Extra 3.1

9K 415 15
                                    

"Awak .. jom makan" ajak Sharifah .

Hakimi yang sedang duduk menghadap telefon itu hanya diam membisu . Wajah langsung tidak diangkat .

Rajuknya masih ada!!

Sharifah menahan sabar . Dia tahu yang Hakimi masih merajuk dengannya .

"Awak jom makan . Aiman dah tunggu awak dekat meja makan, nak makan sama sama"

Krik! Krik! Krik!

Senyap!!

Sharifah mendengus kasar . Geram dengan Hakimi . Hakimi buat dia seolah olah patung yang tak bernyawa .

"Awak dengar tak ni!!" Ujar Sharifah geram .

Krik!! Krik!! Krik!!

Lagi sekali?!!

"Fine!! Nak merajuk sangat kan? Merajuk lah sorang sorang dekat situ"

Sharifah terus beredar dari situ .

Dia geram!!

Dia benci!!

Biarlah dia dengan rajuk dia tu . Tak ada siapa nak kesah . Orang panggil elok elok tak nak dengar . Sombong tak bertempat .

Hakimi melepaskan nafas panjang . Senyuman nipis di ukir . Dia bangun dari duduknya .

Dia menuju ke arah meja lacinya . Laci di buka, sekeping gambar di ambil dan di bawa ke dada .

Dia menuju ke arah koridor bilik . Kerusi yang terdapat di situ dia duduk . Langit yang luar terbentang itu dia pandang .

Gambar yang berada di dadanya itu di tatap lama . Gambar di mana Isya dan dia yang sedang tersenyum lebar .

Dalam gambar tu terdapat Isya yang tersenyum dengan perut yang membesar . Jelas terpancar kegembiraan di wajah itu .

Tangannya pelahan mengusap Isya . Tak lama itu, airmatanya mula mengalir perlahan .

"Abang gagal jadi suami yang terbaik, sayang . Abang gagal" Hakimi memejam kedua matanya .

Dia dapat rasa yang Isya berada di sebelahnya . Dia dapat rasa Isya mengusap pelahan pipinya dan dia dapat juga rasa pipinya di kucup penuh kasih sayang oleh Isya .

"Adakah abang salah untuk jadikan Sharifah isteri abang? Abang tak mampu jadi suami yang terbaik untuk Sharifah . Abang gagal" makin lebat airmata Hakimi keluar .

Rasa dadanya terlalu sakit . Tak mampu di luahkan dengan kata kata .

Dia dapat rasa lagi, Isya mengesat perlahan airmatanya . Lembut sahaja tangan itu mengusap airmatanya .

"Abang tak salah . Abang memang buat pilihan yang tepat . Don't crying"

"Tapi abang tak mampu"

"Isya tahu abang mampu . Abang kan super husband Isya dan Sharifah . Jadi Isya percaya abang boleh buat" Bisik Isya tepat pada telinga Hakimi .

Dia tersenyum melihat Hakimi yang sedang memejamkan mata itu . Suaminya tak pernah berubah, makin hensem suaminya itu sekarang .

Dia rindu ingin rasa belaian seorang suami . Dia rindu juga untuk jadi isteri kepada Hakimi . Teramat lah rindu .

Tapi dia tak pernah salahkan takdir, di mana Allah menarik nyawanya dahulu . Mungkin dia hanya dapat merasa kebahagiaan sementara di dunia, manakala di akhirat nanti dia akan dapat merasa kebahagiaan buat selama lamanya .

Hakimi membuat matanya . Bayangan Isya terus hilang . Masih terasa usapan Isya di pipinya . Masih terasa kucupan Isya di pipinya .

Hakimi tersenyum .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now