Extra 2.8

10.2K 445 50
                                    

2 tahun kemudian .

Kompang di palu pengantin baru . Duduk bersanding tersipu malu . Kompang di palu pengantin baru . Moga berbahagia ke anak cucu .

"Abang Danny, Danish, Mel . Jom kita pergi tengok orang dekat sana tu nak tak?" tanya Aiman pada anak anak Merissa dan Danial .

"Jom jom" jerit kecil Melina . Lengan Aiman di paut .

"Ish! Awak ni Mel, malu lah kalau orang tengok awak peluk lengan saya" kata Aiman dengan malu . Matanya kadang kadang memerhati orang sekeliling.

"Alah . Semalam awak kata nak jadi boyprenn saya . Jadi kita kena lah macam ni . Baru budak perempuan lain tak rampas awak dari saya" ujar Melina dengan bibirnya sedikit bermuncung .

"Eleh! Comel betul dia buat bibir macam tu" usik Aiman .

Melina tersenyum malu . Pipinya sudah merah .

"Amboi Mel . Kemain eh, abang Danny bagi tahu dy dengan my baru tahu" celah Danny tiba tiba . Dia dari tadi memerhati pasang sejoli yang tak berapa nak sejoli tu .

"Tahu lah abang Danny jeles . Sebab abang Danny tak ada . Wuekkk" Melina menjelirkan lidahnya pada Danny .

Danny mencebik . Menyampah dengan adik perempuan sorang nya itu . Budak perempuan selalu menjengkelkan . Dah lah kuat menangis . Lepas tu manja tak bertempat .

"Tak ada masa abang Danny nak jeles lah . Mel tunggu lah abang dah besar nanti . Abang bawak isteri cantik macam mummy . Mahu masa tu mata Mel terbuntang . Sebab tak sangka abang Danny yang hensem, kacak dan bergaya ni bawak isteri cantik . Wuekkk" kata Danny sombong . Rambutnya sengaja di betul betulkan . Acah macho .

"Tak heran lah . Lagipun Aiman lagi hensem, kacak dan bergaya dari abang . Dasar masuk bakul angkat sendiri" Melina menjeling Danny .

Dulu dia suka dengan Danny . Sekarang bila abangnya itu makin besar, makin abangnya itu annoying . Dah suka memuji diri sendiri . Erk ...

"Ada abang Danny kesah? Dasar budak perempuan manja"

Melina makin berang bila abangnya itu tak berhenti mengejeknya .

"Dasar lelaki berlagak"

"Dasar perempuan cengeng"

"Dasar lelaki sombong"

Merissa bersama Danial yang mendengar pertengkaran anaknya itu terus berlari mendapatkan anak mereka .

Merissa menarik Melina manakala Danial menarik Danny . Melina dan Danny melepaskan nafas kasar . Seolah olah mereka baru habis lari maraton .

"Kenapa ni Mel?" Tanya Merissa pada anak perempuannya .

"Abang Danny tu mummy . Suka kacau Mel" adu Melina . Jari telunjuknya menunjuk Danny .

"Danny kenapa gaduh dengan Mel?" tanya pula Danial pada Danny .

"Mel tu Daddy . Mengada je lebih" adu pula Danny . Dia juga turut menunjuk Melina .

Huh!!

Kedua duanya berpaling . Tangan di simpulkan ke dada . Bibir mencebik .

"Abang tengok anak anak abang ni . Pening Rissa, hari hari macam ni . Sejak dah makin besar ni masing masing buat perangai" ujar Merissa pada Danial . Matanya silih berganti memandang Danny dan Melina .

Kemudian matanya jatuh melihat Danish yang hanya mendiamkan diri itu . Nasib lah Danish jenis yang tak suka cari gaduh . Dalam tiga orang anaknya itu, Danish sorang je yang banyak mendiamkan diri .

My Super Daddy ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora