Part 41 - Hospital

48K 1K 21
                                    

Airez Radhwan meramas rambutnya kasar. Dia melabuhkan duduk di kerusi hospital yang disediakan. Dia tidak dapat bertenang memikirkan keadaan Airen yang masih berada dalam wad kecemasan. Hatinya resah. Jika apa-apa berlaku kepada Airen, dia pasti tidak akan memaafkan dirinya. Kalau dia jawab panggilan Airen tadi, mesti semua ni tak berlaku. Ini semua salah aku!

Radhwan menunduk memandang lantai hospital. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Walaupun sudah larut malam tetapi dia langsung tidak berasa mengantuk atau letih. Bagaimana keadaan Airen sekarang? Ya Allah! Selamatkanlah isteri aku. Jangan ambil dia dari aku, Ya Allah.

"Rez.. Macam mana keadaan Airen?" soal Rafiq. Mulutnya yang ingin menguap ditutup pantas. Rasa mengantuk masih bersisa. Sedang sedap tidur di rumah, dia dikejutkan dengan panggilan telefon dari Harris yang meminta dia menemani Radhwan di hospital. 

Rafiq melabuhkan punggung di tepi Radhwan. Harris telah menceritakan segalanya apa yang berlaku. Kawannya itu pergi ke balai untuk membuat report seterusnya ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk Farah.

"Dia masih ada kat dalam. Doktor tak keluar lagi dari tadi" ujar Radhwan mengendur. Wajahnya langsung tidak diangkat. Tangannya menongkat kepala.

"Sabar Rez" kata Rafiq. Bahu Radhwan ditepuk perlahan. Memberi sokongan kepada kawannya yang sedang menghadapi ujian berat. Situasi yang sama ketika arwah Husna dilaporkan terlibat dalam kemalangan suatu ketika dahulu. Kini, perkara sama terjadi kepada Airen

"Kalau apa- apa terjadi kat Airen. Aku takkan maafkan diri aku" kata Radhwan perlahan. Wajahnya diangkat. Memandang redup ke anak mata rakannya. Orang yang sentiasa ada ketika dia susah dan senang.

"Ini bukan salah kau" Rafiq memujuk. Dia tahu, di kala ini Radhwan amat memerlukan orang sekelilingnya untuk memberi semangat dan dorongan.

"Salah aku Fiq! Kalau aku tak layan dia macam tu, semua ni takkan jadi!" Air matanya jatuh. Langsung tidak berasa malu menangis di hadapan Rafiq. Wajahnya yang basah dengan air mata diraup kasar.

"Mengucap banyak-banyak Rez. Ni ujian dari Allah. Kau kena redha dan terima dengan hati terbuka" ujar Rafiq lagi. Cuba memberi kekuatan kepada Radhwan.

'Satu jer aku nak cakap. Jangan sampai Allah tarik nyawa Airen macam Allah ambil Husna dari kau. Waktu tu kau jangan tanya kenapa Allah ambik nyawa orang yang kau sayang. Sebab kau tu jenis tak reti nak bersyukur. Kau try sayang dia. Cuba kenal dia dengan lebih mendalam. Sebab satu hari kau akan takut kehilangan dia'

Kata-kata Rafiq ketika mereka bertumbuk dulu terngiang- ngiang di telinga Radhwan. Dia tak kuat untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Kerana ego dia sanggup sakiti Airen walaupun bukan dari segi fizikal.

"Aku takut kehilangan dia macam aku hilang Husna. Sepatutnya aku tarik balik kes tu. Kata-kata kau dulu memang betul. Sekarang ni Allah dah ambil orang yang aku sayang. Dan...." Kata-katanya terhenti dek rasa sebak yang menguasai hatinya.

"Rez.. Airen masih ada kat dalam. Dia akan kuat kalau kau kuat. Please, jangan jadi lemah. Jom pergi surau. Doa banyak-banyak kepada Allah supaya Airen kembali sedar" Rafiq mula berdiri diikuti dengan Radhwan menuju ke surau.

Rafiq langsung tidak menyangka kata-katanya ketika awal perkahwinan Radhwan kini menjadi kenyataan.

Beg kertas yang berisi pakaian dihulurkan kepada Radhwan. Takkan nak solat dengan baju yang berpeluh. Nanti ibadah solat yang dikerjakan menjadi sia-sia pula. Dah la bau dah macam kerbau.

Kembalinya dari surau, doktor yang merawat Airen masih belum keluar. Rafiq sudah penat melihat Radhwan yang mundar mandir. Kusut sekali rakannya ketika itu. Rambut yang selalunya disikat rapi sudah melayang entah ke mana.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now