1.3

16.8K 692 39
                                    

    Merissa Irdina pov

    Pejam celik pejam celik dua minggu pun berlalu . Hari yang dinantikan sudah tiba . Debaran di dalam hati semakin terasa . Seluruh tanganku menggigil kesejukan .

    Wajahku yang sudah siap di hias, dilihat di cermin . Nampak lain sungguh . Aku mengukirkan senyuman melihat diriku sendiri di dalam cermin .

    Miyah membetulkan mahkota di atas kepala aku dan tudungku juga di kemaskan supaya tak nampak terlalu serabut .

    "Okay done . Srs akak cakap Rissa memang nampak cantik sangat . Macam bidadari" puji Miyah . Matanya melihat aku di cermin .

    "Ada ada je lah akak ni . Terima kasih" aku tersenyum .

    "Dah jum kita turun bawah . Tadi mama Rissa cakap pengantin lelaki dah sampai"

    Aku mengangguk. Dengan perlahan aku bangun . Lengan aku di pegang oleh Miyah . Miyah menolong aku mengangkat sedikit gaun labuh, bila nampak aku sedikit susah untuk berjalan .

    Sampai di ruang bawah, semua sudah duduk . Aku menuju ke arah mama dan Puan Sri Aida. Aku duduk di antara mereka .

    Dari tempat aku duduk aku dapat melihat susuk tubuh badan Danial dari belakang . Dari belakang pun dah nampak dia hensem . Aumm .

    End of the pov

***

    Dato Ahmad Danial pov

Aku mengengam kuat tangan yang terasa menggigil . Rasa tak kuat pula nak pegang tangan tok kadi yang merangkap kepada papa Merissa .

    "Dah bersedia pengantin lelakinya?" tanya Tengku Abdullah . Tengku Abdullah tahu yang bakal menantunya itu gementar .

    Aku mengangguk perlahan . Tangan di hulurkan untuk menyambut tangan Tengku Abdullah .

    "Hai lah pengantin lelaki kita ni, sejuk betul tangannya hah . Macam baru keluar dari peti ais" sakat Tengku Abdullah bila sudah berjabat tangan dengan aku .

    Sanak saudara yang turut berada di situ mentertawakan aku . Aku menahan malu . Aduh papa ni aku dah lah tengah gementar ni, lagi di sakat aku . Malunya desis hati aku .

    "Dah merah muka dia sebab malu . Haha . Okay kita mulakan"

    Aku menahan debar dalam hati tak habis habis menyuruh diri sendiri supaya tenang .

    "Bismillah, aku nikahkan dikau dengan puteri ku Merissa Irdina binti Tengku Abdullah dengan mas kahwin blah .. blah .."

    End of the pov

    "Sah!!"

    "Alhamdulillah"

    Merissa mengalirkan airmatanya bila, sekarang dia sah menjadi isteri kepada Danial . Macam bermimpi tapi itulah kenyataannya .

    "Sekarang Merissa dah jadi isteri kepada Danial . Jadi isteri yang solehah . Dengar kata suami , jaga makan minum suami dan jangan sesekali derhaka pada suami . Sekarang syurga Merissa ada di bawa telapak kaki Danial " pesan Engku Aida di tepi telinga Merissa . Tangan puterinya itu di gengam memberi semangat .

    Merissa mengangguk perlahan . Kemudian dia mencium pipi mamanya . Mama yang satu satu yang paling di sayangi.

    Dalam tak sedar, Dato Ahmad Danial pun sudah berada di hadapan Merissa . Merissa mengukirkan senyuman manis untuk suaminya . Merissa menyarungkan cincin ke jari manis Dato Ahmad Danial kemudian tangan kasar itu di cium . Semasa Merissa cium tangan Danial, Danial meletakkan tangannya ke atas kepala Merissa .

    Sekarang Dato Ahmad Danial giliran pula menyarungkan cincin ke jari manis Merissa . Selesai sarungkan cincin, Danial mencium lembut dahi Merissa . Lama bibir itu terletak di dahi Merissa .

    Kamera tak habis habis berbunyi dan menyala menangkap gambar kami . Rasa bahagia tak terhingga .

    "Selamat pengatin baru sayang" Bisik Dato Ahmad Danial lembut di tepi telinga Merissa .

    Merissa tersenyum malu . Rasa bahang pipinya bila Danial memanggil nya dengan panggilan 'sayang' .

***

    Merissa duduk di hadapan di kerusi berhadapan dengan cermin . Penat satu badannya dengan majlis hari ni . Jarum yang berada di tudungnya di buka satu persatu .

    Sedang sibuk Merissa membuka tudungnya tiba tiba terasa pinggangnya di peluk dari belakang . Merissa tersentak membuatkan tubuhnya tertegak .

    "Awak ni, terperanjat saya . Bila awak masuk dalam bilik? Saya tak dengar pun pintu bilik terbuka? " tanya Merissa . Wajah Danial di lihat di dalam cermin . Walaupun rasa sedikit kekok tapi di cuba untuk membuangkan semua perasaan itu .

    Danial tidak menjawab pertanyaan Merissa malah Danial membuka perlahan tudung Merissa . Merissa membantu Danial membuka tudungnya . Terasa leher jinjang Merissa di cium oleh Danial . Kegelian mula terasa .

    "Awak geli lah" Merissa cuba menjauhkan sedikit wajah Danial dari lehernya . Dah lah belum mandi, dia pergi pulak cium . Tak bau masam ke sebab aku berpeluh tadi?

    "Diam lah sayang . Malam ni kan malam pertama kita . Danny baru je cakap dekat abang yang Danny nak adik" balas Danial mengoda . Leher Merissa masih di cium . Sesekali terasa leher Merissa di gigit perlahan .

    "Memandai je cakap Danny nak adik . Awak tu yang gatal"

    "Betul lah sayang . Jom"

    "Ieeee .. pervert nya" Merissa mencubit manja peha Danial .

    Danial tertawa .

    "Alah jom lah" Danial menarik tangan Merissa .

    "Kalau iya pun, bagi lah saya mandi dulu . Solat Maghrib pun saya belum lagi . Awak dah solat belum?"

    "Belum"

    "Dah jom kita solat sama sama . Kejap lagi lah kalau nak buat anak pun" cakap Merissa malu malu . Gila tak malu weh bila sebut sebut pasal anak . Ish! Seram !!

    Danial menurut . Sabar lah Danial kau ni pun tak menyempat . Masa banyak lagi . Malam ni nak buat sepuluh round pun tak apa Desis hati Danial.

***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now