Part 59 - Cinta Rania

30.4K 861 25
                                    

Kafe cawangan baru dirasmikan oleh Airen sendiri. Ramai kawan-kawan dan ahli keluarganya yang datang memeriahkan majlis. Radhwan masih lagi belum sampai. Mungkin masih sibuk dengan kerja.

Kini, tiba masa untuk hadirin yang hadir merasai makanan yang bakal menjadi menu utama kafe tersebut. Contohnya seperti kek, kopi istimewa dan lain-lain lagi. Sebanyak 10 jenis kopi perisa terbaru akan dilancarkan di kafe itu.

Belon-belon dan bunga berwarna warni indah menghiasi rekaan dalaman kedai. Kafe kali ini berkonsepkan kekeluargaan menjadi tarikan utama bagi pelanggan yang datang bersama anak kecil. Ada ruang khas untuk kanak-kanak bermain.

"Aril !!" Jerit Aimi teruja. Terus diterkam budak kecil yang berada dalam dukungan Airen. Aril yang berasa rimas memasamkan wajah. Mak cik mana pulak ni? Aril memeluk erat leher Airen sambil memandang pelik wajah Aimi.

"Hoi... Lemas budak tu kang" marah Qaseh apabila melihat kelakuan Aimi. Tak menyabar betul la. Buat anak sendiri la weh.

"Biar la" Aimi menjeling Qaseh. Bibirnya berwarna pink itu memuncung tajam. Cemburu la tu sebab tak dapat cium Aril.

"Cik abang korang mana? Tak ajak diorang sekali ke datang sini?" Soal Airen apabila melihat rakan-rakannya itu datang sendiri tanpa suami di sisi.

"Ada.. tengah bersembang kat sana tu haaaa" jawab Qaseh.

Airen mengangguk faham. Patut la tak nampak. Pergi bersembang rupanya.

Farah mendekati rakan-rakannya yang sedang rancak berbual sambil memimpin tangan Arissa yang bertocang dua. Budak itu seronok memegang belon yang pelbagai warna. Dulu bukan main meluat Arissa dengan dirinya. Sekarang langsung tak boleh berenggang kalau bertemu. Aura ibu mengandung mungkin.

Sementara itu......

Rania merenung seorang lelaki dari jauh. Mak aii hensemnyerrr. Kalah abang aku yang instafamous tu. Dengan pakai spek, muka ala-ala korea... Perghhh cutenyaaaaa ! Aigoo

Mata dia Ya Allah !! Buat iman aku berterabur oi. Jadi laki aku ni memang aku simpan dalam almari.

Lelaki yang hadir ke pelancaran kafe baharu kakak iparnya menarik mata-mata yang memandang. Termasuklah mata Rania. Lebih baik tanya Kak Airen sendiri. Maybe Kak Ren kenal.

Tiba-tiba lelaki itu mengalihkan pandangan memandang ke arah Rania.

Zuppp !

Pandangan mereka bertemu.

Dup dap! Dup dap!

Jantung Rania berdetak laju. Kenapa comel sangat? Jangan sampai aku buat kerja gila kat sini. Mana parent mamat ni? Aku nak pergi melamar dia !

Lelaki itu melirikkan senyuman manis ke arah Rania. Mulut Rania ternganga luas. Kelopak mata berkedip beberapa kali. Ya Allah ! Dia senyum kat aku !!!!! Omaigadd

 Ya Allah ! Dia senyum kat aku !!!!! Omaigadd

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now