Part 5 - Perkahwinan

37.2K 1.1K 29
                                    

Airen membelek jarinya yang sudah disarungkan cincin. Masih terngiang ngiang qabul yang diucapkan oleh Airez Radhwan. Mereka selamat menikah siang tadi. Acara persandingan diteruskan di sebelah malam pula. Senyuman palsu terpaksa diukir di bibirnya.

Dia melihat tetamu yang memandangnya pelik. Mungkin kerana pengantin perempuan yang sudah bertukar wajah. Manakan tidak, di banner hadapan dewan muka Husna. Tetapi pengantin di hadapan mereka ini mukanya.

Keluhan kecil dihembus perlahan. Tiba tiba dadanya terasa sesak. Air mata sudah bertakung. Menunggu masa untuk dicurahkan. Ingatannya mengimbas kembali detik detik terakhir bersama Husna.

"Aku minta maaf, Airen. Maafkan aku" air mata mengalir perlahan.

"Eih! jangan la menangis. Kau tak buat salah apa pon dengan aku" pujuk Airen. Air mata Husna diseka dengan hujung jarinya.

"Ren, maafkan aku. Aku terbaca diari kau hari tu. Aku tak bermaksud nak rampas Airez Radhwan dari kau. Aku tak tahu pon kau suka dia dari kecil. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Kau kata kau kawan baik aku tapi kenapa kau tak bagi tahu aku? Aku siapa bagi kau? Kalau kau bagitahu aku awal awal, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Aku nak tengok kau bahagia, Ren" Husna meluahkan semua yang terbuku di hatinya.

Airen terpaku. Tidak dapat digambarkan perasaannya ketika itu .

Dulu mereka bersekolah di sekolah yang sama sehingga tamat tingkatan 5. Dia dan Airez ditawarkan di universiti yang sama. Di situ mereka mulai rapat dan timbul bait cinta.

"Tak.. kau tak rampas dari aku. Kau tak rampas dari sesiapa pon. Aku tak nak bagitahu kau sebab aku nak tengok kau bahagia. Bahagia dengan orang yang kau sayang. Pasal diari tu, aku maafkan kau. Aku tak berniat pon nak sembunyikan dari kau. Tak lama lagi kau nak kahwin dengan dia dah. Allah dah tentukan jodoh kau dengan dia. Aku bukan siapa nak menghalang kerja Tuhan" air matanya turut sama mengalir membasahi pipi.

"Kalau dia bukan jodoh aku? Macam mana kalau aku bertemu jodoh dengan ajal terlebih dahulu?" kata kata Husna membuatkan Airen tersentak.

"Apa kau cakap ni? Aku tak suka la" Airen memandang ke luar tingkap kereta. Tidak selesa apabila hal kematian dibangkitkan kerana boleh membuatkan di teringat akan arwah kedua ibu bapanya.

"Airen.. Jodoh dan ajal tu semua ketentuan Allah. Tak mustahil kalau Allah menjemput aku terlebih dahulu" bahu Airen disentuh.

"Ren.. kalau aku pergi boleh tak kau tunaikan satu permintaan?" Pinta Husna.

"Husna ..." ayat Airen dipotong.

"Airen Rafeqah. Dengar aku cakap dulu please"

Airen terdiam. Tangannya digenggam lembut oleh tangan sejuk Husna.

"Kalau aku pergi, tolong gantikan tempat aku. Kahwin dengan Airez, please. Jadi isteri dia. Aku yakin dia dapat bahagiakan kau. Aku pon nak tengok kau bahagia Ren. " balas Husna sayu.
Matanya memandang dengan penuh berharap.

"Tapi..."

"Airen.. please. Kau sayang aku kan?"

"Tapi, kenapa aku Husna? Kenapa tak Farah, Aimi, Qaseh? Mereka kan ada" tnya Airen.

"Hanya kau yang layak untuk dia. Tolong, Airen. Tolong sayang dia sepenuh jiwa raga kau. Kalau hari ni dia benci kau, aku yakin suatu hari nanti pasti dia menangis kalau kehilangan kau" jwab Husna.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now