Part 47 - Butik

39.9K 955 7
                                    

Pagi itu, seperti biasa Airen akan menolong Puan Sri Rahayu berkebun memandangkan dia tiada kerja untuk dibuat. Sebab itulah mertuanya sangat menyanyangi Airen. Ringan tulang dan cantik pula tu.

"Airen... Jom pergi butik" ajak Radhwan tiba- tiba. Airen yang sedang menggaul baja dengan tanah menggunakan tangan mengerling ke arah suaminya. Dia berhenti melakukan kerja sejenak.

"Buat apa pergi butik abang..?" soal Airen. Buang tebiat ka apa suami aku ni. Tiba-tiba jer nak ke butik bagai. Ada apa-apa yang aku terlupa ke? Bisik hatinya.

"Alahai... Tak sangka Ren dah nyanyok. Sayang lupa ker lagi sebulan lagi majlis abang jadi ceo". Radhwan mengangkat kening sebelah memandang isterinya.

Airen berfikir sejenak. Ada ka dia bagi tahu? Entah la. Banyak sangat perkara yang perlu diingati sampai hal penting tersebut dia boleh terlupa. Airen tersengeh membuat muka tak bersalah.

"Esok- esok tak boleh ker" soal Airen malas. Tengah syok-syok main tanah ni, dia ajak keluar pulak. Sesekali matanya melihat Puan Sri Rahayu yang sedang menyiram pokok bunga mawar di tepi pagar rumah. Mamanya itu amat menyukai pokok-pokok yang mempunyai pelbagai warna seperti bunga orkid, bunga kertas dan banyak lagi. 

"Mana boleh. Kita dah buat appoinment dengan diorang. Tak baik la cancel. Kita kena hormat masa orang. Diorang pon ada pelanggan lain jugak. Bukan kita jer" bebel Radhwan panjang.

"Cepat la pergi siap sayanggggg. Pleseeeeeee" Matanya dikerdipkan beberapa kali.

"Yelah2.. abang ni bebel macam pak cik jual ikan" rungut Airen. Dia hanya ketawa melihat tingkah laku suaminya itu. Acah-acah comel pulak dah haih.

Pakcik jual ikan? Hey aku punya la hensem dia kata pak cik jual ikan. Sabar jelah. Bisik hati Radhwan. Nak kena dia niiiii.....

''Sayang ulang sekali lagi apa yang sayang kata tadi''? Tanya Radhwan dengan wajah nakal sambil menapak menghampiri Airen.

''Apa? Takda apa lah sambil menggeleng kepala''. Suaranya kedengaran gugup.

Yekeeeee? Wajah Radhwan tinggal 2 inci dengan wajah suaminya. Dia hanya mampu menahan tawa dan senyum melihat Airen yang sudah gelabah biawak. haha. Tahu pun takut. Gelarkan aku macam-macam lagi kan.

''Err, takpe lah, Airen masuk mandi dulu taw. Bhaiii''. Dia berlari perlahan masuk ke dalam rumah sebelum Radhwan sempat memeluk pinggangnya. Heii kat luar pun menjadi dia nih.

''Wekkkkk, tak dapat padan muka abang. haha. Jerit Airen di tepi pintu rumah. Lidahnya dijelir tanda mengejek suaminya. Macam budak-budak Airen ni. hihi

Radhwan hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat isterinya. Nasib hati tetap sayang. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah mamanya untuk membantu apa yang perlu.

________

"Okay sayang... Dah sampai" ujar Radhwan setelah memberhentikan kereta di hadapan butik yang terkemuka di ibu negara. Kelihatan beberapa orang pelanggan yang keluar masuk dari butik tersebut. Mesti semua orang kaya, golongan VVIP nih. Bisik hatinya.

"Cantiknya butik dia, .... puji Airen.  Macam tak layak je nak masuk sini. Sempat lagi dia merasa rendah diri. Matanya memandang ke arah bangunan yang tersergam indah itu. Sebijik macam rusa masuk kampung.

"Ya sayang. Jom masuk dalam" tangan Airen dipimpin menuju ke dalam butik itu. Mereka disambut mesra oleh pekerja butik yang tidak lekang dengan senyuman manis.

Airen memerhati segenap ruang butik yang agak besar itu. Dia memandang baju yang tergantung. Kebanyakkan baju direka khas untuk digayakan di majlis- majlis elit. Koleksi yang terdapat di situ semuanya cantik belaka. Rambang mata kalau pilih ni.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now