1.9

16.2K 539 20
                                    

Buka vid dekat atas sambil baca ye . Enjoy!!

"Assalamualaikum sayang" Dato Ahmad Danial memberi salam ketika masuk ke dalam rumah . Tali lehernya di rungkai kan. Kunci kereta di letakkan ke atas meja yang terdapat berhampiran dengan pintu utama .

"Sayang? Kenapa senyap sunyi je? Ouh sayang?" Panggil Dato Ahmad Danial lagi . Jam tangan di lihat sekilas .

"Jam baru tunjuk pukul 9 . Tak akan dah tidur kot . Selalunya pukul 11 pun belum tentu tidur" Dato Ahmad Danial membebel sendiri . Ruang dapur di hampiri, susuk tubuh Merissa tetap tak jumpa . Dato Ahmad Danial membuka peti ais untuk minum . Rasa haus pulak tekak ni tiba tiba .

Selesai sahaja minum, Dato Ahmad Danial menutup semula pintu peti ais . Tiba tiba mata Dato Ahmad Danial jatuh terlihat satu nota kecil terdapat di atas meja makan . Dato Ahmad Danial mengambilnya dan baca .

Abang cuba pergi dekat swimming pool . Rissa tunggu abang ni.

Berkerut dahi Dato Ahmad Danial . Apa pula bini aku buat kali ni . Dato Ahmad Danial kembali keluar rumah . Dari jauh Dato Ahmad Danial dapat nampak satu meja yang di hias cantik dan terdapat lilin merah yang sedang menyala .

Dato Ahmad Danial tersenyum lebar melihat Merissa yang cantik dengan gaun putihnya melambai ke arahnya . Surprise apa pulak bini aku buat kali ni bisik hati Dato Ahmad Danial .

"Apa semua ni sayang?" tanya Dato Ahmad Danial . Dato Ahmad Danial melihat sekeliling kolam renang sederhana besar itu penuh dengan lilin di sekelilingnya . Meja pun cantik terhias .

"Saja nak candlelight dinner dengan abang . Abang duduk lah . Hari Rissa masak paling special untuk abang tau" ujar Merissa dengan gembira . Merissa menarikkan kerusi untuk Danial .

"Ada ada je tau sayang ni" Dato Ahmad Danial tersenyum dan duduk .

"Sayang masak apa?"

"Cuba abang buka penutup tu"

"Wah!! Serius lah sayang masak ni? Ni lah makanan paling favourite abang tau" ternganga mulut Dato Ahmad Danial . Dah lama tak makan ikan siakap tiga rasa ni .

"Betul lah Rissa yang masak . Tak akan lah anak kita si Danny yang masak ish!!" Jeling Merissa manja .

"Cakap pasal Danny, mana Danny? Tak nampak pun dia tadi . Biasanya bila abang balik je mesti berlari dekat abang ni tak ada pun" tanya Dato Ahmad Danial dengan kening di jungkit kan.

"Danny Rissa hantar dekat rumah mama sekejap . Malam ni Rissa nak bermanja dengan abang berdua dan Rissa ada hadiah istimewa untuk abang " ujar Merissa dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

*sebenarnya Rissa dengan Danial dah tinggal rumah sendiri .

"Hadiah Istimewa? Birthday abang lambat lagi lah" berkerut dahi Dato Ahmad Danial.

"Ada lah, makan dulu nanti Rissa bagi tahu"

Dato Ahmad Danial memandang pelik pada Merissa yang asyik tersenyum je . Pelik betul lah bini aku ni! Nasib bini aku cantik malam ni . Macam bidadari .

***

Dato Ahmad Danial mengelap mulutnya dengan kain putih yang di sediakan di atas meja yang sememangnya untuk lap mulut . Merissa yang sedang bertongkat wajahnya tu menunggu sehingga Dato Ahmad Danial selesai .

"Jadi apa benda hadiah istimewa yang sayang nak bagi dekat abang?"

"Nah" Merissa meletakkan kotak kecil yang sudah di balut cantik di hadapan Danial .

Berkerut dahi Dato Ahmad Danial melihat kotak itu . Kotak itu di ambil dan di belek belek .

"Kotak apa ni sayang? Kotak prank ke?"

"Ish! Apa pulak kotak prank nya . Cuba abang buka dulu"

Ada pulak cakap kotak prank . Ish!! Tempeleng kang . Nasib laki aku .

Dato Ahmad Danial membuka balutkan cantik itu . Dengan perlahannya dia buka . Dato Ahmad Danial terkaku seketika . Kotak di buka, dalam itu di lihat dan bersilih ganti melihat wajah Merissa .

"Srs lah sayang?" tanya Dato Ahmad Danial tidak percaya .

"Betul lah"

"Omaigod sayang" Dato Ahmad Danial bangun dari duduknya dan mendapatkan Merissa . Tubuh kecil Merissa di bawa ke dalam pelukan . Ubun ubun rambut Merissa di cium bertalu talu . Kasih sayangnya tak pernah berkurang tapi makin bertambah .

"Ish! Peluk tu slow slow lah sikit . Sesak nafas Rissa" Merissa menepuk belakang tubuh Danial . Wajahnya betul betul dekat dada Danial . Mahunya tak sesak nafas .

"Sorry sayang" ujar Dato Ahmad Danial senyuman lebarnya di bibir . Dato Ahmad Danial melepaskan pelukan dan wajah Merissa di tekup dengan kedua belah tapak tangan .

"Dah berapa bulan sayang?"

"Baru 4 minggu . Jadinya sebulan lah" jawab Merissa . Perutnya yang masih tidak berbentuk itu di usap perlahan .

Petang tadi Merissa sempat singgah pergi hospital untuk pemeriksaan selepas menghantar Danny di rumah mama . Memang betul dia tengah pregnant . Time Doktor cakap dia sedang mengandung 4 minggu, memang tak terhingga gembiranya dapat berita gembira itu .

"Lepas ni Danny dah jadi abang . Boleh jadi hero pada adik adik dia nanti . Macam daddy dia sorang ni" ujar Dato Ahmad Danial bangga . Dadanya sengaja di tepuk tepuk . Ceh!!

"Yela macam daddy dia . Mummy dia tak ada pun . Padahal mummy dia lah yang bersusah payah nak usung sana sini selama sembilan bulan sepuluh hari . Lepas tu sakit nak beranak . Tapi mummy dia tak ada pun" ujar Merissa seakan akan merajuk . Tapi dia tak ambik hati pun . Sengaja nak bermanja dengan Danial . Ahaks!!

"Alololo . Mummy kita ni merajuk pun . Dah sah lah mummy dia heroin untuk daddy dan anak anak kita" tubuh Merissa di peluk . Wajahnya sengaja di benamkan di leher jinjang Merissa .

Merissa tersenyum gembira . Terima kasihnya Ya Allah kurniakan kebahagian ini untuk aku . Terima kasih hadirkan orang yang aku sayangi di sekeliling ku. Terima kasih wujudkan rasa bahagia dan gembira ini Ya Allah . Semoga kebahagian ini kekal hingga akhirat .

Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal 'alamin. Titip doa Merissa di dalam hati .

Qul ini kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi 'u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum wallahu ghafu-run rahiim


***

The end

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now