END

14.2K 519 32
                                    

20 tahun kemudian,

Danial pov

Pejam celik pejam celik, kita tak perasan masa berlalu dengan pantas . Dan bagaikan tak percaya umur aku pun dah masuk 50 tahun .

Hailah dah tua dah Danial ..

Anak anak aku pun dah membesar . Danny dah berumur 25 tahun dan dah mendirikan rumahtangga pun . Danny juga sudah mempunyai seorang anak perempuan . Maka dengan rasminya aku dah jadi grandpa .

Danish dan Melina pula berumur 24 tahun . Danish pun sudah mendirikan rumahtangga tapi masih belum ada rezeki nak timang cahaya mata . Melina pula sudah menjadi seorang doktor . Cita cita dia dari kecil sudah tercapai .

Dan manakala anak kembar tiga aku pulak berumur 20 tahun dan mereka masih belajar .

Merissa?

Merissa dah pergi tinggalkan aku dan anak anakku . Terlalu sulit untuk aku terima pada mulanya .

Ialah masa tu anak kembar tiga aku masih kecil kecil . Dan aku bukan pandai sangat nak jaga baby walaupun aku sudah bergelar 'daddy' .

Aku ambil keputusan untuk duduk dengan keluargaku . Ringan juga lah beban aku bila mama ku boleh tengok tengokkan anak anak aku .

Dari peristiwa hitam itu aku tidak kerja selama 2 bulan . Nasib baik Siti ada untuk handle kan syarikat aku buat sementara waktu .

Yang paling buat aku sedih, bila anak anak aku bertanya .

Mana perginya mummy?

Mummy tinggalkan kita ke daddy?

Mummy dah tak sayang kan kita ke daddy?

Sakit sungguh aku melihat wajah wajah anak anakku yang sering sedih bila teringatkan Merissa . Lagi pedih bila aku selalu membayangkan yang peristiwa 20 tahun yang lalu hanya lah sekadar mimpi ngeri ku . Tapi itu semula dusta, ia memang benar benar terjadi .

Merissa benar benar tinggalkan aku ...

***

The end ..
Thanks kepada yang selalu vote and comment ..
Sorry kalau end tak berapa nak memuaskan ..
Saya dah cuba yang terbaik ..
Salam terakhir bye bye ..

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now