Extra 2.4

11.1K 462 25
                                    

"Assalamualaikum, Danny, Danish, Mel. Daddy dah balik" Dato Ahmad Danial memberi salam di hadapan pintu utama . Kasutnya di buka, matanya tertumpu pada selipar seseorang . Berkerut dahi Dato Ahmad Danial, macam kenal je selipar ni tapi tak akan lah 'dia' dah balik?

"Waalaikumussalam daddy!!" Jerit Danish . Senyuman di bibirnya tak lekang dari bibir .

Dato Ahmad Danial tersenyum . Danish di bawa ke dalam dukungan . Walaupun Danish dah besar tapi Dato Ahmad Danial masih larat angkat Danish .

"Kenapa anak daddy ni happy semacam je? Ada apa apa ke yang daddy tak tahu?" tanya Dato Ahmad Danial . Kening tebalnya di jungkit kan .

"Daddy nak tahu tak?" Danish turut juga menjungkitkan keningnya berkali kali .

Dato Ahmad Danial tertawa kecil . Comel sangat Danish buat macam tu .

"Apa dia?"

Danish mendekatkan bibirnya di tepi telinga Dato Ahmad Danial .

"Mummy dah balik" Bisik Danish .

Dato Ahmad Danial terdiam seketika . Otaknya cuba memproses apa yang di katakan olah Danish tadi . Mummy dah balik? Maknanya Merissa dah balik? Bini aku?

"Tak lawak lah Danish . Dah jom nak atas" Dato Ahmad Danial sengaja tertawa kecil menutup gugup nya . Rasa gugup nya itu macam pertama kali dia berjumpa dengan keluarga Merissa dulu .

"Danish tak buat lawak lah daddy" marah Danish . Mukanya dah dah masam dan bibir kecilnya sudah memuncung .

"Danish tak buat lawak? Jadi betullah mummy dah balik?" Tanya Dato Ahmad Danial untuk meminta kepastian.

Danish menganggukan berkali kali .

"Mummy dekat mana?"

"Mummy dekat atas"

"Buat apa?"

"Tengah tengok cerita paroro dengan abang Danny dan Mel"

Dato Ahmad Danial tersenyum nipis . Wajah danish di perhati, wajah Danish saling tak tumpah sepertinya . Matanya yang agak sepet dan mata yang berwarna hazel itu sahaja sama seperti Merissa .

"Jom kita naik atas"

***

"Rissa" panggil Dato Ahmad Danial perlahan . Badannya terkaku seketika . Matanya melihat Merissa yang sedang tertawa bersama Danny dan Melina .

"Mummy, daddy dah balik" panggil Danish bila daddy nya tak bergerak lagi .

Merissa berpaling ke belakang . Merissa turut terkaku . Wajah itu, wajah yang selalu dia rindu . Merissa cuba mengukirkan senyuman walaupun payah . Teringat yang Danial curang belakangnya membuatkan hati dia sakit . Tapi dia cuba kental kan hatinya .

"Awak dah balik?" tanya Merissa dia bangun dari duduknya . Walaupun soalan dia agak bodoh . Dah sah lah Danial baru balik . Merissa menuju ke arah Danial . Tangan Danial di ambil dan di kucup perlahan .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now