Part 35 - Hana

33.7K 1K 12
                                    

"Radhwan... Hantar saya pergi kafe boleh?" pinta Airen . Motosikalnya tiba-tiba sahaja rosak semalam dan  sudah dihantar ke bengkel. Jadi, hari ini dia tiada kenderaan untuk ke tempat kerja. Terpaksalah meminta bantuan dari suaminya.

"Kau mintak tolong Pak Meon hantarkan. Aku dah lambat ni" balas Radhwan tanpa memandang Airen. Kasutnya dipakai cepat-cepat. Enggan berlama-lama di situ.

"Tapi..."

"Aku pergi dulu" potong Radhwan laju.

Betul la Radhwan dah berubah. Jika sebelum ini, tiada istilah lambat bagi lelaki itu. Kemana sahaja yang Airen mahu pergi, pasti akan dihantar terlebih dahulu. Lagipun jalan ke pejabat sehala dengan kafe. Apa salahnya jika dia menumpang sekejap kereta lelaki itu.  

Airen hulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Tetapi huluran itu hanya dibiarkan sepi. Tipulah kalau kata dia tak terasa dengan perlakuan lelaki itu. Apa salah yang dia buat? At least bagitahu apa salah dia. Jangan diam dan terus menghukum. Tanpa mempedulikan Airen yang setia menanti, dia berlalu pergi menuju ke kereta.

Dalam diam, ada mata sedang memandang di sebalik dinding.

"Abang.. Kenapa dengan Radhwan tu? Tetiba jer perangai berubah" kata Puan Sri Rahayu. Jelas terpancar kerisauan pada wajahnya.

"Abang pon tak tahu. Jap lagi abang cakap dengan dia kat pejabat. Awak jangan risau la" Tan Sri Zahir cuba menenangkan isterinya. Dia perasan sikap Radhwan berubah akhir-akhir ini.

Rania hanya diam mendengar perbualan kedua orang tuanya. Tiada niat untuk menyampuk. Salah cakap satgi dia jugak yang kena sembur. Lebih baik diam. Dia juga risau melihat perubahan sikap abangnya.

"Abang tumpangkan Airen tu kejap. Risau saya tengok dia pergi sorang-sorang" ujar Puan Sri Rahayu.

"Yelah" balas Tan Sri Zahir sambil bergerak ke pintu utama di mana Airen sedang berdiri. Puan Sri Rahayu pula mebuntuti suaminya dari belakang.

"Airen pergi dengan papa eih. Papa hantarkan" tegur Tan Sri Zahir apabila melihat Airen sedang khusyuk menghadap telefon.

"Tak apa ke? Tak susahkan papa?"Airen angkat muka. Terkejut mendengar suara bapa mertuanya. Baru dia hendak menelefon Farah untuk mengambilnya. Tapi dah Tan Sri Zahir nak hantarkan, dia okey saja.

"Susah apanya Airen. Kan sehala jer nak ke pejabat" ujar Tan Sri Zahir. Die melihat Airen tersengih. Namun, dia dapat melihat kekeruhan di sebalik senyuman itu.

"Terima kasih Papa" ucap Airen ikhlas. Terharu dengan kebaikan lelaki yang dianggap seperti bapa kandungnya. Rindunya kat abah!

"Hati-hati bawa kereta tu bang" kata Puan Sri Rahayu.

"Iyelah sayang..." Balas Tan Sri Zahir lembut. Puan Sri Rahayu tersenyum. Tangan suaminya dikucup perlahan.

Airen hanya melihat kemesraan mertuanya. Sungguh dia cemburu. Walaupun mereka sudah lanjut usia, tetapi kasih sayang yabg terjalin masih lagi kuat dan kukuh. Dia menyalami Puan Sri Rahayu sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

___________

Hana memandang lelaki di hadapannya. Sejak tadi Radhwan asyik melayani perasaan. Makanan yang dipesan langsung tidak dijamah. Tangan lelaki itu menguis- nguis nasi goreng menggunakan sudu. Dia yang mengajak Radhwan untuk menemaninya sarapan di pejabat. Hana memulakan bicara disebabkan kebisuan lelaki di hadapannya.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now