun makan sekali ke daddy?"tanya Danny bila di sudah duduk di meja makan sekali . Wajah daddynya di pandang . Nampak sangat kekusutan terserlah di wajah daddynya.

     Daddy mungkin fikir pasal mummy . Ialah lah mummy dah dekat dua minggu hilangkan diri . Mummy mungkin mahu tenangkan fikirannya bila dapat tahu yang daddy curang dengan mummy di belakang mummy . Danny pun tak tahu cerita itu benar atau tidak . Tapi dia pernah terdengar pertengkaran mummy dan daddy pada malam itu . Dia dapat dengar mummy menangis . Daddy pun macam tak ada usaha mahu mencari mummy . Setiap doa Danny tak pernah lupa untuk kembalikan mummy kepada daddy .

    "Dy" panggil Danny lagi bila Dato Ahmad Danial langsung tidak dengar bila dia panggil .

    Dato Ahmad Danial bagaikan tersedar dari lamunan dia . Wajah anaknya itu di pandang . Anak yang dia paling sayang . Tapi bukan dia bermaksud tak sayang pada anak kembarnya . Tapi dia tak tahu kenapa dia terlalu sayangkan Danny daripada anak kembarnya .

    "Ye?"

    "Kenapa daddy nampak macam tak sihat ? Daddy sakit ke?"

    "Tak sayang . Daddy tak sakit . Daddy sihat je" ujar Dato Ahmad Danial dengan senyuman.

    "Tapi muka daddy nampak macam tak bermaya je"

    "Danny salah tengok kot . Dah makan, Danish mari sini duduk dengan daddy" pamit Dato Ahmad Danial bila anak lelaki keduanya itu duduk agak jauh darinya .

    Danish yang dari tadi membisu bangun dan duduk di sebelah daddy nya . Danish sebenarnya dia kurang bercakap . Tapi bila dengan adik beradiknya di akan banyak cakap .

    "Dy, tak panggil Mel makan sekali ke?"

    "Biarlah dia . Pandai pandai di turun nak makan"

    "Daddy tak baik cakap macam tu . Mel kan anak daddy juga . Kalau sebab petang tadi daddy marah Mel, daddy maafkan lah . Danny pun nak maafkan Mel . Kesian dia daddy, asyik menangis je dari tadi"

    Dato Ahmad Danial melepaskan nafas kesal .

    "Nanti daddy pujuk Mel ye . Sekarang Danish dengan Danny makan dulu . Biar daddy pergi tengok Mel sekejap"

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now