Extra 3.3

12K 495 49
                                    

Merissa tersenyum melihat semua keluarganya terdapat di dalam bilik wadnya itu . Semuanya tersenyum bahagia .

Jika aku pergi nanti, masih adakah senyuman itu di bibir diaorang?

Jika aku pergi nanti, masihkah mereka tertawa bahagia begitu?

Jika aku pergi nanti, mereka akan sentiasa mengingati aku ke?

Secara pelahan senyuman di bibir Merissa hilang . Dia akan merindui semua yang berada di hadapannya ini .

Merissa melepaskan nafas panjang . Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku .

"Sayang fikirkan apa?"

Soalan Danial membuatkan Merissa kembali ke alam yang nyata . Merissa cuba memaniskan wajahnya . Dia tahu wajahnya sangat lah buruk sekarang .

"Fikirkan masa depan kita"

Danial tersenyum manis . Di birai tepi katil Merissa, dia duduk . Kepala Merissa di usap perlahan .

"Kenapa sayang cadang nak anak lagi ke?" tanya Danial dengan senyuman nakalnya di bibir .

Merissa mencubit perut Danial . Anak dah enam, tak akan nak tambah lagi kut . Tapi orang kata anak ramai ni, murah rezekinya nanti .

"Ke situ pulak dia . Anak anak baru je lahir . Tak akan nak tambah lagi kut" Merissa menjeling manja ke arah Danial .

Danial tertawa kecil .

"Apa salahnya . Kita merancang awal awal . Kalau kita dapat dalam 12 anak pun jadi lah . Meriah raya bila kita dah tua nanti kan sayang?"

Merissa tersenyum kekok .

Kalau nyawa Rissa panjang ..

"Amboi sampai 12 anak ye . Lepas ni, abang pulak lah bersalin . Penat dah Rissa nak mengandungkan anak anak abang"

"Kalau abang ni di takdirkan boleh mengandung, dah lama abang mengandung tau"

"Tak payah lah menyampah pulak Rissa"

"Menyampah menyampah ni lah suami tercinta sayang kan?" Danial menjungkitkan berkali kali kening tebalnya .

"Yela . Suami yang tersangat lah tercintaaaaaa" Merissa sengaja memanjangkan 'tercintaaa' nya itu .

"Macam ni lah abang sayang" Danial memeluk bahu Merissa .

"Ouh sebelum tu kan sayang . Sayang dah ada nama untuk anak anak kita tak?"

"Abang dah ada idea ke?"

"Ada"

"Apa dia?"

"Kita kan dapat dua orang baby girl dan sorang baby boy . Jadi girl abang nak namakan Melisa Allisya dan Medina Auliya . Kalau boy pulak abang nak namakan Dariel Farmizi . Macam mana?"

"Rissa ikut je, janji nama anak anak kita ada maksud yang baik baik" Merissa tersenyum bahagia .

Dia teringat bahawa esok dia akan menjalani pembedahan . Hari ni dia nak gunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama sama keluarganya . Dia takut, esok merupakan hari terakhir dia bernafas .

Semoga Allah permudahkan perjalanan pembedahan nya esok . Amin .

***

Keesokan harinya,

Dato Ahmad Danial menolak pintu bilik wad Merissa . Dia memerhati seluruh ruang bilik wad tersebut . Dia tercari cari mana kelibat Merissa .

Dato Ahmad Danial menuju ke arah bilik air wad itu . Pintu bilik air itu di tolak . Seluruh ruang bilik air itu juga di memerhati tapi Merissa juga tiada .

Mana Merissa pergi?

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now