Part 4 - Sedar

31.6K 1K 18
                                    

Tittt... Tittt... Tittt...

Jelas kedengaran bunyi tersebut dalam segenap ruang di wad tersebut. Airen belum sedar dari lena yang panjang. Sudah dua hari dia keadaan begitu selepas kemalangan ngeri yang telah meragut nyawa rakannya. Kereta yang dinaiki mereka berdua bertembung dengan lori yang hilang kawalan.

Farah melabuhkan punggung di sisi Airen. Air mata jatuh satu per satu. Tidak sanggup dia melihat keadaan Airen ketika itu. Lagi menyedihkan rakannya telah kembali ke rahmatullah. Menemui yang Maha Esa. Patut hatinya tidak berada tenang ketika malam itu.

Husna Maisarah telah selamat dikebumikan kelmarin di Kedah. Manakala Airen masih belum sedarkan diri.

Tiba tiba dia berasa pergerakan tangan Airen. Butang bantuan ditekan untuk memanggil doktor. Dia yang bertugas sebagai nurse di situ segera menjalankan tugas.

'Alhamdulillah, Ya Allah' bisik hatinya

_______________

"Airen, kau okey?" Farah menegur. Troli makanan ditolak perlahan memasuki wad yang menempatkan Airen.

"Okey" Airen menjawab sepatah. Balutan di kepalanya disentuh perlahan. Dia bernasib baik kerana dia tidak kehilangan memori kerana hentakan di kepalanya tidak terlalu kuat. Tiba tiba dia teringatkan sesuatu.

"Farah, mana Husna?" Tnya Airen. Pelik dia melihat rakannya yang seorang itu tiada. Aimi dan Qaseh baru sahaja pulang selepas datang melawatnya. Wajah mereka kelihatan sugul.

Tangan Farah terhenti apabila mndengar soalan Airen. Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perkara trebut. Senyuman pahit terukir dibibir. Sangat pedih !

"Makan dulu Airen. Dah dua hari kau tak makan" pujuk Farah. Makanan disuakan ke mulut Airen. Tanpa membantah Airen membuka mulut dan sepinggan nasi dihabiskan olehnya.

"Airen" tangan gadis itu digenggam. Cuba memberi kekuatan walaupun diri sendiri tidak kuat. "Husna dah takda" sambungnya lagi. Air matanya bergenang. Dia melihat wajah tergamam Airen. Tiada tindak balas diberikan oleh gadis itu.

"Kau tipu kan" kata Airen perlahan.

"Takk... Aku tak tipu. Husna dah takda. Dia meninggal masa dalam perjalanan ke hospital" air mata diseka dengan baju seragam nursenya. Dia melihat Airen menunduk. Diam seribu bahasa.

__________________

"Rez tak nak, Ma" Airez membentak. Jelas kedengaran di ruang tamu yang serba mewah itu. Mereka baru sahaja pulang dari majlis mengebumian tunangnya. Dan mereka baru sahaja mendapat berita bahawa Airen baru sedar selepas kemalangan itu.

"Tapi ni kan amanah dari arwah. Dia dah pesan kat mama. Dia suruh Airen gantikan tempat dia kalau jadi apa apa kat dia. Tolong la Airez. Kahwin dengan Airen" pinta Puan Sri Rahayu iaitu ibu kepada lelaki yang bernama Airez Radhwan. Bahu anaknya disentuh perlahan.

Dia sudah mengenali Airen kerana sering berkunjung ke kafe gadis itu. Hanya gadis itu yang tidak perasan akan kewujudannya. Tambahan pula, Husna sering bercerita tentang kehidupan gadis itu dan rakan rakannya yang lain.

"Ma!! Kita tak tahu asal usul dia. Dari mana datang. Keluarga dia pon tak ada Ma. Ntah² anak pungut. Then, nak suruh Rez kahwin dengan dia. Memang tak la" kata Airez. Suaranya sudah melebihi had. Tidak sedar dengan siapa dia bercakap.
Dadanya berombak kencang. Paling benci apabila dipaksa untuk melakukan perkara yang dia tidak suka.

"AIREZ RADHWAN!!! Jaga kata kata kamu" suara Tan Sri Zahir memetir kuat. Keadaan mula menjadi tegang apabila papanya bersuara. Puan Sri Rahayu menggosok perlahan belakang suami untuk bertenang. Matanya menjeling suaminya menandakan suruh diam.

"Airez ! Airen Rafeqah bukan anak pungut. Dia ada ibu bapa tapi dah meninggal. Dia tak ada keluarga sebab tu Mama nak dia masuk dalam keluarga ni. Takkan Airez tak ingat, dia kan kawan Airez masa sekolah menengah dulu, sekali dengan Husna. Lagipun Mama dah kenal dia. Tolong Airez, Mama merayu" pujuk Puan Sri Rahayu dengan lembut. Cuba sedaya upaya untuk anaknya menerima Airen sebagai isteri.

Beberapa minggu yang lepas, Husna datang berjumpa dengannya untuk meluahkan hasrat tersebut. Berat hatinya untuk mempersetujui cadangan tersebut. Namun dilakukan juga demi amanah yang ditinggalkan kepadanya.

"Rez tak kisah dan Rez tak nak ambik tahu pasal perempuan tu. Bagi Rez dia tetap pembunuh Husna. Rez akan pastikan dia dapat balasan setimpal" kata Airez. Tangan digenggam erat. Jelas kelihatan urat hijau timbul di lengannya. Dendam dalam hatinya tidak boleh dipadam lagi. Dendam kepada Airen yang menjadi penyebab wanita kesayangannya pergi menghadap Ilahi.

"Airez!! Cakap tu biar ada iman. Ini semua takdir Allah. Ajal dan jodoh semua di tanganNya. Airen tak bunuh Husna. Tak ada sesiapa pon yang bunuh Husna. Semua ni sebab kemalangan. Kenapa Rez tak boleh terima takdir, hah!?" Puan Sri Rahayu semakin hilang sabar. Tahap kesabarannya semakin nipis dengan sikap anaknya itu.

"Okey fine!! Ma nak sangat Rez kawin dengan dia kan. Baik!! Rez kawin dengan dia. Tapi Ma jangan menyesal kalau Rez dera isteri Rez sendiri lepas kahwin nanti" selepas berkata Airez terus berlalu ke biliknya. Tidak mempedulikan panggilan dari Mamanya . Hatinya sakit dengan apa yang berlaku. Perkara ini berlaku terlalu pantas.

Pintu bilik dihempas kuat bagai hendak roboh. Badannya direbahkan di sofa dibiliknya.

"Kau nak kawin sangat kan dengan aku. Kau tunggu Airen Rafeqah. Aku akan pastikan hidup kau terseksa macam mana kau buat dekat Husna. Kau tunggu !" ujarnya perlahan. Rambutnya yang kusut ditolak ke belakang. Syaitan sudah menghasut dengan api dendam. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya yang semakin membara.

Tan Sri Zahir dan isterinya saling berpandangan. Hempasan pintu yang kuat tersebut menimbulkan rasa sayu di hati.

"Abang..." Kata Puan Sri Rahayu.

"Sabar la Ayu. Abang yakin dia akan sayang Airen macam dia sayang Husna" kata Tan Sri Zahir cuba memberi ketenangan kepada isterinya.

Puan Sri Rahayu memandang ke atas yang menempatkan bilik Airez. Fikirannya serabut memikirkan hal anak lelaki tunggalnya.

_______________________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now