1.7

15.4K 580 15
                                    

Setahun kemudian

"Abang, tolong Rissa jup" Merissa panggil Danial yang sedang duduk bersama Danny di ruang tamu sambil menonton televisyen .

Jangan pelik kenapa panggilan Merissa dan bertukar . Ni semua Danial punya pasal . Katanya nak nampak kita orang pasangan suami isteri yang lebih sweet . Erk!! Menyampah kita nyah!!

Dato Ahmad Danial memusingkan badannya melihat Merissa yang sedang memegang senduk di tangan .

"Tolong apa?" tanya Dato Ahmad Danial sambil mengangkat keningnya .

"Tolong ambik kan pek garam baru dekat kabinet atas tu . Rissa tak sampai nak ambik"

"Ambik lah pakai kerusi"

Merissa melihat Danial tanpa berkelip mata . Dia suruh aku ambik sendiri? Aku nak mintak tolong pun tak akan tak boleh . Merissa rasa macam sebak pula hati ni tiba tiba .

"Sorry lah kalau kacau awak tengok tv . Tak apa lah saya boleh ambik sendiri" kata Merissa tanpa melihat Danial . Panggilan pun dah bertukar kembali .

Merissa mengambil kerusi dan dekatkan dengan kabinet dapur . Merissa memengang kuat kerusi itu . Merissa tak tahu kenapa hati dia sakit sangat sekarang . Dengan perlahan airmatanya mengalir tanpa di pinta . Entah kenapa hati ni cepat sangat tersentuh sejak akhir akhir ni .

Dengan perlahan Merissa memanjat kerusi itu . Merissa cuba menjungkitkan kakinya . Kenapa lah aku ni pendek sangat . Tangannya tergapai gapai untuk mencapai bekas pek garam di dalam kabinet .

Entah macam mana boleh silap langkah . Kerusi terjatuh ke belakang . Merissa memejamkan matanya . Mungkin aku akan terima hentakkan yang kuat bila jatuh nanti .

Merissa membuka kembali matanya bila dia rasa tidak jatuh ke bawah . Merissa melihat wajahnya dan Danial terlalu dekat . Merissa tersedar, dada Danial di pukul kuat . Merissa minta di lepaskan .

"Lepas lah" Merissa masih memukul dada Danial .

Dato Ahmad Danial melepaskan Merissa . Dato Ahmad Danial dapat lihat di mata Merissa ada air jernih yang bertakung .

"Pergi lah sana . Tak payah nak sibuk sibuk dekat sini" ujar Merissa . Nadanya seakan akan marah kepada Danial .

Dato Ahmad Danial memeluk tubuh Merissa . Dato Ahmad Danial memusingkan badan Merissa menghadapnya . Air mata Merissa yang bertakung di tubir mata di kesat lembut . Wajah Merissa di tekup dengan kedua tapak tangannya .

"Sorry" ujar Dato Ahmad Danial perlahan .

Airmata Merissa makin deras mengalir bila melihat wajah Danial . Kepalanya di tundukkan ke bawah . Dia tak boleh nak kawal airmatanya sekarang . Ya Allah kenapa lah sekarang aku suka sangat tersentuh walaupun benda tu tak seberapa .

Dato Ahmad Danial kembali mengangkat wajah Merissa . Bibirnya mendarat lembut di dahi luas Merissa . Kemudian ciumannya turun di kedua kelopak mata Merissa . Dan ciuman terakhir turun di bibir Merissa . Lama bibir itu mendarat di bibir Merissa .

Merissa seperti turut hanyut dengan ciuman Danial . Rasa seperti di awangan . Ceh!! 😂

Dato Ahmad Danial melepaskan ciumannya . Dato Ahmad Danial tersenyum . Tubuh Merissa di bawa ke dalam pelukannya .

"I'm Sorry" Bisik Dato Ahmad Danial di tepi telinga Merissa .

Merissa memejamkan matanya . Sekarang dia rasa, mulutnya seperti berat untuk buka . Pelukan Danial di balas . Baju Danial di gengam kuat . Seperti tak mahu lepas .

Lama mereka bergitu tiba tiba satu suara menganggu mereka . Siapa lagi kalau bukan Danny .

Merissa dapat rasa seluarnya di tarik . Merissa melepaskan pelukan .

"Aaaa .. baaa .." Kata Danny sambil tangan kecilnya menarik seluar Merissa .

Merissa mengambil Danny . Pipi Danny di cium . Sekarang Danny dah genap setahun enam bulan . Danny dah pandai berjalan sekarang .

Bila dah dapat kaki ni,tak boleh nak duduk diam . Terkedek kedek Danny jalan . Kadang kadang tu rasa nak ketawa bila Danny berjalan . Nampak comel sangat !!

"Iya, anak mummy . Kenapa? Danny lapar ye? Tunggu jap mummy baru nak masak sayang . Danny tunggu dengan daddy dekat depan ye" Merissa memberi isyarat kepada Danial supaya mengambil Danny .

Dato Ahmad Danial hanya menurut . Danny di ambil . Merissa langsung tidak pandang Dato Ahmad Danial .

"Awak pergi lah depan"

Merissa mengangkat semula kerusi yang jatuh tadi . Merissa kembali naik ke atas kerusi . Tapi Danial lagi pantas menarik lengan Merissa .

"Biar abang yang ambil"

Merissa hanya mengangguk . Dia turun semula . Danny di lihat tiada lagi di dapur . Mungkin dah ke ruang tamu atau melencong ke mana mana .

"Nah" Dato Ahmad Danial menghulurkan pek garam itu kepada Merissa dan Merissa menyambutnya .

Merissa langsung tak pandang Danial . Nak merajuk!! Merissa tak perduli pun yang Danial masih berada di dapur . Dia teruskan kembali masakannya yang tergendala tadi .

Dato Ahmad Danial tersenyum nipis . Merajuk lagi lah tu . Tak apa nanti aku tahu nak pujuk macam mana bisik hati Danial .

***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now