Part 44 - Maaf

48.5K 1.1K 21
                                    

"Airen. Esok pindah masuk dalam bilik kita" arah Radhwan ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik isterinya. Airen yang berkain batik dan berstokin menarik perhatiannya untuk terus menatap wajah itu. Seperti ibu lepas bersalin pula. Dia tersenyum senget.

"Kenapa pulak? Mama suruh saya tidur sini." bentak Airen. Wajah kacak Radhwan dipandang sekilas. Dia berjalan perlahan menuju ke balkoni bilik. Itulah aktivitinya seharian sepanjang berada dalam bilik itu. Hendak turun ke taman belakang namun ditegah keras oleh Puan Sri Rahayu. Takut jatuh tangga katanya. Adoi mama ni, risau sangat.

Pagi tadi Humaira dan Danial ada datang melawatnya. Pelbagai petua diberikan oleh kakak iparnya itu. Airen hargai sangat kasih sayang yang telah diberikan kepadanya.

"Aku dah minta kebenaran mama untuk kau pindah balik dalam bilik kita dulu" kata Radhwan lembut. Cuba memujuk Airen yang semakin keras kepala. 

"Untuk apa?" Bagaikan tiada perasaan Airen berkata.

"Airen.. bagi aku tebus balik kesalahan aku. Kali ni je aku merayu sangat. Kita perlukan masa untuk bincang bersama masalah kita ini". Dia meraup perlahan mukanya.

"Tak payah. Semua tu takkan dapat ubah apa - apa. Anak dalam kandungan saya pun dah tak ada. Tak guna untuk awak tebus kesalahan awak tu. Semuanya dah berakhir" Airen mendengus kasar.

"Saya tak perlukan awak kali ini. Saya boleh hidup sendiri. Cukuplah awak tiada waktu saya betul- betul perlukan awak. Mana awak pergi dulu. Berkali- kali saya call awak tak jawab. Saya sangat perlukan awak waktu tu tapi awak tak ada. Kenapa sekarang awak hadir ? Pergilah, saya dah letih dengan permainan awak ni . Sekarang, anak saya dah tak ada. Anak saya dah mati! Awak dah puas hati la kan?" Sambungnya lagi. Airen mula menangis perlahan. Dan buat pertama kalinya setelah bayinya gagal diselamatkan. 

"Kita boleh berusaha lain kan. Airen jangan buat aku macam ni. Aku ...." Kata- kata Radhwan dipotong laju.

"Awak terlalu pertahankan ego awak tu. Awak tak sedar ke ego awak tu tinggi melangit?" Airen berlari keluar dari bilik sambil mengesat air mata.

"Airennnnnn !! Tunggu dulu" halang Radhwan sambil tangannya cuba mencapai  lengan Airen. Airen hanya menepis perlahan. Air mata yang dibasahi pipinya dilap dengan hujung lengan bajunya.

Tiba- tiba terasa tubuhnya ditarik dalam pelukan seseorang. Pelukan hangat yang berjaya menenangkan hatinya. Kepalanya diusap perlahan oleh jemari kasar itu. Airen hanya membiarkan perlakuan suaminya. Sungguh dia berasa tenang berada dalam pelukan lelaki itu.

________

Airen melabuhkan duduk di atas bangku yang terdapat di taman. Tenang hatinya mendengar bunyi kicauan burung. Udara segar pada pagi itu menambahkan lagi kedamaian hatinya. Terasa terlalu lama tidak menjejakkan kaki di taman ini. Keadaan bersih sekitar taman menampakkan kekemasan yang pastinya diuruskan sepenuhnya Pak Abu iaitu pekebun di rumah itu.

Semua tugas di kafe diserahkan sepenuhnya kepada pekerja- pekerjanya. Dia bernekad, tidak mahu lagi menjejakkan kaki di tempat yang telah mencatatkan sejarah hitam dalam hidupnya. Sesekali Airen membetulkan selendang yang disilang ringkas apabila ditiup angin. Dia berasa lebih tenang sekarang. Terasa puas apabila dapat keluar dari bilik itu walaupun teruk dibebel oleh Puan Sri Rahayu tadi. 

"Akak... Mengelamun apa tu?" tegur Rania ketika Airen berada di taman. Puas dia mencari Airen di bilik, rupa rupanya sedang mengambil angin di taman. Bila ditanya kepada mamanya, baru dia tahu akan keberadaan Airen. 

"Eh Rania. Sorry tak perasan" kata Airen. Dia berganjak sedikit, memberi ruang kepada Rania untuk melabuhkan punggung.

"Teringatkan Abang Rez erk.." usik Rania. Jari telunjuknya digoyangkan sambil tersenyum nakal

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now