Part 40 - Menyesal

46.6K 1.1K 38
                                    

Di pejabat

Bunyi deringan telefon memenuhi ruang pejabat milik Radhwan. Harris buat muka meluat. Rimas dengan bunyi bising yang mengganggu kerjanya. Berkali- kali telefon itu berbunyi, tetapi langsung tidak diendahkan oleh Radhwan. Sedikit pun tidak mengganggu lelaki itu. Seperti tiada apa yang berlaku.

Iphone milik Radhwan dicapai. Tertera nama Airen pada skrin telefon. Wajah rakannya dipandang lama. Radhwan masih fokus menaip pada laptop di hadapannya.

"Kenapa kau tenung aku macam tu" tanya Radhwan. Kurang selesa dengan pandangan Harris di hadapannya.

"Apsal kau tak angkat?" soal Harris geram. Aku angkat kang tahu pulak jeles.

"Aku.... Ntah la Harris" suara Radhwan merendah. Tidak tahu alasan apa yang perlu dia berikan.

"Angkat la. Mana tahu penting" pujuk Harris lembut. Iphone dihulurkan kepada Radhwan.

"Aku..." Radhwan menunduk. Huluran Harris dibiarkan sepi.

"Cuba kau cerita kat aku. Apa masalah kau sebenarnya? Dari hari tu lagi aku perhati. Kau macam sengaja nak menjauhkan diri kau dari Airen" kata Harris. Telefon yang berhenti berdering diletakkan di atas meja.

"Hari tu, Inspektor Amin ada call. Dia kata kemalangan yang berlaku mungkin berpunca dari perbuatan khianat" Radhwan membuka cerita. Bahunya diurut perlahan.

"And kau nak tuduh Airen yang buat?" Tanya Harris kasar. Dengan sikap Radhwan yang sekarang, dia tidak boleh berlembut lagi. Jika berlembut, lagi naik minyak jadinya.

"Aku tak tuduh. Aku kenal Airen macam mana" Radhwan mengeluh. Dia tahu tiada guna untuk dia mengeluh. Tidak akan mengubah apa-apa

"Kalau kau tak tuduh dia, kenapa kau layan dia macam dia bersalah. Dia tahu tak pasal ni?" Harris menjeling Radhwan. Rasa macam nak hempuk kepala rakannya guna hammer. Atau gilis guna treler. Kadang dia kesian dengan Radhwan. Pelbagai ujian dari berbagai bentuk dilalui oleh rakannya itu. Melihat masalah yang dihadapi Radhwan membuatkan dia takut untuk berkahwin. Tapi, masalahnya sekarang Radhwan yang sengaja mencari masalah! Tak ada masalah cari masalah!

"Tak.. Aku tak bagitahu dia pon" Harris tepuk dahi mendengar jawapan rakannya. Dia turut bersimpati dengan Airen. Menjadi mangsa keadaan.

"Rez.. kau kena hati-hati dengan orang sekeliling kau. Terutama si Hana tu?" Beritahu Harris sedikit berbisik. Takut jika sesiapa terdengar. Heyy! Tak ada sesiapa dalam pejabat ni kecuali mereka berdua. Propa jer lebih.

"Maksud kau?" Soal Radhwan pelik. Tidak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Harris.

"Kau percaya Hana tu dah 3 tahun tak balik Malaysia?". Dia bangun dari kerusi dan bersandar pada meja pejabat milik Radhwan. Tangan memeluk tubuh. Wajah Radhwan direnung tajam.

"Memang tu yang dia bagitahu kan?" Jawab Radhwan. Wajah Hana terlayar di ruang mata. Akhir- akhir ini Hana segaja mendekati dirinya walaupun gadis itu tahu dirinya sudah berpunya.

"Entah la Radhwan. Kau nak percaya, suka hati kau la. Waktu majlis nikah kau hari tu, aku ada nampak dia kat luar kawasan rumah kau. Masa tu aku pelik la,bukan dia ada kat luar negara ke?" Cerita Harris panjang berjela.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon Radhwan kembali berbunyi. Mereka saling berpandangan.

"Angkat la Rez. Kesian Airen tu" untuk kedua kalinya, Harris memujuk. Bahu Radhwan ditepuk tanda memberi sokongan.

Radhwan menggeleng perlahan. Masih mempertahankan ego yang bermaharajalela.

"Suka hati kau la. Jangan menyesal sudah" ujar Harris geram. Dia menolak kepala Radhwan. Sengaja! Radhwan pula langsung tidak melawan atau marah. Nampak sangat tengah kusut dengan masalah yang dihadapi.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now