0.5

16.4K 707 13
                                    

"Assalamualaikum" Dato Ahmad Danial laung memberi salam di hadapan pintu rumah . Kasutnya dibuka dan di letakkan di rak kasut .

"Waalaikumussalam. Danny , daddy Danny dah balik lah" Mak tom mendirikan Danny . Danny yang nampak Dato Ahmad Danial terus menepuk nepuk tangannya dan menunjukkan gusinya .

Dato Ahmad Danial meletakkan kunci keretanya dan terus mendapatkan Danny yang dari tadi asyik tersengih. Dato Ahmad Danial mengambil Danny dari Mak tom .

Pipi montel Danny di gomol sepuas hati . Ketawa besar Danny bila daddy nya buat begitu .

"Anak daddy makan apa ? Bau macam sup ayam je " tanya Dato Danial bila dia terbau sup ayam di leher Danny .

"Dia baru je lepas makan sup ayam Mak tom buat tadi . Suka betul dia makan . Sampai habis satu mangkuk , dia makan" kata Mak tom . Mak tom tersenyum melihat kemesraan Danial dengan anaknya .

"Lah patut lah anak daddy makin semangat je badan dia . Daddy nak dukung pun dah tak larat"

Danny yang seperti faham apa yang di kata oleh daddynya tertawa . Sampai kecik kecik matanya ketawa .

"Geram Mak tom tengok dia Danial . Rasa nak gigit gigit je pipi montel dia tu"

"Habis lah kalau Mak tom gigit pipi anak Danial. Nanti dah tak montel dah"

Dato Ahmad Danial tertawa sendiri . Danny yang masih berada di pangkunya di cium sepuasnya . Rindu !!

"Mak tom , hari minggu ni Danial nak kena pergi Singapura nak lawat tempat projek . Mak tom boleh jagakan Danny?"

"Apa pulak tak bolehnya . Danny pun nak dekat Mak tom . Danial pergi lah . Berapa hari Danial pergi sana?"

"Mungkin seminggu " balas Dato Ahmad Danial perlahan .

"Lah dah kenapa muram je muka tu?"

"Nanti Danial rindu Danny lah Mak tom"

Dato Ahmad Danial buat memek muka sedihnya . Rasa nak nangis !!

Mak tom tertawa melihat wajah Dato Ahmad Danial. Tak pernah dia melihat muka Danial seperti tadi . Itu pertama kali dia melihat.

"Alah apa susah nanti kita buat lah apa tu nama dia bidio call ?" Mak tom mengaru kepalanya yang berlapik tudung tu .

"Bukan bidio call lah Mak tom tapi video call . Wah maju betul eh Mak tom ni . Sampai tahu semua tu"

Dato Ahmad Danial ketawa bila melihat wajah Mak tom .

"Ocues Mak tom tahu . Mak tom pun ada facebook , instagram . Hah nanti follow Mak tom tau"

"HAHAHAHAH bukan Ocues lah Mak tom tapi of couse . Tak sangka eh Mak tom pun lagi maju dari Danial "

Sakit perut Danial ketawa .

"Dah semestinya"

"Okay lah Mak tom . Danial nak naik atas jup nak mandi . Mak tom tengok kan Danny eh "

"Hah pergi lah"

Dato Ahmad Danial berikan semula Danny kepada Mak tom . Sempat pipi montel Danny di cium. Dia suka bau Danny sebab bau dia menyenangkan. Bau baby kan ada satu bau yang lain daripada yang lain , yang sedap dia cium.

***

Hari ni Dato Ahmad Danial mengambil cuti sebab esok dia akan ke Singapura dan hari ni dia nak luangkan masa bersama Danny seharian .

Dato Ahmad Danial meletakkan Danny di dalam Stroller kemudian Dato Ahmad Danial menolak Stroller masuk ke dalam mall . Ramai mata memandang ke arahnya . Tapi dia hanya buat tidak tahu . Mungkin mereka pelik lelaki kacak macam dia ni tolak baby . Dan mungkin mereka ingat dia ni pengasuh budak .

Eh jup tak akan lah aku bergaya begini cakap aku ni pengasuh ? Memang tak lah ceritanya .

Dato Ahmad Danial terus menolak Danny ke satu pusat permainan kanak kanak . Di situ terdapat banyak permainan kanak kanak yang trending sekarang .

Dato Ahmad Danial mengapai dua jenis lego dan di berikan kepada Danny. Kemain suka lagi Danny bila dapat mainan itu . Asyik tersengih je tunjuk gusi dia.

Dato Ahmad Danial terus ke kaunter untuk membayar. Selesai membayar Dato Ahmad Danial menuju pula ke butik kanak kanak. Hari ni dia nak belanja Danny baju .

"Danny , Danny nak baju tak ? Hari ni daddy baik hati nak belanja Danny tau . Tapi hari ni jelah . Kalau hari hari mahu bankrap daddy " kata Dato Ahmad Danial kepada Danny yang berada di dalam troli baby itu . Danny hanya menepuk nepuk tangannya kecilnya . Dato Ahmad Danial tertawa kecil melihat Danny .

Dato Ahmad Danial mencari baju yang sesuai untuk Danny. Tiba tiba seorang wanita pekerja di situ menegurnya .

"Encik nak yang mana ? Biar saya carikan saiznya" kata wanita itu dengan senyuman manis di bibir .

Dato Ahmad Danial membalas senyuman wanita itu.

"Emm . Saya nak cari baju untuk anak saya ni . Ada yang sesuai untuk dia tak?"

Wanita itu memandang Danny . Kemudian dia tersenyum lebar melihat Danny. Wanita itu menundukkan sedikit tubuhnya untuk melihat Danny lebih dekat .

"Hai , Comelnya dia"

Wanita itu mencubit perlahan pipi tembam Danny . Danny yang seperti tahu wanita itu memujinya dia tertawa . Dato Ahmad Danial dan wanita itu tertawa melihat Danny. Suka sangat tengok Danny ketawa . Wanita itu mencium sekilas pipi Danny kemudian dia menegakkan kembali tubuhnya .

"Sorry sebab sentuh anak encik . Saya tak tahan tengok anak encik sebab comel sangat" ujar wanita itu sambil tertawa kecil .

"Sokay lah . Jadi ada tak baju untuk anak saya ? "

"Ouh yah lupa pulak saya . Jum saya tunjukkan"

Dato Ahmad Danial mengikut wanita itu . Wanita itu banyak menunjukkan baju yang budak budak sukakan sekarang . Semua comel comel , rasa nak borong satu butik ni , ngeh .

Dato Ahmad Danial selesai membeli baju untuk Danny. Ada lah dekat sepasang dua pasang .

Eh tak, ada lah dekat sepuluh pasang baju dia belikan untuk Danny. Tadi tu saja je nak acah , ngeh. Hahahaha

Sekarang waktu dia nak bawa Danny jalan jalan satu mall itu . Biar lah orang nak kata aku gila , tapi kadang kadang aku gila juga . Okay tak ada kena mengena .




***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now