Part 37 - Ego

36.1K 1.3K 14
                                    

Airen membuka matanya perlahan lahan. Kepalanya terasa memberat. Sebaik sahaja sampai di rumah Farah tadi, Airen terus meminta diri untuk berehat dalam bilik. Ajakan ibu Farah untuk makan bersama ditolak dengan lembut. Hanya katil yang terbayang di ruang mata ketika itu.

"Eih. Bila bangun?" sapa Farah ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk menghantar makanan kepada Airen.

"Baru ja. Kenapa tak kejut?" Badannya disandarkan pada kepala katil. Nasib bilik Farah ada aircond. Tak la rasa panas sangat dengan cuaca kat luar.

"Aku tak sampai hati. Tengok kau tidur macam penat sangat. Padahal bukan buat apa pun" sempat Farah menyindir. Sedap dia tidur dari tadi. Apa yang penat sangat dia pon tak tahu.

"Entah la.. akhir-akhir ni aku asyik tak larat ja" cerita Airen. Farah yang berada di birai katil dipandang. Terangguk-angguk kawannya itu mendengar cerita.

"Airen. Esok jelah kita pergi kubur eih. Dah petang ni. Kau rehat dulu" kata Farah.

"Erm okay" balas Airen perlahan. Dia berasa tidak bermaya untuk bangun. Kepalanya disapu dengan minyak angin bagi mengurangkan pening kepala.

"Nah makan ni. Kau dari tadi tak makan. Mak aku dah bising dari tadi. Tetamu datang tapi tak bagi makan. Elleh.. sapa suruh kau tidur" Farah sudah mula membebel. Dulang makanan yang dibawa tadi dicapai kembali.

"Farah.. please jangan bebel. Apsal sampai bawakkan makanan ni. Susah-susah ja. Aku boleh jalan lagi la.." kata Airen. Segan pula dia dengan keluarga Farah. Sangat sempurna layanan yang diberikan.

"Nah makan" Farah menyuruh lagi tanpa mempedulikan kata-kata Airen. Sebenarnya kedatangan Airen sedikit pon tidak membebankan keluarganya. Malah ibu dan bapanya amat gembira dengan kedatangan kawannya itu. Ayahnya pernah berkata tetamu itu pembuka rezeki. Jadi, dia tidak teragak-agak untuk mengajak Airen bermalam di rumahnya. Mana la tahu pintu rezekinya terbuka luas. Boleh kahwin dengan anak orang kaya macam Airen. Ceyh.. sempat lagi aku ni!

"Tapi.. Aku tak selera nak makan" Airen menolak lembut .

"Makan..." Farah mengeraskan suaranya. Mata dijegilkan memandang Airen. Nak suruh makan pon susah.

"Suap.." Airen merengek. Dia tersengih memandang Farah. Saja nak bermanja dengan gadis itu.

"Kau nak aku buat kapal terbang? Alolo bucuk-bucuk. Meh aku suapkan. Manjanyer dia ni" sudu berisi bubur diambil dan digayakan seperti kapal terbang di hadapan Airen. Hanya beberapa sudu bubur sahaja yang masuk sebelum Airen menggeleng perlahan.

"Dah la.. kejap lagi aku termuntah balik tak pasal-pasal je. Aku nak solat jap" kata Airen. Farah hanya mengangguk. Mangkuk tadi diletakkan kembali di atas dulang.

Farah mengiringi Airen ke bilik air untuk mengambil wuduk.

_________

Radhwan membelek album pemberian Airen. Gambar Airen yang sedang tersenyum manis direnung. 'Aku rindu kau Airen. Aku sayang kau'

Air matanya hampir menitis. Dia berasa sangat sunyi malam ini. Pagi tadi memang dia sengaja pergi ke pejabat awal semata-mata tidak mahu bertembung dengan Airen. Walaupun dia sengaja menjauhkan diri dari Airen tetapi hati tetap meronta merindui isterinya.

Setiap malam ketika Airen nyenyak tidur di katil, dia akan mengucup dahi isterinya. Merenung wajah pucat isterinya. Dia perasan akan perubahan kesihatan Airen.

Setiap pagi Airen akan berlari ke bilik air memuntahkan segala isi perut. Dia hanya mampu memandang dari jauh. Tidak dapat dinafikan, hatinya betul-betul risau. Takut jika isterinya menghadapi penyakit serius.

"Itulah orang kata. Masa dekat bukan main membenci. Ni dah jauh baru sibuk nak rindu bagai" satu suara dari pintu bilik benar-benar mengejutkan Radhwan. Air mata yang menitis diseka dengan jari kasarnya. Album yang dipegangnya tadi cepat-cepat disembunyikan bawah bantal. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa sedih.

Rania melangkah masuk mendekati abangnya yang sedang duduk di sofa. Wajah Radhwan dipandang dengan geram.

"Nia nak apa? Lepas papa, Rania pulak nak ceramah kat abang?" Radhwan sudah dapat meneka tujuan Rania datang ke biliknya. Sebelum ni tak pernah-pernah datang menjenguk.

"Rania nak tanya. Apa masalah abang sebenarnya? Tiba-tiba nak marah Kak Airen tak tentu pasal. Apa salah yang dia buat? Rania tak nampak pon apa kesalahan dia" soal Rania bertubi-tubi. Sakit hatinya mengenangkan perlakuan Radhwan. Nasib baik la abang aku, kalau tak dah lama aku hempuk guna senduk mama. Ego tinggi melangit!

"Dia tak salah apa-apa. Abang yang terlalu ikutkan perasaan marah abang. Memang dulu abang benci Airen. Tapi sekarang semua dah berubah. Abang sayang dia. Sayang sangat" jawab Radhwan perlahan. Dia tidak malu untuk mengaku di hadapan adiknya. Segala rahsianya berada dalam tangan gadis itu. Dia juga tidak malu untuk menangis di hadapan Rania.

Sejak Husna meninggal, Rania la yang menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Termasuk juga perasaan bencinya kepada Airen suatu ketika dahulu. Sebab itulah adiknya itu membenci Airen pada awal perkenalan mereka walaupun tidak pernah berjumpa. Semua ini kerana dia menghasut Rania untuk membenci Airen Rafeqah!

"Rania tahu. Rania dapat baca hati abang. Tapi abang jangan dera perasaan dia macam tu. Dia terasa tau dengan sikap abang ni. Sampai bila abang nak layan dia macam tu. Sampai suspek ditangkap? Polis pon tak tahu lagi siapa dalang semua ni. Abang tak kasihan ke tengok Kak Ren hari-hari menangis. Dia sakit tau. Setiap hari dia muntah. Ajak pergi klinik dia tak nak" beritahu Rania. Wajah kusut abangnya direnung.

"Abang tahu..." rambutnya diramas kasar.

"So

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"So.. Apa tindakan abang?" soal Rania. Radhwan terdiam. Tidak tahu apa yang harus dia balas. Soalan Rania betul-betul menyesakkan dadanya.

"Satu ja Nia pesan. Jangan sampai satu tahap di mana marahnya orang yang selalu bersabar. Sedihnya orang yang selalu ceria. Kecewanya orang yang selalu setia"

Selesai berkata-kata Rania terus keluar meninggalkan Radhwan yang termanggu sendirian.

________

Jangan lupa vote 🌟🌟

Terima kasih pada yang sudi comment 💓💓

Comment korang buat author bertambah semangat nak menulis

💙💚💛💜💝💟💕💗💖

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now