1.2

16.5K 744 74
                                    

Merissa pandang sayu melihat Danny yang sedang tidur itu . Dah dua hari Danny demam panas . Puas Merissa buat macam macam untuk pulihkan demam Danny. Tapi badan Danny makin panas . Sampai merah merah seluruh tubuh Danny.

Ada juga Merissa bawa danny ke macam macam klinik . Tapi doktor hanya cakap 'anak puan tak ada penyakit yang berbahaya. Cuma anak puan hanya demam biasa' .

Merissa tak tahu apa yang di perlu buat lagi . Ibu mana je tak risau dengan kesihatan anak mereka. Kadang kadang Merissa menangis melihat Danny yang asyik meragam. Merissa tak pernah mengeluh penat atau lelah menjaga Danny . Sebab itu dah memang tanggungjawab dia seorang ibu .

"Daa .. daa .. dyy"

Merissa tersedar dari lamunannya bila Danny mula merancau . Merissa mengambil Danny di bawa ke dalam pelukannya . Danny masih merancau dan tangisan taring nya mula pecah .

"Ye sayang . Sayang mummy kenapa? Nak jumpa daddy? Daddy tak ada dengan kita sayang. Danny jangan lah macam ni . Danny tak sayang mummy ke?" terketar ketar Merissa bercakap menahan sebak melihat keadaan anaknya sekarang .

Botol susu Danny di capai dan di suapkan ke dalam mulut Danny tapi Danny keluar kan semula .

Merissa menyikap bajunya ke atas untuk menyusukan Danny . Danny hanya nyoyot sedikit kemudian dia menangis semula .

Merissa merasa dahi Danny, masih panas.

"Okay okay Danny nak jumpa Daddy ye? Nanti mummy bawa kan ye . Sekarang jangan nangis lagi . Anak mummy kuat bukan?" pujuk Merissa . Punggung Danny di tepuk tepuk perlahan . Sedang sibuk Merissa memujuk Danny tiba tiba pintu biliknya di ketuk dari luar .

Tok! Tok! Tok!

"Ye siapa? Masuk lah" laung Merissa .

Bik Imah memulas tombol pintu bilik Merissa . Kepala nak di jenguk sedikit ke dalam bilik Merissa .

"Lah kenapa macam tu Bik . Buka jelah pintu tu . Ada apa Bik masuk ni?" tanya Merissa .

Bik Imah mengaru kepalanya . Kemudian dia melebarkan bukaan pintu .

"Rissa, mama kamu panggil di bawah . Ada tamu yang mahu jumpa katanya" kata Bik Imah dengan bahasa Indonesia nya.

"Siapa Bik?"

"Ngak tahu deh"

"Lelaki ke perempuan? "

"Laki laki dengan perempuan"

"Okay okay kejap lagi saya turun"

Bik Imah mengangguk lalu pintu bilik Merissa di tutup semula . Merissa bangun mencapai tudung shawl nya dan di lilitkan ke kepalanya .

Kemudian Merissa ambik pula Danny . Karang tak bawa sekali meragam tiba tiba susah pula . Merissa turun ke ruang bawah .

Merissa dapat lihat susuk tubuh lelaki dan perempuan membelakangi nya dan mama dan papa pun ada sekali . Nampak mereka macam berbincang kan perkara sesuatu .

Merissa membetulkan dukungan Danny sebelum Merissa ke arah mereka . Merissa tergamam melihat Danial yang berada sekali di ruang tamu itu .

"Kenapa tercegat dekat situ Rissa . Meh sini dekat mama" pamit Engku Marina.

Merissa mengangguk perlahan . Merissa mengambil tempat di sofa yang masih kosong di sebelah mama .

"Danial dengan Puan Sri Aida datang nak meminang kamu . Dan Danial pun dah ceritakan semua pada mama dan papa. Danny anak kamu dengan Danial kan?"

My Super Daddy ✔Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα