Part 11 - Drift

35.1K 1.2K 13
                                    

Airez memberhentikan kereta di hadapan kafe Airen Rafeqah. Sabar dia menunggu isterinya keluar dari kafe tersebut. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Takkan setiap hari dia balik waktu macam ni. Sorang pulak tu. Arhhh kisah apa aku. Tiba tiba kelibat Airen keluar dari kafe itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Tunggu kau budak!!

Seperti biasa, Airen menarik gril kafe dan terus mengunci. Kang perompak masuk tak pasal pasal pulak. Rugi aku!
Tiba tiba terasa pergelangan tangannya ditarik seseorang dari belakang. Baru nak menjerit, ada tangan yang sudah menekup mulutnya.

"Tak payah nak menjerit. Ni aku lah" kata Airez dingin. Hoodie hitam yang menutupi kepalanya ditolak ke belakang. Terpampang wajah handsomenya . Airen sekali lagi jatuh cinta. Ya! Jatuh cinta pada suami sendiri.

"Awak nak apa?" tanya Airen dingin. Dia boleh dingin, kenapa aku tak boleh. Malah aku boleh jadi beku terus. Huh!! Kakinya melangkah ke arah moto kesayangannya. Cuba mengabaikan kehadiran lelaki itu.

"Ikut aku" kata Airez. Tangan Airen ditarik menuju ke keretanya.

"Tak nak! Saya nak balik. Saya penat lah" pergelangan tangan yang dipegang Airez direntap kasar. Tersentak lelaki itu. Airen tersenyum kemenangan. Tapi di sudut hatinya, dia berasa kecut. Saja buat berani.

"Sejak bila kau pandai melawan?" soal Airez. Geram dengan Airen yang menepis tangannya. Siap kau budak!

"Sejak saya kahwin dengan awak. Huh!" balas Airen. Tangannya disilangkan ke dada. Dia kena kuat supaya tiada orang yang boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia melihat Airez menjelingnya tajam. Wuuu~ takutnyerr.

"Ikut aku" tangan Airen ditarik sekali lagi. Namun apalah sangat kudrat seorang wanita. Tubuh Airen terdorong ke hadapan juga mengikut langkah panjang suaminya. Tubuh kecil Airen ditolak masuk ke tempat duduk hadapan. Malas mahu bertengkar, akhirnya dia mengalah.

Kereta bergerak ke suatu tempat. Keadaan dalam kereta sunyi tanpa sebarang suara manusia mahupun radio.

_______________

Airen melangkah keluar dari kereta. Dia memandang sekeliling tempat yang dipenuhi dengan ratusan kereta. Macam tempat perlumbaan haram ja. Dia melihat Airez yang bersembang dengan Adam Rafiq. Dia mengenali lelaki itu ketika di majlis perkahwinannya. Airen hanya tersenyum apabila mata mereka bertembung.

Tiba tiba Airez mendekatinya lalu menarik tangannya ke arah satu kumpulan yang dari tadi bising. Ingat aku lembu dok main tarik tarik. Adam Rafiq mengikut dari belakang. Risau jika Airez buat kerja gila.

"Apa 'hadiah' yang kau bawak?"soal Airez sinis. Genggaman tangan pada tangan Airen tidak dilepaskan. Airen sudah pelik. Hadiah apa pulak dah.. Hoi!! Aku nak balik!!

"Huh! Ni Zack la. Takat perempuan, celah gigi aku jer" balas lelaki yang bernama Zack. "Baby!!" Jeritnya. Kelihatan seorang perempuan seksi dengan dress ketat datang menghampiri. Jelas bentuk tubuh badannya yang cantik. Airen yang melihat hanya membuat muka jelek. Aku punya cantik lagi.

"Ni 'hadiah' aku. So, takkan perempuan ni hadiah kau. Tapi takpa, I like. Orang kata yang bertutup lebih ganas." kata lelaki itu sambil tersenyum gatal ke arah Airen. Dagu Airen cuba dicuit tapi pantas ditepis oleh Airez. 'Amik kau! Dah la jongang. Atuk aku hensem lagi kau tauu. Geli bulu ketiak aku dengar dia cakap. Lebih ganas? Pungkok diaaa!!' . Airen mengutuk dalam hati.

"Ikut perjanjian kita. Kau menang, kau dapat perempuan ni. Kalau aku menang, tempat ni aku punya. Deal?" Kata Airez. Senyuman jahat terukir di bibirnya. Nyata lelaki berama Zack sangat gembira. Airen memandang Airez tidak percaya. Wehhh!! Dia nak jual aku? Aku isteri dia la, Jongang! Mamat ni pon satu. Dia buat aku macam takda maruah. Kejam!

"Okay. Deal". Mereka bersalaman tanda setuju. Airen memandang Rafiq di belakang untuk memohon pertolongan. Berharap agar kerja gila ini dpat dihentikan.

"Satu syarat. Kau kena bawak perempuan tu sekali dengan kau. Dan aku bawak perempuan ni" kata Airez. Dia tersenyum dalam hati. Dia mempunyai agenda tersendiri untuk menang pertandingan ini.

Zack hanya mengangguk. Apapun syarat dia terima. Asalkan perempuan bertudung sebelah Airez jadi lauknya malam itu. Mereka bergerak ke kereta masing masing. Badan Airen ditolak masuk ke tempat penumpang hadapan.

"Weh Rez!! Kau dah gila ke? Airen isteri kau! Takkan kau nak teruskan kerja gila ni" marah Adam Rafiq. Ini bukan seperti yang dirancang. Kalau lelaki itu kalah Airen akan .. Ohh!! Tidak! Tak dapat dia bayangkan.

"Aku tau apa aku buat" jawab Airez ringkas. Dia terus bergerak ke tempat pemandu. Hak aku akan terus jadi hak aku. Kereta terus bergerak ke tempat permulaan.

Rafiq mengeluh perlahan. Kalau benci sekalipun, ini bukan caranya.

"Pakai tali pinggang tu" tegur Airez. Matanya memandang ke hadapan. Seorang wanita seksi berada di tengah antara keretanya dan kereta Zack. Sehelai kain diangkat tinggi. Menunggu masa untuk dilepaskan. Deruman enjin jelas kedengaran di tempat itu.

"Tak nak! Awak buat saya macam barang. Suka hati nak bagi kat orang lain. Awak ingat saya apa, huh!!" Marah Airen. Pertama kali dia menguatkan suara di hadapan lelaki yang bernama Airez Radhwan.

"Diamlah". Sejurus itu kereta bergerak laju di atas jalan apabila perempuan seksi itu menurunkan kain. Badan Airen terdorong ke hadapan. Menyesal tak mengikut cakap Airez. Itulah padahnya tak taat kepada suami.

 Itulah padahnya tak taat kepada suami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba tiba kereta berpusing. Betul betul drift ni!

"Arhhhh" Airen menjerit. Kepalanya berasa berat. Pening kepala!! Badannya terhuyung-hayang mengikut pergerakan kereta. Tangannya memegang kuat tangan Airez. Lelaki tu hanya membiarkan. Terasa seperti semua isi perutnya mahu keluar. Tangannya menutup bibir. Kalau muntah kang tak psal2 kena bunuh dengan Airez. Muntah yang mahu keluar terpaksa ditahan.

Hampir 15 minit dia menahan seksa. Akhirnya kereta berhenti juga. Pintu kereta dibuka dengan cepat dan muntah dikeluarkan di tepi jalan. Tidak kisah dengan keadaan sekeliling.

Kereta Zack akhirnya berhenti di sebelah Audi milik Airez. Penonton yang melihat sudah bersorak. Zack keluar dari kereta dengan kesan muntah di bajunya. Mukanya masam mencuka. Terlepas lauk segar malam ni.

Agenda Airez berjaya. Pasti perempuan seksi itu muntah di bajunya. Dia tersenyum kemenangan.

"So.. This place is mine!" Kata Airez. Bahu Zack ditepuk berkali kali. Senyuman sinis terukir di bibir. Dia tahu dia takkan kalah. Sebab tu dia berani untuk jadikan Airen sebagai cagaran. Matanya meliar mencari kelibat isterinya. Aikk! Hilang?

Airen memegang kepalanya yang terasa berat. Matanya berpinar pinar. Terasa ada bintang mengelilingi kepalanya. Badannya disandarkan pada pintu kereta Airez. Nak pengsan kejap boleh? Kakinya cuba melangkah dan akhirnya..

Airez memandang sekeliling. Aik mana bini aku. Tiba tiba matanya tertancap pada susuk tubuh yang sudah rebah. Ahh sudah. Mati aku kalau Mama nampak. Dia terus mencempung tubuh Airen memasuki kereta. Ada satu perasaan yang menyapa hatinya apabila melihat keadaan Airen. Satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.

________________

Vote dan comment yeaa💗

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now